Thursday 27 February 2020

SYIFA LAST DAY,UDANG & IKAN BILIS SABAH,SHAHRIL & ABBY KAHWIN,SANDWICH,SKT,YASIN,S/U,BOS,BUB,CERPEN,JPB,DIY

Syifa, budak praktikal bagi surat ni dekat Ain. Memang dia orang sepanjang Syifa praktikal di BUB.

24.12.2019 - Gambar kenangan dengan Syifa...semoga berjaya di luar sana.


27.12.2019 - Beli udang kering & ikan bilis dari Sabah ni daripada Acap, staff BUB sebab adik dia tinggal di sana. Susah nak cari yang okey kalau di pasar raya. Kebanyakannya mahal dan dah hapak.

Punyalah tak nak tunjuk suri rumah dia sampaikan bila aku minta gambar, dia hantar yang ni saja. Si Shahril yang pernah kerja di MPAJ sekejap sebelum dapat kerja secara tetap di Jabatan Pengairan & Saliran Selangor (JPS). Dulu dia dipinjamkan di JPB sebentar sebelum dipulangkan ke KHP sebab masa tu Abg Saifol sakit - 2.1.2020

24.1.2020 - Bos belanja kita orang dari rumah..hahaha

Si Ain mendeko sandwich ni...

Kak Rin pula bawa penkek Mc'D tapi aku tak sempat rasa dah habis... :(

30.1.2020 - Pembentangan SKT oleh Kak Gee selaku wakil BUB - bos cuti bersalin.

31.1.2020 - Bacaan Yasia di Surau Aras 3, MPAJ

31.1.2020 - Lawatan Tuan Setiausaha ke setiap jabatan dan bahagian. Tegoklah tuan tempat kita orang yang sempit ni...

12.2.2020 - Bos belanja lagi...terima kasih bos

22.2.2020 - Adik Ain kahwin, Instafamous katanya, Abby Asma.

En.Zul, Kak Mariyati & Marsha Zulaikha

Pasangan raja sehari

BFF Ain ni...Dayah dan Kak Haniza (dulu Kak Niza di BUB) 



28.2.2020 - Geng BUB nak pergi sarapan. Dekat Restoran Rejab di bawah nun saja. Kebetulan warna baju kita orang hampir sama, AIn yang nak ambil gamabr kita orang. Bila tengok, Yelah sama. merah, pink dan hitam

Beratur, jangan tak beratur


2.11.2020 - Permintaan kawan lama masa kerja di SWW untuk membuatkan cerpen berkisahkan kisah benar. Kisah kawan dia. Ayat dan jalan cerita dah ada cuma aku perlu betulkan semula ayat yang sedikit tunggang terbalik dan penggunaan perkataan untuk mencantikan lagi cerpen ni. Terima kasih kerana percayakan akak untuk buat cerpen ni F (nama sebenar tau!)

Aku memang suka buat sajak yang macam ni...hahaha

Kenangan masa pementasan teater Antabrata...

Adegan 2 yang ada aku...

Nak juga cuba Face App ni...

Dari kiri: Syara (ganti aku), En. Rasul dan Azira (PPT baharu)

12.2.2020 - Bahagian Integriti setelah ketiadaan aku. En. Rasul diapit oleh staff yang cantik molek dan anggun bergaya. Aku tak bergaya kan..tak sesuai kot dengan imej di tingkat 15 tu..hehehe tapi aku okey sahaja. Ni gambar untuk Laporan Tahuan MPAJ nanti. BUB punya asyik tertangguh sahaja sebab staffnya tak cukup.


Rauf Nuqman - permata hati bekas bos aku, En. Rasul. Dah besar dah...

 
10.2.2020 - Cuci mata di DIY

Comel je tudung saji kecil ni kan!



Biasalah kalau benda-benda kraftangan macam ni, mestinya untuk Nuha lah...




No comments: