Wednesday 22 January 2020

PERHIMPUNAN BULANAN JPPH (7.1.2020), TUDUNG ARIANI, PONCO VIETNAM & COKLAT DARU KESUKA (BIRTHDAY KU)




Geng BUB, dari kiri: Ain, Aku, Wani dan Kak Yam


Ole-Ole dari JPPH



Lagu MPAJ menggunakan melodi lagu Suci Dalam Debu yang dinyanyikan oleh para Pengarah dan Ketua Bahagian di MPAJ ni...

Gift daripada JPPH untuk setiap jabatan / bahagian





*************************************************************************

MACAM-MACAM HADIAH

6.1.2020 - HADIAH DARIPADA EN.RASUL (X-BOS DI BAHAGIAN INTEGRITI) 

Dapat panggilan daripada En. Rasul suruh aku turn bawah kejap. Jabatan baharu aku di tingkat 16 manakala Bahagian Integriti di tingkat 15. Ingatkan nak tanya pasal fail atau kerja sebab bilik En. Rasul kan aku yang kemas bagi cantik dan tersusun (ada entri pasal kemas bilik En. Rasul ni). Bila turun, rupa-rupanya En. Rasul nak bagi hadiah tudung kat bawah ni. Walaupun tudung ni jenis licin tapi aku berbesar hati menerimanya. Ingat jugalah nak bagi tanda kenangan (rasanya lah kan!) bila aku dah ditukarkan ke BUB. 

Orang tak suka kita dan banyak kaki kipas, maknya aku lah yang kena tukar macam Kak Pah dulu. Dalam jabatan yang sama pun kena alih sana sini, kejap tingkat 15 kejap kena pergi tingkat 6 di Bilik Fail yang masa tu belum ada nama lagi (sekarang Unit Registri). Bila dia dah kemas dan uruskan sampai bersih dan tersusun, kena tukar ke Jabatan Korporat pula...padahal kita orang kumpulan ke-3 yang ditukarkan (reshuffle) beramai-ramai. 

Kami yang menurut perintah kan. Lagi pula aku tak berapa ngam dengan mereka di sana. Kat BUB ni okeylah boleh bergelak ketawa dan hati pun senang. Cumanya teringatkan En. Rasul, Kak Azie dan Kak Izzah (yang aku rapat kat sana).






7.1.2020 - Ole-Ole dari Vietnam daripada Acap dan En.Zul yang berdua-duaan (hahaha) ke sana. Mereka pergi ke Dalat dan bagi tanda mata ponco Vietnam untuk staff perempuan dan yang lelaki dapat beg.
Ponco Kak Yam - merah gitu!

Ponco Ain - Hitam, Putih, Kelabu

Untuk Bulat dan Abg Man

Ni aku punya - aku pilih warna hitam



















6.2.2020 - Hadiah sempena ulang tahun dari KESUKE. Memang kita orang ada buat potongan gaji setiap bulan. Kiranya ni tanda kenangan lah.



No comments: