Monday 6 December 2021

MR.A - 5.12.2021 - KURUNG KARABUM DAN AEON MALURI + PERLAWANAN KRIKET MR.A (3.12.2021)

3.12.2021 - AKU TENGOK PERLAWANAN KRIKET MR.A DEKAT YOUTUBE & YANG NAMPAK TU DIA LAH!


5.12.2021 - AHAD

5.12.2021 - MAKAN DULU KAT RESTORAN DEKAT TESCO AMPANG. MR.A TEGUR AKU PAKAI SUDU GUNA TANGAN KIRI...HAHAHA. AKU CAKAP AKU SUSAH NAK GUNA DENGAN TANGAN  KANAN SEBAB AKU KAN KIDAL TAPI DIA SURUH CUBA GUNA TANGAN KANAN. ALAH....TERBANGLAH ROTI CANAI AKU NANTI!



Lepas makan tu kita orang pergi ke jualan Baju Kurung Karabum di Starparc Point, Setapak. Nasib baik Mr.A tahu jalan kan jadinya tak susah nak cari tempat tu. Dia pula petang ni ada perlawanan kriket.

Bila sampai sana tu baju kurung yang ada semuanya jenis kain cotton dan aku sebenarnya tak suka kain jenis tu sebab nanti melekat-lekat tapi bila dah sampai tu aku tengok-tengok sahajalah mana tahu ada yang aku berkenan. Mula-mula Mr.A ikut aku  pusing-pusing tengok baju dan tak lama tu dia duduk kat kerusi yang ada kat satu sudut dan tengok perlawanan kriket online.

Biarlah dia tengok kriket dan aku cari baju-baju yang aku berkenan dan bila jumpa tu aku pergi cuba dulu dan punyalah panas kt bilik cuba baju tu sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya. Bila dah dapat satu dua baju yang aku berkenan aku letak bakul baju tu dekat Mr.A dah cari yang lain dan dapatlah aku empat helai baju yang aku berkenan.

Lepas tu aku tanya dia ada masa lagi dan boleh pergi tempat lain tak dan dia cakap boleh sebab kita orang keluar pagi kan! Aku ajak dia singgah Aeon Maluri untuk cari kasut bertutup. Dah sampai tu Mr.A pergi parkir pula kat tempat Valet Parking dan kena bayar terus RM10 dan aku suruh tukar parkir yang biasa tu tapi dia cakap tak apa.

Aku cuba kasut sarung dan dapatlah yang aku berkenan dan Mr.A pun beli sepasang kasut untuk dia dan bila nak bayar tu, dia tolong bayarkan sekali untuk aku. Terima kasih ____! Lepas tu kita orang gi makan tengah hari kat food court dan Mr.A hantar aku balik sebab dia ada perlawanan kriket.

MR.A TENGAH BAYAR DEKAT KEDAI KASUT BATA



LAUK AKU

LAUK MR.A - RENDANG TU PEDAS & MR.A MAKAN SIKIT SAJA














KARABUM & BATA


BATA COMFORT - RM100


AKU BELI EMPAT HELAI BAJU - WARNA UNGU KOSONG TU BUKAN JENIS COTTON. NI SEMUA BAJU BAHARU KAN DAN BOLEHLAH AKU PAKAI MASA MESYUARAT TENDER & SEBUT HARGA NANTI KAN! HIHIHI



ADA YANG HARGA RM95 TAPI DAPAT RM63 (2 PASANG) / RM109 DAPAT RM53 / RM95 DAPAT RM53
OKEY LAH SEBAB BANYAK JUGA DISKAUN KAN!

No comments: