Gaji 25hb tapi ada jualan pada hari Khamis dan Jumaat (28-29.11.2019) sebab ada Audit ISO dari hari Isnin hingga Rabu. Bahagian Ukur Bahan kena audit pada hari kedua iaitu hari Selasa (26.11.2019).
Pagi ni aku gi minum dengan Kak Azie di Pok Nik. Kita orang singgah nak keluarkan duit dan masa tunggu Kak Azie aku terpandang kedai sebelah...alamak patung separa bogel lah!
BERTUDUNG TAPI SEPARUH BOGEL...CAMNER TU!!! |
KEK BATIK RM10 |
MAKAN SAMBIL LAYAN DRAMA KOREA MIDNIGHT DINER ATAU NAMA LAIN LATE NIGHT RESTAURANT (2015) |
AKU DOK CARI CERITA APA NAK TENGOK DAN TERJUMPA CERITA NI - LAYAN LAH JUGA CERITA NI WALAUPUN JALAN CERITA DIA SLOW JE DAN CERITA TU SEKITAR RESTORAN TU JE PUN! |
Midnight Diner berkisarkan sebuah restoran yang hanya dibuka pada tengah malam iaitu 12 tengah malan hingga tujuh pagi dan waktu tu luar biasa kan dan restoran tersebut mempunyai pelanggan setianya snediri di samping orang-orang yang baharu tahu asal restoran ni. Kat restoran ni juga TIADA MENU!!! Tukang masak tu akan masak apa sahaja yang diminta oleh pelanggan sekianya bahan tersebut ada di restoran tu.
Drama ni ada 20 episod dan setiap episod menggunakan nama makanan sebagai tajuk. Pemilik restoran tersebut lakonan Kim Seung Woo hanya dikenali sebagai Master di dalam drama ni dan kononnya dia seorang tukang masak yang hebat walhal sebenarnya tak!
Aku pernah tengok dia dalam rancangan realiti Mr.House Husband musim 1, dia tak pandai masak dan cara dia masak pelik kot! Ada ke masak ramyeon letak roti kacang merah! Lepas tu buat kimbap semuanya dipotong dadu, selalu orang akan potong panjang macam lidi sate tu....dia ikut suka dia sahaja tapi dalam drama tu wah! Hebat kot dalam potong memotong tapi masa memotong tu tunjuk tangan sahaja...hahahaha
MASTER |
MEMBER ASAL 2 DAYS 1 NIGHT MUSIM KEDUA |
LEPAS SEUNG WOO KELUAR DARIPADA RANCANGAN NI SEBAB NAK FOKUS PADA LAKONAN, DIA DIGANTIKAN DENGAN YU HAE JIN SELAMA 9 BULAN SEBELUM MUSIM KEDUA INI TAMAT |
Pelanggan setia restoran ni ialah:
Ryu (ketua gangster),
Min Woo (pelajar kolej yang buat kerja part time),
Mr.Kim (ada isteri tapi suka lepak kat restoran bersama 'Quack' yang dah tua tapi tak kahwin lagi,
"Quack" (doktor perubatan tradisional),
Yoo Mi @ Fat woman (webtoon cartonist macam Kian84),
Noodle Sisters (3 orang kawan baik yang umurnya 37 (sebaya) dan masih belum kahwin lagi dan asyik order menu yang sama sampai diberi gelaran Banquet Noodles, Mixed Noodles dan Radish Noodles),
Cherry (yang selalu bersama Mr.Kim dan 'Quack' & kerja di bar)
dan 'Big Guy (pembantu kepada ketua gangster (atas ketua tu ada lagi ketuanya tapi hanya satu dua episod sahaja munculnya).
Tapi aku seronoklah tengok ada unsur kelakar, komedi, seram, cerita sedih dan gembira semuanya ada dan silih berganti di setiap episod tu. Ada ramai pelakon yang aku kenal muncul dalam drama ni.
Ada Ji Jin Hee (rancangan realiti Where on Earth??) - episod 4-5
Ada Oh Ji Ho (drama The Queen of Office & The Return of Superman) - episod 7
DARI KIRI: Yang Dong Geun, Oh Ji Ho and In Gyo Jin and their daughters (the O.G.G crew) |
Jeon So Min (drama Birthday Letter & Running Man) - episod 13
Dan di episod akhir ada Kim Ju Hoo (2 Days 1 Night & Gag Concert) - muncul hanya beberapa saat sahaja pun!
WATAK DALAM SITKOM GAG CONCERT, JANA |
2D 1N MUSIM TERBAHARU - YANG KEKAL HANYA JONG MIN DARI MUSIM 1-4 |
Ni aku copy & paste daripada Cik Goo yer...alah Google lah!!!
All episodes are named after a certain form of food, most of them of Korean origin.
- Seasoned Seaweed and Rice Cakes
- Buckwheat Pancake
- Mixed, Radish and Banquet Noodles
- Short-Necked Clam Soup (Part 1)
- Hamburg Steak (Part 2)
- Steamed Spareribs and Kimchi
- Ginseng Chicken Soup
- Butter Rice
- Grilled Short Rib Patties
- Barley-Dried Corvina
- Marinated Chicken Fried Rice
- Chinese Plums
- Canned Whelk
- Candied Sweet Potato and Spicy Rice Cakes
- Potato Ongshim Seaweed Soup
- Oyster Sauce Mayo Ramen
- Tortilla Half-moon Pizza
- Grilled Flatfish
- Stone Pot Jangjorim Bibimbap
- A Fall Gizzard Shad Party
WATAK YANG BERSAHAJA |
BELI PAVLOVA |
AIR DURIAN BELANDA - RM6 SEBOTOL |
BELI STOKING RM5 SEPASANG |
JEON SO MIN DALAM DRAMA MIDNIGHT DINER - SAMBIL TENGOK SAMBIL SNAP GAMBAR |
No comments:
Post a Comment