Monday 21 August 2017

ZUMBA - BHGN 4 (SEBELUM ZUMBA)

Dah nak hampir dengan program terakhir untuk Karnival MPAJ iaitu program zumba-zumbi JPB!!! Dalam tengah hari kita orang dah sampai kat pejabat sebab nak turun barang-barang tu dan hanta ke padang tempat kenival berlangsung. 

Seperti biasa ada yang datang cuma duduk sahaja dan ada yang bekerja macam nak mampus dan ada juga yang tukang komen dan tukang suruh. Biasalah kat mana-mana pun ada situasi macam ni kan. Tak apalah janji aku buat kerja aku dan kita buat sama-sama untuk jabatan.





TAMBAHAN TAGGING

ROTI-ROTI!!!

MENUNGGU KENDERAAN UNTUK GERAK KE PADANG

AKU, K.ATIE DAN KAK BED DAH GERAK DULU DENGAN KERETA KAK ATIE.
LAMBAKAN GOODIES BAG KITA ORANG YANG SENANTIASA DIPERHATIKAN OLEH MEREKA YANG LALU LALANG DI SEKITARNYA.

PERLUKAN BEBERAPA ORANG PENJAGA UNTUK MENGAWAI BEG-BEG NI


Sebenarnya tempat untuk kita orang tak ada lagi! Sekejap kata kat sini sekejap lagi kata ada jabatan lain sedang gunakan. Lepas tu nak pindahkan ke khemah yang ke hujung sana (dekat jualan makanan). Siapa pula nak angkut beg-beg tu berulang-ulang kali. Ingat ada beberapa puluh beg sahaja ke? Ada seribu beg tahu! 1000!!!

Sudahnya  ada orang yang berjualan tak jauh dari khemah kita orang terpaksa pindah dan dia pun tak tahu sebab Urus Setia yang bagi tempat tu kat dia. Orang ramai dah mula berkerumun dan kita orang diberitahu bahawa kaunter pendaftaran hanya akan dibuka pada pukul 6.45 macam tu sampai pukul 7.30 malam. 

Aku salah seorang yang akan jaga kaunter tu nanti dengan Kak Bed. Seorang cari nama dan seorang lagi bagi beg dan Kak Bed suruh aku carikan nama. Kak Bed susah nak baca tulisan kecil-kecil.



Kan! Dah berkerumun orang! Yang teruk buat kerja kita orang dan kena marah dengan orang ramai pun kita orang juga tapi yang dapat nama? Hehehehe. Kaunter pendaftaran terpaksa dibuka awal sebab orang ramai yang berkerumun tu semakin tidak dapat dikawal selia oleh kita orang. Katanya ada minta bantuan dari Jabatan Penguatkuasa tapi batang hidung dia orang tak nampak langsung! satff lelaki JPB pun memang dah pupus...ada pun macam tak ada sahaja rasanya.

GAMBAR AKU LANGSUNG TAK ADA...NAMPAK PUN DARI BELAKANG DAN DIKENALI DARI TUDUNG YANG AKU PAKAI. AKU MINTA TOLONG ABG FAIZUL AMBILKAN GAMBAR, KATANYA DAH AMBIL TAPI NI  SAHAJA YANG ADA


NASIB BAIK ADA DINIE YANG DATANG MEMABANTU



RAMAI KAN!

YANG BERTOLAK-TOLAK PUN ADA.
Lepas tu orang suruh beratur ikut abjad supaya senang kita cari tapi nampaknya dia orang tak faham Bahasa Malaysia. Padahal ada ada tagging abjad. Contohnya dari huruf 'A' hingga 'D' kat lorong pertama dan seterusnya. Dan paling banyak  di huruf 'N' dan S' bagi nama Melayu dan 'C' dan 'S' bagi nama orang Cina pada pandangan mata kasar aku. jadinya kat lorong-lorong tersebut dah jadi tiga empat barisan walhal barisan tu untuk huruf lain. Yang huruf A tanya kat huruf J dan saling bertukar-tukar hurufnya pun ada.

Yang sibuk nak bertanya itu dan ini pun ada, yang marah-marah  atau buat muka sebab tak dapat baju. Yelah, kau orang memanglah orang dalam (jabatan lain di MPAJ) tapi kau orang tak beratur dan ada pula tu memang tak daftar pun, tiba-tiba datang kat tepi-tepi khemah tu dengan harapan kita orang nak bagi kau orang goodies bag tu. Kau ingat orang ramai kat situ tak nampak ke apa? Nanti tak pasal nama kita orang juga yang busuk sebab orang MPJj bagi baju kat geng dia orang dengan tak payah beratur.















NAMPAK KEPALA AKU SAHAJA

NAMPAK TAK MUKA AKU? TAK NAMPAK KAN?




SEMUA DAH TAK SABAR NAK KAN BAJU DAN GOODIES BAG TU





ZIN YAGESH UNTUK ZUMBA MALAM NI BUAT PENGUMUMAN







Nampak tak, tiada satu pun muka aku yang nampak dengan jelas? Hishh.... dah pukul 7.30 malam pun masih ada lagi yang datang bertanyakan goodies bag dan t-shirt walaupun kat kain rentang tu dah diberitahu 1000 orang yang terawal sahaja. Yang bising tak dapat baju pun ada sebab dia orang dah daftar tapi datang lewat. Goodies bag dan baju yang dah diasingkan untuk dia orang tu dah pun diberikan kepada orang lain. Kalau kita yang kena pun mesti nak marah kan. Kalau macam tu lebih baik tak payah daftar awal, siapa yang datang dulu dia dapat. Lagi senang kalau buat macam tu sebenarnya tapi biasalah....

Pada pendapat aku lah kan sepatutnya kita kena asingkan goodies bag dan baju zumba tu untuk mereka yang dah pun berdaftar. Cara daftar pun sebenarnya kurang sesuai bila mana nombor telefon En. Harith dan CC yang menjadi medan mereka membuat pendaftaran. Pasti sahaja ada nama-nama yang terlepas pandang untuk diberikan kepada Kak Yan untuk direkod. Itu tidak termasuk dengan yang isi borang, melalui panggilan telefon dan e-mel. Tunggang-langgang jadinya kan!

Patutnya bagi satu nombor sahaja supaya senang dia nak bagi nama-nama tu pada Kak Yan. Satu lagi, pada mereka yang dah daftar tu kita kena asingkan baju ikut saiz yang dia orang minta sebab dah daftar awal. Kak Jue pernah cakap benda yang sama dan tiada sokongan sebab leceh katanya nak asingkan satu persatu ikut nama yang daftar tu.

Kebanyakan daftar ikut grup atau persatuan, rasanya tak ada masalah kot. Cuma yang menjadi masalah ialah mereka yang nak tolong asingkan baju-baju tu sahaja. Apa-apa program yang melibatkan penyertaan beramai-ramai ni pasti sahaja ada yang culas dan kaki ngelat. Baju-baju yang dah diasingkan tempoh hari pun, hanya aku dan Kak Hawa yang buat. Bayangkan ada baju kat bilik Puan Azza, ada baju kat bilik Encik Harith dan ada baju yang ada kat meja pemandu. 

Kejap masuk bilik ni kejap masuk bilik tu sebab kena ambil baju ikut saiz yang diminta. Rasanya penat ke tak penat dengan nak tagging di bawah kumpulan atau persatuan atau jabatan mana? Nak semak nama, nak semak saiz dan nak ikut gumpalan baju-baju tu. Kau orang rasa penat ke tidak bila hanya dua orang yang buat? Kan....hahahahaha

No comments: