Thursday 11 January 2018

PERHIMPUNAN BULANAN 2018 & LAIN-LAIN CERITA

Pemberian pelekat kenderaan untuk tahun 2018.



Angah buat apam tapi tak ada polka dot nya. Gebu dan baunya wangi dan Angah buat sebenarnya untuk Nuha. Aku pun ada buat kek batik tapi terlupa nak snap gambar.



Ikut mak dan Angah ke Tesco. Snap harga sebab nak buat perbandingan dengan tempat lain sebelum beli.





Nurul terjumpa novel Cheese yang Adik sibuk cari sebab bagus katanya. Lepas tu Angah dok cari demi satu novel Cheese yang lain sebab yang Nurul jumpa tu dah terkelepas tepinya dan tak elok. Harnya RM10 di Tesco Ampang dan ada banyak lagi novel.





 MPAJ bagi Diari 2018 dan katanya warna biru ni pilihan Tuan YDP. Selalu dapat warna yang kelam seperi kelabu dan hitam sahaja dan kali ni menang lain daripada yang lain.



Perhimpunan Bulanan januari 2018 pada 9.1.2018 yang dihoskan oleh Bahagian Perhubungan Awam & Sekretariat (PRO). Bermula tahun ni setiap jabatan dan bahagian akan mengadakan perhimpunan yang diketuai oleh mereka sendiri berbanding pada tahun-tahun sebelumnya yang mana jabatan dan bahagian-bahagian yang kecil digabungkan menjadi satu hos.

Contohnya Jabatan Undang-Undang bergabung dengan PRO, Bahagian Urus Setia dan Bahagian Ukur Bahan menjadi hos bersama pada tahun lepas. Untuk Jabatan Perancang Bandar pula pada bulan Mei 2018 dan tak tahulah sama ada aku masih lagi bersama jabatan ni ataupun dah ditukarkan ke jabatan lain.

Masa tu dah bulah Ramadan dan aku harap dapat bersama JPB lagi....:( Sedih lah nak tinggalkan jabatan ni yang mana aku dah selesa dengan cara kerja dan suasana.  Dengar cerita oleh mereka yang baharu ditukarkan ke JPB memang seram. Ada jabatan yang tak dibenarkan 'claim over time', kena kerja pada hujung minggu, kerani kena turun padang pergi lawatan tapak dan lain-lain. Ada yang lagi teruk pasal cuti Raya dan cuti hujung tahun yang mana kakitangan tak dibenarkan bercuti. Ada yang kalau dah bercuti sebelum raya tak boleh sambung untuk cuti selepas raya, cuti tak boleh lama-lama. Aduhai, menganiaya orang kan!

Memanglah sekarang ni benda-benda ni tak berkaitan dengan aku sebab aku jarang bercuti dan raya pun aku ambil ctui tapi akhirnya aku batalkan cuti dan datang kerja sebab tak ada nak ke mana pun! Aku kan tak ada kampung dan tak ada saudara mara!!! Mana tahu akan datang tempaisnya kena pada aku kalau-kalau aku 'termasuk' ke jabatan tu nanti.




DAPAT EPAL!
DAN KALENDER
Kak Atie Norliyati yang dahulunya di JPB telah ditukarkan ke Bahagian PRO ni dan dia hos pertama untuk 2018!

Kita orang dapat tempat ke--5 untuk pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul hari tu. Ini kali pertama JPB menang!

Esoknya Pn.Zu belanja nasi lemak guna duit kemenangan tu tapi masa tu aku terpakasa EL, ada masalah sikit.
 




No comments: