Saturday 25 December 2021

DIY - 23.12.2021 & 24.12.2021 (LAMPU, TISU DAN CAWAN UNTUK MR.A)

23.12.2021

Ni Acap yang kirim - yang nak 3 liter punya. Dia tak boleh pergi sebab tak vaksin lagi. Jadi siapa yang pergi dia akan kirim, kalau tak pun dia akan beli secara dalam talian sahaja. Aku snap dan hantar dekat Acap dan dia yang warna hijau (RM19.90).


Hasil borongan kat DIY hari ni - untuk aku dan Mr.A. Tisu basah, tisu kering dan cawan kertas tu pun untuk Mr.A untuk letak dalam kereta dia nanti, tak ada semua aku kena bawa dari rumah setiap kali jumpa kan!


Ni untuk Mr.A, dia yang suruh tolong belikan sebab kadang-kadang nak VC (video call) dia silau dengan lampu kat bilik dia tu. Jadi aku tolonglah belikan, nanti dah tutup lampu tu pakai lampu yang ini saja janji nampak muka dia kan!



Ni lampu untuk aku sebab dah tertengok tadi. Berapa lama aku kat tempat lampu ni pun tak tahu sebab ak tahu nak pilih yang mana satu. Aku memang cerewet sikit kalau beli barang, memang aku check dulu tak kisahlah benda tu murah ke mahal kan. Bateri tu untuk stand by je sebab kat rumah pun ada lagi bateri AAA tu.

Comel kan! Macam lampu gasolin zaman dulu-dulu orang guna tu!

RM6.90 lepas diskaun sebanyak RM4.60 - harga asal RM11.50


Lampu untuk Mr.A. Nasib baik semua dah balik tinggal aku sorang je kat opis, jadinya boleh lah aku cuba lamu ni - tutup lampu opis kejap. - ni versi yang terang

Ni versi yang suram - boleh buat dua tahap terang je pun! RM12.50 harganya

Beli untuk Nuha dan Damia

Buku stickers (pelekat) dan dia orang boleh warna sendiri ikut suka. Ada enam set gambar yang berbeza.






Yang tengah tu asam untuk mak aku sebab mak aku suka makan asam tu - masa aku kecil lagi dah ada asam tu 

Ni namana camping lantern - ada dua jenis cahaya. Ni lampu yang warna putih

Ni lampu yang kuning - cantik kan!

Beli dekat IG - RM80 untuk 2 bekas

Satu kek buah kukus dan satu kek buah prun kukus dari  RIEZTHELICIOUS CAKE



Beli buku kara terbaharu Zaifuzaman Ahmad dekat Shoppee - aku pun tak tahu macam mana boleh terbuat akaun Shopee dan aku memang tak pernah beli apa-apa pun dekat Shopee tu. Ni kali pertama aku beli. Dah dapat dekat seminggu lepas tapi baru ni aku buka dan snap gambar bersekali dengan kek buah kukus tu.

Beli kat Shopee lagi murah berbanding beli dekat  secara dalam talian (kedai buku online yang lain) ataupun daripada penulisnya sendiri - hahaha 

Bila aku nak baca pun tak tahu, janji beli dulu!


24.12.2021

Kek buah kukus

Kek buah prun kukus

Ni nak bagi kat Kak Yam sikit




Solar Work Light - Adik aku berkenan yang Camping Lantern semalam dan dia pun nak juga. Jadinya aku kena pergi lagi kat DIY

Banyak pula dapat rezeki hari ni - Acap belanja putu perak & tu makanna mesyuarat kat sebelah ada banyak.

Beli barang RM30 dalam satu resit dapat payung ni - kena scan QR code dulu dan daftar


Cantik payung ni berwarna-warni

Beli roti mexico bun untuk mak (yang ada 2 tu), satu untuk aku dan satu untuk Adik

Hasil borongan di DIY hari ni


Beli botol air - guna masa aku keluar dengan Mr.A sebab dia selalu tana aku bawa air ke tak? Daripada guna botol plastik tu baik aku beli botol yang ni kan!

Ni untuk letak minyak wangi, bedak kompak, gincu, dll sebab sekarang aku guna bekas aiskrim dan kekecilan dengan minyak wangi aku yang banyak kan (3,4 botol je pun!) jadinya aku perlukan bekas yang lebih besar

Cantik kan ada penutup sekali!!!

Dapat satu je lampu ni sebab semalam aku tunjuk dengan Kak Yam, dia pun nak juga. Bila sampai sana tinggal sikit je padahal masa aku beli semalam banyak lagi yang tinggal. Hari ni tinggal berapa je dan mula-mula dapat dua lampu kuning ni, boleh lah Kak Yam satu dan Adik aku satu tapi bila dah cuba tu satu tu tak boleh pula. Dah tukar bateri pun tak mahu menyala. Sudahnya dapat yang untuk Adik aku sahajalah. Dua hari pergi cari lampu kat DIY. Nak pakai tu tak tahulah bila janji beli...hehehe

No comments: