Saturday 11 January 2020

SWAFOTO & JUALAN GUDANG UTUSAN - 31.12.2019

Tak cukup dua kali, kita pergi lagi! Hari terakhir jualan gudang diadakan. Sajalah nak tengok apa lagi buku yang ada untuk dibeli buat koleksi (nak baca tak tahu bila). Lepas balik kerja aku singgah di Taman Shamelin Perkasa.

Masa aku pergi hari tu, ada yang datang dari Perak, Melaka dan lain-lain tempat. Ini memang kaki buku sebab sanggup datang semata-mata nak beli buku.












Masih ada lagi walaupun dah susut susunannya.








Buku agama









Tak banyak yang tinggal.











Buku Angkasawan Negara yang pertama - daripada harga RM50 sebab berkulit keras kan, harga buku ni jadi RM10 sahaja. Memang aku belilah.

Dah tinggal banyak ni sahaja. Nasib baik dah beli awal-awal hari tu.

Buya Hamka


Dah siap bungkus - buku-buku yang tidak terjual.




Dah gelap - masa ni baharu selesai bayar dan nak balik. Tapi masa aku kat situ pun ada yang baharu datang walaupun dah pukul enam lebih. Masa ni dah pukul tujuh lebih dah pun dan ada lagi yang sedang beratur nak bayar.

Bye-bye...jumpa lagi (kalau ada jualan lagi lah!)

Borong sikit sahaja. Dah tiga kali pergi sini kan, tak tempat aku nak simpan nanti buku-buku ni.

No comments: