Monday 23 September 2019

JABATAN BAHARU - 1.7.2019 BAHAGIAN UKUR BAHAN (BHGN 4)

2.7.2019 - Sehari suntuk aku mengajar Syarah selepas En.Rasul sendiri naik ke Bahagian Ukur Bahan dan minta sendiri kebenaran dengan bos baharu aku, Puan Mastura untuk benarkan aku turun ke Tingkat 15 untuk ajar apa yang patut kat Syarah. 

Dan aku pun mengajarlah dengan penuh berhemah dan seteliti mungkin dengan harapan apa yang aku ajar dapat difahami oleh Syarah walaupun aku tengok dia tak catat apa-apa nota pun sepanjang aku mengajar dia. Yelah, budak muda yang baru berusai 20 tahun kan, mesti peti simpanan masih kuat berbanding aku yang berusia berbelas tahun daripada Syarah.Segal Cepat sahaja lupa.

Pagi tu aku dah ajar separuh dan bila petang aku ajar lagi dan ada yang aku ulang balik. Hehehe...dia tanya balik kat aku benda yang sama. Sabar sahajalah dik! Moga apa yang aku ajar dapat digunapakai dan akan ditambah baik pada masa hadapan. Semua yang masuk kat KHP tu semua yang coel-comel, cantik dan bergaya saja aku tengok, tak macam aku kan yang tak berapa nak comel ni, tak pandai bergaya, tak reti nak berkomunikasi, menyendeng-nyendeng malahan pergi dan balik kerja pun naik Grab sebab tak ada lesen memandu.

Terasa lah juga dengan pertukaran yang tiba-tiba ni kan! Nak fikir positif sangat pun tapi kita manusia kan, mesti terdetik di hati kecil ini tentang asbab aku ditukarkan. Bila sendiri aku jumpa pegawai dan tanya, eh dia persoalkan semula kenapa aku tanya soalan macam tu?

Itu kan hak aku sebagai pekerja untuk tahu perkara yang sebetulnya. Tak perlulah nak berahsia sangat. Apa yang tak elok yang tak memuaskan hati pihak pengurusan di sini mungkin aku boleh ubah di tempat baharu. Kalau aku sendiri pun tak tahu macam mana aku nak jadi yang lebih baik.

Jawapan selamat, kita tukar ikut kesesuaian? Hello? Kesesuaian apakah itu?  Sesuai sangat ke aku duduk kat Ukur Bahan tu? Aku tak sesuai duduk kat Integriti sebab aku ni pendiam? Asyik duduk kat tempat sendiri? tak Bercampur gaul dengan staff yang lain?

Itu kan sisi peribadi atau sifat yang ada pada diri aku, yang aku sendiri susah nak ubah. Bukan dari aku masuk kerja sampai balik kerja aku duduk diam membisu, kunci mulut kat ofis tu. Ada jugalah aku bercakap dengan Kak Azie, Nuha (praktikal), dengan Kak Ita pun ada, begitu juga dengan Abang Rizal yang rajin menegur aku.

Tak mengapalah...sebab nak kerja lama kat sini, aku menurutlah kata-kata pihak atasan. Saya yang menuruh perintah dan saya yang menjalankan amanah.






HASIL TINGGALAN AKU

INILAH DIA PENGGANTI AKU, SYARAH AQILA

COMEL KAN ORANGNYA! PANDAI BAWA KERETA LAGI TU!



ADA SURAT DARI EN.RASUL DAN AKU MINTA DIA BELAJAR

3.7.2019















SINGGAH SEKEJAP TEMPAT KAK BED LEPAS MINUM - KAK AZIE PUN ADA SAMA

LAPTOP YANG AKU GUNAKAN KAT BAHAGIAN UKUR BAHAN


KEMAS DAH SIKIT TEMPAT BAHARU AKU NI



LACI LAMA DAH BERTUKAR RUPA - PRETTY LITTLE THINGS BY PRETTY GIRL KAN!

TERNAMPAK KAT MEJA - OH, SYARAH AQILAH NAMANYA

AKU PUN ISI MAKANAN KAT LACI YANG SAMA


ALAT TULIS YANG AKU BELUM AMBIL HARI TU - ADA CERMINLAH!

SELIPAR NI AKU TAK TINGGALKAN...NANTI AKU AMBILAH BAWA NAIK ATAS (TINGKAT 16)

No comments: