Wednesday 12 February 2020

TAKLIMAT TENDER,SI KEMBAR BOS,SUSU PISANG,NO.SIRI RM,TUDUNG BAWAL,KENANGA,EDIT FOTO,SKT

26.12.2019 - Taklimat tender di Galeri



Aku tengah kemas lah dia orang ambik gambar


31.12.2019 - Tutup Peti tepat jam 12.00 tengah hari.




12.2.2020 - Borang Kaji Selidik untuk para kontraktor ni aku buat yang baharu.



12.12.2019 - Kembar bos kita orang...girl's uolss..maknanya bos dah ada lima (5) puteri.



Kita orang ziarah bos dan puteri-puteri baharu bos di Lembah Jaya (rumah ibu bos). Nak naik tangga ke rumah bos tu mencanak tinggi, takut aku nak naik, dah lah pakai jubah kan. Ni gambar masa kita orang nak balik.

Madihah dan Mardhiyah nama si kembar. Nama si kakak bermula huruf A.F tapi yang kembar ni bos nak mula dengan huruf 'M' seperti nama bos aku, Mastura.



16.1.2020 - Nak cuba susu pisang ni sebab selalu tengok je dalam drama Korea kan!


No. siri yang cantik sebab ikut turutan nombor tapi pegang sekejap je pun sebab duit-duit ni dah bertuan semuanya...huhuhuhu

16.1.2020

10.1.2020 - Jumaat kan waktu rehatnya panjang, aku ikut Kak Yam, Ain dan Wani ke Kenanga. Saja nak cuci mata kan, lagi pun orang dah ajak ikut sahajalah. Sudahnya aku borong tudung bawal lima (5) helai.



Lawa-lawa pula jubah kat kedai ni




Pukul 10.10 pagi pada 10.01.2020 - banyaknya angka kosong kan!!!

Berapa ribu gambar yang nak edit ni? Matilah nak!


Markah SKT tahun 2020 yang terkini daripada bekas bos aku :P

Markah SKT tahun 2020 yang asal daripada bekas bos aku 

No comments: