Monday 29 November 2021

GAMBAR BEKAS FAMILI, GAMBAR MAK & ABAH, GAMBAR AKU MASA KECIL DAN AKU PAKAI SHAWL

KEBETULAN BACA KAT INTERNET YANG DIA NI DAH BERKAHWIN SEMULA DAN BERITAHU MAK AKU LAH...KORANG KENAL TAK DIA NI SIAPA?


SUATU KETIKA DULU - SEWAKTU SEMUANYA BERBAIK SESAMA KELUARGA

MAK DEKAT HOSPITAL NAK BUAT PEMBEDAHAN KATARAK - TERIMA KASIH ADIK AKU YANG SELALU TEMANKAN MAK DAPATKAN RAWATAN DAN LAIN-LAIN URUSAN.


MR.A nak tengok gambar aku masa kecil dan gambar aku pakai shawl, penatlah aku mencari balik dekat blog aku satu demi satu. Nasib baik aku ingat juga entri apa yang aku letak masa pakai shawl tu. Ni sajalah yang sempat aku ambik dan tunjuk kat dia. Bila tanya dia cakap lawa pakai shawl tapi dia tak tahu berapa lama aku berdiri kat depan cermin tu nak pakai shawl....orang tak biasa pakai kan! Macam tu lah...

AKU UMUR 5 TAHUN DI MUZIUM NEGARA BERGAMBAR DENGAN MY HERO!

KEJUTAN SEMPENA ULANG TAHUN AKU DI TADIKA SEMASA USIA AKU 6 TAHUN DI KLANG

2008 - ARWAH ABAH DAPAT PELUANG TUNAIKAN HAJI DI BAWAH TANGGUNGAN MPAJ DAN SUK - TAK PAYAH BAYAR APA-APA SEBAB ABAH KAN KUMP. SOKONGAN GRED D


GAMBAR AKU DENGAN ABANG ASMARA DI PBAKL

DENGAN MEJAR DR.FAIZ CALON ANGKASAWAN NEGARA TIDAK LAMA DULU

MASA DI KHP - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


NI MASA PERHIMPUNAN BULANAN JPB

PERHIMPUNAN BULANAN KHP & AKU BAHARU SAHAJA DITKARKAN DI BHGN, INTEGRITI MASA TU WALHAL BULAN  DAH JOIN PERHIMPUNAN BULANAN JPB DENGAN TEMA HARI RAYA. JADINYA TAHUN 2019, AKU TERLIBAT SEBANYAK 2X DENGAN PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN

TAK INGAT  KENAPA TAPI SEMUA STAFF PEREMPUAN KENA PAKAI SHAWL ADA LAMBANG MPAJ NI!

Saturday 27 November 2021

MR.A - 22 - 26.11.2011 - MAKAN ROTI NAAN, BARANG DIY, MR.DOLLAR DAN FACE MASK - BERJUMPA LAGI

22.11.2021 - MR.A MAKAN ROTI NAAN KAT RUMAH DIA DAN HANTAR GAMBAR NI DEKAT AKU

24.11.2021 - AKU BELI NI UNTUK MR.A NANTI KALAU KITA ORANG JUMPA.

Aku belikan tisu basah, tisu kering, sapu tangan, bekas pensel untuk letak face mask dan tempat gantung barang dalam kereta.

25.11.2021 - AKU ADA BANYAK FACE MASK WARNA BIRU NI KAN JADINYA SEKOTAK NI AKU NAK BAGI KAT MR.A DAN FACE MASK KF94 TU SAJAAKU NAK BAGI JUGA KALAU KELUAR DENGAN DIA BOLEH SURUH DIA PAKAI JENIS YANG TU

26.11.2021 - KITA ORANG KELUAR MALAM (JUMAAT MALAM SABTU) SEBAB SIANG MR.A KERJA DAN NAK DATANG SINI LAGI KAN!

Thursday 25 November 2021

MR.A - 9.11.2021 - MAKAN ROTI NAAN PAKISTAN LAGI & 12.11.2021 - MAK MR.A MENINGGAL DUNIA DI PAKISTAN









DAH DALAM KERETA LEPAS MR.A DATANG AMBIL AKU DEKAT TEMPAT KERJA




MENU YANG SAMA LAGI. KACANG KUDA AKU AKU ADA BUNGKUS UNTUK MAK DAN MAK SUKA MAKAN.


12.11.2021 (JUMAAT)

Aku tengah berborak dengan Mr.A melalui panggilan telefon dekat pukul sembilan malam pada malam hari Jumaat (sekarang dah ok lah kalau nak bercakap dekat telefon dengan Mr.A - bukan dengan lelaki lain eh!)

Tengah seronok berborak tiba-tiba dia cakap ada panggilan masuk daripada Adik dia dekat kampung (Pakistan sana lah!) dan aku pun ok lah. Dia cakap nanti dia telefon balik. Lama juga kot aku tunggu dan lepas tu dia mesej pada 11.13 beritahu " __, mak saya dah meninggal. Tadi adek bagi tau. Itu la dia byk kali call". Lepas tu dia cakap nak telefon kampung, nak bercakap dengan ayah, adik, saudara mara dia dekat sana dan aku pun cakap ok lah.

Baharu beberapa hari lepas dia beritahu mak dia dah keluar wad (ada sakit darah tinggi dan kencing manis)

13.11.2021  - Aku mesej lagi tanya dia ok tak?  dan dia jawab, " Mcm mna sy ok, Mak sy kan dh tinggal kita." Aku bagi kata-kata semangat untuk dia sebab aku tahu dia terkejut dengan berita mak dia dah meninggal dunia apatah lagi dia tak boleh balik sana senan PKP kan. Lepas tu aku ada minta nombor telefon kawan dia, Hamad untuk kecemasan sebenarnya. Mana lah tahu aku tak dapat telefon dia kan, jadi kalau ada nombor telefon kawan dia boleha lah aku telefon tanya khabar pasal dia kan! Dia diam saja.

14.11.2021 - Aku minta lagi nombor telefon Hamad. Dia balas, Hamad tu tak tahu BI dan BM dan aku pula tak tahu cakap Urdu dan Punjabi jadi buat ap aku nak nombor telefon kawan dia tu. Hamad tu pernah tengok aku masa Mr.A video call aku kat depan Giant Pandan Kapital. Masa tu aku nak beli barang kat situ dan tengah tunggu Grab dan tiba-tiba dia cakap nak video call dan aku pun dengan selambanya menjawab video call dia kat situ berlatar belakangkan poster iklan telefon kat situ dan Mr.A ingat aku dengan kawan perempuan sebab aku berdiri sebelah perempuan tu.

Masa tu lah dia pusing kamera telefon dai tu kat Hamad dan aku cakap Hai kat Hamad tu dan dia lambaikan tangan dia kat aku sebab tu aku tu aku nak nombor Hamad tu. Aku ada minta nama penuh arwah makdia untuk aku tolong doakan dan dia voice note kat aku dan suara dia lemah sangat. Lemah macam orang tiada daya dah. Dia sedih sangat tu bila mak ayah kita tiba-tiba pergi tinggalkan kita kan! Macam arwah Abah aku dulu lah. Berapa bulan aku ambil masa nak cuba terima hakikat yang Abah dah tinggalkan aku untuk selamanya.

Aku cakap aku risaukan dia (dia cakap terima kasih ___), dia cakap ada kawan-kawan datang rumah. Aku tanya dia makan tak dan dia jawab dah makan tadi. Kawan-kawan paksa dia makan. Aku cakap memanglah kena paksa makan, kalau tak makan nanti dia sakit ,dia jawab, "Sy xblh mkn ___". Aku cakap tahu dia memang tak ada nafsu makan "yer..tahu tapi kena juga makan sikit,  nnt you sakit kawan-kawan you pun susah juga kan".

15.11.2021 - Dia oice note kat aku minta maaf sebab dia tak boleh nak cakap, tak boleh nak balas mesej aku. Lepas solat je dia akan telefom kampung dan bercakap dengan saudara mara dia. Aku cakap tak apa aku faham, dia baca mesej aku tu pun kira ok lah.

Aku hantar kata-kata semangat kat bawah ni untuk dia. Aku nak pergi ziarah dia pun tak boleh sebab aku tak tahu dia tinggal kat mana kan. Aku tunggu bila dia dah ok sikit nanti untuk dia balas mesej aku nanti.

18.11.2021 - Dia mesej dan cakap terima kasih dekat aku sebab setiap hari aku mesej tanyakan keadaan dia. Genap seminggu mak dia pergi dan dia cakap dia kena kerja biar tak fikirkan sangat. Dia kena sibukkan diri dia. Aku cakap ok lah ikut mana yang dia rasa ok untuk diri dia kan.

20.11.2021 - Dia mesej aku dulu, tanya khabar, dah solat? dah makan ke belum?. tu je

21.11.2011 - Aku mesej dulu pagi Subuh tu dan dia balas beritahu dia dah bangun. Aku cakap aku dah terjaga pukul 3 pagi tadi dan tak boleh tidur dan dah berapa hari macam ni. Dia cakap aku tak cukup tidur lah kalau macam tu. Dia siap ccakap, "Mlm lmbt tidur, awl bangun, mna cukup tidur." Aku cakaplah "mana ada tido lmbt"

Mr.A - Awl tidur ke?
Aku - xde lah awal sangat
Mr.A - 12.30 mcm ni jugak kan tidur?
Aku - Sticker
Mr.A - Semlm siang x tidur ke ___
Aku - X
Mr.A - Ok ___ Dia pesan jga diri ___, mlm cepat tidur dan aku jawab ok
Dia beritahu hari ni kawan=kawan dia datang ke rumah nak baca Quran dan berdoa ramai-ramai sebab hari ni hari Ahad jadi dia ajak dia orang datang ke rumah. Dia cakap lagi, "___ pun doa". Aku jawab Ok dan dan balas terima kasih ___. Aku balas emoji ok

Malam tu dia mesej dulu pukul 9.23 malam  dan tanya nak call? 
Aku - xpe lah. you busy kot"
Mr.A - Skrg xbusy, kwn2 dh blk
Aku - Oh...ok
Mr.A - Blh call?
Aku - Kejap, Boleh? Tgh makan
Mr.A - Ok. Mkn dulu ___
Aku - Ok, dh nak tido ke
Mr.A - Blh tunggu you. Dan pukul 9.48 dia mesej tanya "blh call skrg."
Aku - It's ok kalau you nk tido dulu
Mr.A - ___ ada pkai tudung?
Aku - Belum
Mr.A - Tdi video call ___ Aku jawab, "tadi tu tertekan" dan dia balas, "oh ok"
Aku minta 3 minit
Mr.A - Bkn nk video call? - dia tanya masa aku jawab yang tadi tu tertekan, aku teru jawab, "mestilah nak'

Pukul 10.04 macam tu aku beritahu dia dah boleh telefon dan pukul 10.53 malam aku 'wish' dia selamat malam.

Sejak 21hb tu, dia mulai mesej aku macam biasa, macam Mr.A yang aku kenal dulu lah. Alhamdulillah dia dah mulai kembali normal.


Aku cari dekat internet kata-kata semangat ni dan 'send' dekat Mr.A.




Wednesday 24 November 2021

QOUTES - LOST YOUR MOM OR SOMEONE SPECIAL



Qoutes ni aku cari bila mana aku dapat tahu Mr.A telah kehilangan ibunya di kampung dan dia tak dapat balik sebab Covid-19. Memang dia sedih gila dan ibarat jatuh terduduk bila mendapat khabar tentang pemergian ibunya walhal kita orang tengah borak dekat telefon masa tu.

Petang tu elok je kita orang berborak dengan WA macam biasa. Elok je bervideo call lepas tu dia dapat call dari kampung. Pada 23.13 dia mesej beritahu mak dia dah meninggal dan Adik dia (polis) yang call sebab tu Adik dia call banyak kali masa kita orang tengah video call. Lepas tu dia ckap nak call kampung, aku ok je lah dan dia dapat bercakap dengan ayah, adik dan saudara mara dia dan lepas tu nak telefon kampung lagi. Mak dia baru saja keluar wad sebab ada sakit diabetes dan darah tinggi. Baru berapa hari keluar wad tiba-tiba dapat khabar ang mak dia dah meninggal dunia.

Mr.A anak sulung dari 3 saudara lelaki dan dia dah berapa tahun tak balik sebab Covid-19 kan. Esoknya aku mesej tanya keadaan dia. Tanya dia ok ke? Dia jawab Macam mana saya ok, mak saya kan dah tinggal kita".

Jadi aku jawab, aku tahu dia tengah sedih, tambahan pula tak dapat balik kampung untuk tengok  mak dia buat kali terakhir, Kita doa banyak-banyak untuk mak you ok. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...aamiin ya rabbal alamin. Semoga Alla permudahkan segalanya untuk Mak you..." Dia jawab ya Sayang, terima kasih.

Aku beri kata-kata semangat untuk dia sebab tahu dia tengah 'down' sangat-sangat sekarang. Nasib baik ada kawan-kawan di sekeliling dia. Bila jawab aku tana nama mak dia pun suara dia memang lain sangat. Tak macam selalu yang aku dengar. Lepas tu aku ada mesej  minta nombor Hamad, tapi dia cakap Hamad tu tak tahu cakap  BM @ English jadi  kalau aku ada nombor dia pun aku nak cakap apa dengan dia. Aku pula tak tahu cakap Urud @ Punjabi. Jadi memang tak boleh nak berkomunikasi. 

AKu cakap aku risau dengar suara dia dan dia cakap ada kawan-kawan yang datang kat rumah. Tanya dia ada makan tak? Dia cakap ada. Kawan-kawan dia paksa dia makan. Dia cakap dia tak boleh makan. Aku cakap kenalah makan sikit nanti dia pula yang sakit.

Hamad pernah nampak muka aku masa kita orang video call (VC) kali kedua. Masa tu aku balik dari Giant Pandan Kapital (lepas waktu kerja) dan dia nak VC. Aku tak biasa sangat  nak VC @ telefon lelaki sebelum ni (bukan orang opis). Masa call tu aku belum booking Grab lagi jadinya aku berVC kat situ tak peduli orang sekeliling ang ada dan kebetulan aku berdiri berlatar belakangkan gambar Neelofa dan dia tanya aku dengan siapa?

Aku cakaplah aku seorang saja dan rupanya dia ingat gambar Neelofa tu kawan aku sebab aku berdiri sebelah dia. Masa tu dia dengan Hamad kat kedai makan Pakistan, nak minum. Masa tu dia tunjuk telefon kat Hamad dan kita orang lambai tangan sahaja (aku tanya dia dengan siapa).

Lepas tu aku ada mesej dia hari-hari dan ada juga yang dia tak balas dan aku faham. Kemudian dia voice nota beritahu dia minta maaf dekat aku sebab dia tak boleh nak balas mesej aku. Dia tak boleh. Sekrang lepas solat dia akan telefon saudara mara dia dekat kampung. Aku cakap aku faham keadaan dia dan beritahu dia baca apa ang aku hantar pun dah cukup. Kurang sikit risau aku dekat dia kan. 

Lepas tu ada hantar video, Oki Setiana Dewi, kalau kita sedih dan kehilangan = kena SOLAT dan minta tolong dengan Allah dengan sabar. Lepas tu diaada balas juga mesej-mesej yang aku hantar. Aku pun ada hantar 'qoutes' kata-kata semangat, untuk dia terus kuat "Stay strong and remember that you are loved" dan " You were given this life because you are strong emough to live it" dan dia cakap terima kasih bila baca 'qoutes' ang aku hantar tu.

18.11.2021 - dia cakap terima kasih sebab aku selalu tana keadaan dia setiap hari. Dah genap seminggu mak dia 'pergi'. Aku tanya dia dah boleh pergi kerja ke? Dia cakap ya, sebab dia tak boleh duduk rumah. Nanti lagi dia fikir pasal mak dia. Jadi dia perlu sibukkan diri dengan buat kerja. Dia paksa diri untuk pergi bekerja. Dan aku cakap dengan dia jangan duduk sorag-sorang nanti dia banyak fikir. Dia jawab OK. Lepas tu dia ada mesej macam biasa, wish good morning, tana dah makan, dah balik kerja, dah solat, beritahu dia kerja kat mana hari ni.

Lama juga kita orang tak ada bertelefon, video call ataupun berjumpa sebab aku tahu dia sedang berduka sebab hilang orang yang dia sayang kan! Jadi aku beri ruang untuk dia tenangkan diri. Cuma bila dia diam tak balas mesej aku langsung, aku jadi risau sebab tak tahu apa ang jadi dengan dia kat sana.

Pada 21.11.2021 baru dia ok sikit dan kita orang video call lama juga lah (lebih kurang 47 minit). Lepas tu 23.11.2021 pun ada video call lagi (27:53 minit) dan dia agak okaylah berbanding masa mula-mula mak dia pergi.

21.11.2021 - kawan-kawan dia datang rumah nak baca Quran dan doa untuk mak dia. 21.24 dia tanya nak call? aku cakap tak apalah, you sibuk. Dia jawab sekarang tak sibuk, kawan-kawan dah balik. Aku beritahu nak makan dulu, dia cakap ok dan dia boleh tunggu. Lepas tu aku tertekan VC dan dia tana aku dah pakai tudung ke belum. Aku cakap tadi tu tertekan dan minta 3 minit untuk siap.22.04 aku mesej beritahu dah boleh call. VC kita orang 47 minit 13 saat. Lama juga lah tu kan!

22.11.2021 -  aku mesej dulu dan dia balas, aku send gambar love  (1 je) dan dia balas 4 love. Aku jawab OK dan dia tanya Ok saja? Aku jawab 'Yeah' lepas tu tanya psal dah sampai opis ke belum sebelum aku tana dia ang dia tulis 'OK saja" aku balas balik 'Nak apa' dan dia jawab "Syg apa boleh bagi, bagi saja" dan aku cakap 'You lah cakap nak apa" dan dia jawab "Saya nak Norrehan". Aku hantar icon smile yang ada peluh kat kepala tu...dia jawab gelak. Yelah gelak. (aku balas balik) Mesej dia dah mula sama macam dulu balik dan aku rasa lega.

Tuesday 23 November 2021

UKUR BAHAN 2021 - MASK,SWAFOTO, BEG TANGAN,DAUN PANDAN,COKLAT LANGKAWI,OPIS,MONTHLY ASSEMBLY,CERAMAH,TUTUP & BUKA PETI,

BELI MASK KAT KEDAI RM2 TAPI HARGA DIA BUKAN RM2 TAU! NAK CUKUPKAN WARNA MASK AKU...HAHAHA

NAMPAK TAK BEG BAHARU AKU TU....

MINTA DEKAT BOS SEBAB KAT RUMAH DIA ADA - ORANG KAT OPIS INGAT AKU NAK MASAK SESUATU TAPI DAUN PANDAN NI AKU NAK LETAK KAT KUBUR ABAH NANTI

ANAK KAK YAM PERGI BERCUTI DI LANGKAWI DAN AKU ADA KIRIM COKLAT TAPI TAK ADA - JADINYA ANAK K.YAM BAGI AKU SEPEKET COKLAT YANG COMEL-COMEL NI...TERIMA KASIH ATHIRAH... :p




NAMPAK TAK BERAPA BANYAK FAIL SULIT ATAS MEJA AKU NI...

PERGI PERHIMPUNAN BULANAN DI AUDITORIUM DENGAN KAK YAM











DENGAR SECARA DALAM TALIAN SAHAJA YER....






















BANYAK DOKUMEN NAK KENA SCAN NI!