Sunday 23 February 2020

KURSUS KIK HORIZON BAHARU 2020 - 18, 19 & 20.2.2020

18.2.2020
Tahun ni kita orang di BUB diwajibkan masuk KIK ni...semua sekali kecuali Kak Rin yang mendapat keistimewaan daripada Bos. Mana nak jaga kaunter, nak mesyuarat diambah lagi dengan KIK ni. Patutnya tahun ni tak payahlah buat sebab dah Covid-19 kan! Tapi tetap kena buat sebab tu mungkin KPI jabatan berkaitan, makanya terpaksalah kita orang masuk. Kali terakhir aku masuk ialah pada 2012 masa aku di JPB dan di bawah Kak Hani. PT yang masuk bersama aku ialah Kak Hawa dan tak banyak yang kita orang bantu pun pada masa tu sebab banyak kerja berkaitan projek tu Kak Hani dan Abang Acat yang buat. Kalau tak salah aku ada Abg Bahari dan Abg Mie sekali.



Tajuk projek kita orang...Kesukaran Pilih AJK Pembuka Peti




Meja kita orang kosong..dah lah paling depan dekat dengan tempat penceramah berdiri.

Aku, Wani dan Kak Yam yang turun pada sebelah petang. Belah pagi TA dah turun. Jadinya tak tahu apa benda yang kena buat pada petang tu dan penceramah pun pelik, pagi tadi orang lain bila petang orang lain pulak yang datang. Nak buat macam mana bila staff tak ramai dan kerja di opis kena juga berjalan.








Catatlah apa yang patut...aku pun bukan faham sangat.





19.2.2020
Turun lagi pada hari kedua. Ada kudapan keropok...hahaha


Ada grup yang dah selesai buat semalam dan perbincangan diadakan sebab tu kertas tu ditampal untuk ditambah baik dan diperbetulkan mana yang salah. 


Kita orang tak bangun pun...tengok dari jauh sahaja....






Penerangan oleh penceramah jemputan

Salah satu teknik yang ada dalam merungkaikan permasalahan yang dipilih oleh setiap kumpulan.




Tulis, jangantak tulis... :)

Tulisan Wani cantik, dan aku cuma bagi isi...dengan Kak Yam dan tak berapa lama kemudian, baharulah En.Zul turun.




20.2.2020
Hari ketiga kita orang tak dapat hadir sebab ada buka peti tender juga di galeri. Jadinya aku dan Kak Yam hanya sempat hadir kursus KIK tu untuk dua hari sahaja. Pada hari terakhir memang tak dapat nak join bersama apatah lagi nak bergambar lepas habis kursus. Jadi gambar yang ada ni sebagai bukti yang kita orang hadir kursus untuk dua hari tu.

Kak Gee dan Kak Rin...aku yang suruh ambil sebab nanti boleh letak dalam laporan tahunan BUB...aktiviti sepanjang tahun 2020.

Hari ketiga - Kak Gee, En.Zul dan Wani yang hadir.

Dan pada hari tu juga Bahagian Integriti hadir di setiap jabatan dan bahagian untuk memeriksa kehadiran staff. Ramai yang datang hanya untuk thumb print dan lepas tu 'hilang'. Pergi minum lah, hantar anak sekolah lah, bawa bini di klinik lah dan macam-macam hal lagilah. Yang kita orang ni datang opis awal pagi dan lepas tu tercongok sampailah ke petang kat sini saja.

Yanh datang ialah En.Rasul sendiri, PPT baharu, Azira dan PT baharu yang ambil alih kerja aku, Syarah. Orang atasan nak yang sedap mata memandang sahaja yang berada di tingkat 15 dan yang menyakitkan mata tu 'ditendang' ke jabatan @ bahagian lain termasuk Aku dan Kak Pah (ke Jab. PC dan sebelum di Tingkat 6, Bahagian Registri, KHP). Tak apalah, ikut kan sahajalah sebab 'kami yang menuruh perintah dan yang menjalankan amanah'.



No comments: