Wednesday 1 September 2021

OGOS 2021 - FOOD, PERFUME, DIY, HUJAN, TUTUP PETI & GIVEAWAY

Terima kasih bos, belanja kita orang Nasi Ambeng

Nak beli tapi dah lupa yang mana satu pernah aku beli dulu? Hahaha...

Biasalah kalau dah masuk DIY, memang aku akan belikan sesuautu untuk Nuha

Ingat nak belikan untuk Wafi, siap hantar gambar kat Adik aku suruh dia tolong pilihkan, sudahnya tak jadi beli sebab tak ada yang sesuai


Nak beli selipar untuk dipakai dekat opis

Ni dekat Guardian - Adik yang kirim tapi sebab dia lambat balas WhatsApp, aku dah balik opis semula. Nantilah kita tengok kat tempat lain pula...hehehe

Aku makan bakso? Dulu memang tak makan tapi sekarang dah makan lah...

Cantik kan?

Hujan di sini


Tutup peti tender hari ni - Dari kiri: Aku, Kak Yam dan Kak Siti Mariam (AD). Kebetulan nama dia dengan Kak Yam sama...:P

Memang giveaway masa join live IG PSSuehana..dapat bekas letak roti katanya. Aku pun tak tahu. Ni kali pertama join live dan memang. Adik kerja masa tu dan tak boleh nak join sekali sebab biasanya dia yang selalu masuk giveaway ni.

Dia suruh teka kemiri (B.Indonesia) tu apa? Sebab pembantu yang selalu buat demo masakan tu orang Indonesia. Aku berjaya jawab dengan betul dan pantas....lagi pun aku kan selalu tengok Youtuber Indonesia kat telefon dan fahamlah sikit-sikit bahasa dia orang. Kemiri tu buah keras (B.Melayu).

Dah kemik?

Malaslah aku nak bagi tahu dah kemik benda ni. Biar je lah situ....boleh tak macam tu?

Tutup peti lagi tapi sebab wakil Audit Dalam lambat sangat dan peti sepatutnya kena tutup tepat jam 12 tengah hari, aku suruh Kak Yam tutup je dulu dan aku ambil gambar. Nanti gambar tu hantar saja lah kat audit. Tak kan kita nak tunggu kat situ.

Sebab tu aku suka bawa telefon bila nak tutup peti


No comments: