Wednesday 31 January 2018

MAKAN-MAKAN DI BLACK CANYON & FOOD TRUCK (TAPAK)

Angah ambil aku dari tempat kerja dan terus ke MPAJ. Lepas beli barang untuk hadiah orang kahwin bulan depan, kita orang terus gi makan di Black Canyon. Tapi sebenarnya aku teringin nak makan mi sizzling. Boleh sajalah nak makan di mana-mana pun kan!

KITA ORANG AMBIL SET D DAN ANGAH ADA TAMBAH 1 LAUK LAGI
 


NUHA MAKAN BAHULU
 







AIR LIMAU NIPIS @ HONEY LIME FROST
FRUIT TROPICAL TEA (RM9.90) TAPI SERIUS MANIS DAN PEKAT SEMACAM. DISEBABKAN MAHAL AKU BUNGKUS BAWA BALIK. LAGI PUN TADI AKU DAN MAKAN SAGO SANTAN.

NURUL - ICED CHOCOLATE (RM9.90)

Malam tu rancangannya nak pergi tengok wayang sebab aku dapat dua tiket percuma sempena hari lahir! Dah hujung bulan baharu nak pergi tengok dan kebetulan tak ada cerita yang menarik di MBO Galaxy Ampang. Tengok kat MBO cawangan lain pun lebih kurang sahaja dan tiket percuma tu lebur macam tu je! Tahun lepas pun macam tu jugak tapi yang tu aku memang terlupa nak tebus tiket tu.

Sudahnya kita orang pergi Food Truck (Tapak Urban Street Dining) di Jalan Ampang dekat KLCC  sahaja dan kita orang beli makanan Korea selepas berpusing 360 darjah untuk membeli makanan.





No comments: