Sunday 26 September 2021

VELOCITY & AEON TAMAN MALURI - 26.9.2021

Dah lama tak keluar kan semenjak PKP 3.0 lah, PKPP lah PKPD lah...jadi bila dah boleh keluar ni aku gi lah Velocity dengan Adik dananak buah aku Iqa. Aku dan Adik aku sampai dulu dan Iqa sampai kemudian (dia dari rumah dia lah). Gi jalan-jalan, makan dan nak gi solat tapi surau dia tutup pulak. 

Sudahnya kita oran 'berhijrah' pula ke AEON Taman Maluri yang tak jauh dari situ dan naik grab. Tapi kena naik berasingan sebab masih dalam tempoh PKP ni kan. Hanya boleh dua orang penumpang dalam satu-satu masa. Aku naik seorang dan kemudianlah sebab kena booking kan dulu e-hailing untuk dia orang.












SEMENTARA TUNGGU IQA





Bulgogi - aku punya

Sundubu jjigae - Adik punya


Iqa punya makanan sama dengan Adik






Dekat sini aku telah memberitahu satu Rahsia besar ang aku simpan selama hampir enam (6) bulan iaitu.....jeng....jeng....jeng...

Aku beritahu kepada Adik dan Iqa bahawa sekarang ni aku tengah berkawan dengan seseorang dan pernah berjumpa dengannya tempoh hari di KLCC (masa ni aku keluar dengan Meen nak gi tengok wayang dan kita orang berjumpa pertama kali di sana - dia datang kemudian). Sebab nak sorok lama-lama pun tak boleh sebab kita orang selalu telefon dan video call kat rumah yang mana aku akan kunci pintu bilik tu kan. Jadinya aku kena bagi tahu Adik supaya dia boleh back up aku nanti kat rumah. Memang muka dia terkejut gila dan seakan tidak percaya bila aku cakap macam tu. Apatah lagi aku dan dia kenal melalui salah satu aplikasi di FB. Perkara itu menjadi rahsia kami bertiga setakat ini!


Dalam drama ni lah aku dan Adik jadi pelakon tambahan masa Azzam Shah tengah buat penggambaran kat AEON Taman Maluri tak lama dulu. Kata nak tayang bulan Julai tapi sampai sekarang tak ada pun. Pelekat ni aku dapat sebab beli blaus dan boleh buat pembelian dengan pembelian barangan jenama Tupperware.


Hehehe....saja je ambil gambar ni!!!


Ni lah blaus yang aku beli...

No comments: