Tuesday 7 September 2021

IDEA: HASIL PENULISAN AKU DARI ZAMAN SEKOLAH

Nohin, Bercerita Dengan Bulan - Buku Cerita Kanak-Kanak aku yang pertama. Cantik gambar yang dilukis Puan Wan Shifa (dah jadi kawan di FB juga...hehe)

Dah lama tak masuk pertandingan menulis ni

Kebanggaan aku selamanya...

Cerpen pertama yang aku tulis dan ditaip oleh Angah (walaupun banyak salah ejaan, tanda baca dan tatabahasa) dan cerpen ni berjaya dimuatkan di dalam Antologi Suara Generasi Baru 2. Kursus Penulisan Kreatif Remaja yang dianjurkan olah DBP dengan kerjasama MKKM (kebetulan dekat dengan sekolah).

Yang menariknya daripada enam orang wakil SMKDL yang tersenarai untuk pergi kursus ni hanya empat orang yang berjaya bertahan hingga ke akhir dan diterbitkan cerpen di dalam buku antologi tersebut. Masa mula-mula masa kursus tu, akak yang bekerja di MKKM tu siap cakap, selalu wakil SMKDL ada masa awal-awal kursus je lepas tu hilang...

Tapi kita orang berempat ni berjaya buktikan grup kali ini ukan macam grup yang sebelumnya walaupun dua orang tu hilang juga. Aku, Syahida, Zeenath Nayima dan Nurhaliza yang berjaya hingga ke akhirnya dan nama kami ada di dalam buku ini dan yang meneruskan penulisan hingga ke hari ini walaupun tak aktif menulis hanya aku seorang.

Salah seorang pembimbing


Masa Tingkatan 4 - masuk pertandingan ni dan dapat Saguhati. Ini kali pertama dan terakhir aku buat skrip drama...tak pandai sangat nak buat.



Bayaran pertama untuk aku menulis cerita. Ini untuk cerita kanak-kanak. Puan Zainorraini yang tanya dalam kelas siap yag ingin menulis. Hanya aku dan Nurul Syahida sahaja yang berminat. Setiap cerita yang terpilih akan dibayar RM20. Masing-masing tulis lima buah cerita dan sebanyak tiga buah cerita aku yang terpilih maka aku dapat bayaran RM60. Kawan aku dapat RM80. Tapi sayang, aku tak ada simpan salinan cerita tu lagi pula cerita tu tak taip pun. Tulis dengan tangan sahaja.

Hasil nukilan yang pertama masa Darjah Satu....hehehe Kreatif tak?




Nama dalam ni dulu kawan baik aku masa sekolah tapi sayang, bila dah sambung belajar hilang semuanya! Dekat tapi jauh!

Kali pertama karya aku keluar dalam majalah Dewan Siswa - punya suka sebab emang susah karya kita untuk dipilih. Satu kebanggaan untuk diri aku


Rencana atau artikel pertama aku juga yang terpilih untuk majalah sekolah SMDKL - Majalah Tenaga




Rencana aku tersiar dalam majalah Dewan Siswa masa aku Tingkatan 6 dan setiap karya yang tersiar akan honorarium


Cerpen pertama aku yang tersiar dalam majalah komersial iaitu Majalah Harmoni. Kisah  gadis yang tinggal di pulau. Cerpen ni guna nama watak yang wujud di dalam hidup aku...


Ni pula dalam majalah Dara Dot Com



Dalam majalah Harmoni - Aku gunakan tajuk-tajuk noel untuk buat puisi ni...

Nampak tak peminat Harry Potter gitu!!!

Sempena Hari Ibu. 

Kalau tak salah aku, sebenarnya aku buat cerpen tajuk Rezeki Malam. Tak lama lepas hantar tu aku dapat panggilan daripada akak yang mengelolakan ruangan cerpen ni. Katanya cerepn yang aku hantar tu bagus tapi panjang sangat (ada batas patah perkataan yer) dan dia minta aku buat cerpen dengan tema Hari Ibu sebab tiada yang hantar lagi. Aku hanya ada masa lima hari saja. 

Biasanya aku buat bila dapat idea dan bukan secara mendadak macam ni kan. Cuma bila dah diberi peluang tu  memanglah aku nak kan! Jadinya aku cuba buat dan cari idea dan alhamdulillah dalam masa tiga hari aku berjaya siapkan cerpen ni dan berjaya tersiar!!!

Tersiar dalam majalah Nur

Masuk pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan berjaya dapat Saguhati. Alhamdulillah sebab aku bertanding dengan peserta lain seluruh Malaysia. Aku dan Puan Roslizah dari Jabatan PC dapat Saguhati

Cerpen terakhir aku buat dan tersiar dalam majalah Harmoni

Cubaan untuk menulis cerita kanak-kanak lagi

Idea untuk buat novel remaja aku yang pertama...masa buat ni aku gunakan nama kawan sekolah dan cikgu-cikgu aku sebagai tanda kenangan

Puisi tentang virus Corona @ Covid-19

Haiku Jepun juga berkaitan Covid-19



Antara cerpen aku yang pernah tersiar

Masa aku sertai Minggu Penulis Remaja - ni lanjutan daripada Kursus Penulisan Kreatif Remaja yang aku sertai pada tahun 2001 tapi daripada empat yang menghabiskan kursus tu hanya Aku dan Liza (Nurhaliza) sahaja yang join MPR ni. Yang lagi dua orang tidak berminat.





No comments: