Thursday 24 August 2017

CERAMAH ETIKA BERPAKAIAN KE PEJABAT: PEMBENTUKAN IMEJ & KETERAMPILAN (BHGN 3) + NOTA

ABAYA / JUBAH BUKAN PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK DIBAWA KE PEJABAT YER! SEBABNYA IA MELAMBANG AGAMA BUKAN BUDAYA! AKU PAKAI JUGA JUBAH KALAU HARI JUMAAT...HEHEHE

AYU, ANAK KAK INA BOBOK JADI MODEL


Ni permintaan Cute Carry untuk ambil gambar bersama-sama. Mesti nak masuk dalam laman sesawang Cute Carry. Lepas habis ceramah, terus aku follow FB Cute Carry.







PENCERAMAH: EN. HAFIZ MUSTAPHA (CUTE CARRY)

IG: #cutecarry

FB: CuteCarry

· Jangan panggil orang Indonesia dengan panggilan Indon tapi INDO

· Bila jumpa orang, buat apa dahulu?

S  - salam

A - ajukan soalan (guna nama pada kad bisnes. Jangan senyum cepat sangat)

H - hadiah

A - ajukan soalan lagi (Elakkan tanya umur /  undi siapa / bila nak dapat anak)

B - bahasa badan (pertama kali jumpa, tangan jangan peluk tubuh (letak belakang) & jangan letak tangan dalam poket

A - anak mata (jangan tengok atas bawah kalau pertama kali jumpa. Fokus di muka)

T - tiru gaya (mirroring) (tiru perasaan. Kalau pesan makanan kita pun sama pesan makanan)

· Kalau dapat kad bisnes, baca apa-apa yang ada di situ.

 

· JENIS SALAM

a) Salam, lepas tu tarikh tangan (nak tak nak sahaja) → terutama masa sedang sibuk

b) Salam cium tangan (macam ‘British Lady’). Budaya Malaysia – pandang orang yang kita salam)

c) Salam ramas / diramas (macam terminator). Cara salam yang betul = Tangan kena bentuk ‘L’ / 90˚

d) Kalau tak boleh salam sebab bukan mahram:

- tangan kanan letak kat dada sebelah kiri & tunduk sedikit (sebelum dia hulurkan tangan kita buat dulu)

 

· Dah tunduk tapi masih hulur tangan nak buat macam mana?

- tak ada siapa boleh paksa kita untuk salam

- tak ada siapa boleh sentuh kulit kita

- tunduk macam tadi sahaja (bhgn (d))

 

· SENYUM

- Tengok orang tu 2, 3 saat = senyuman tu khas untuk dia (kalau tengok lama sangat jadi takut pula)

- Senyum & pandang muka = rasa dihargai. Contoh: kat butik, restoran mewah, hotel – cara dia orang senyum dan sambut kita

· Bila jumpa orang yang baharu kita kenal, JANGAN tanya macam2. Mungkin dia tak selesa

· Contoh kes: Pergi mesyuarat, semuanya pegawai & ada seorang pemandu yg. dibawa oleh bos dia→ bila ditanya soalan, dia jadi tak selesa

· Bila orang Tanya dah KAHWIN ke belum, JANGAN MEROYAN tak tentu hala → kena open minded, jangan cepat mengamuk

· JANGAN Tanya berapa umur / dah kahwin ke belum / undi siapa / bila nak dapat anak / dah ada anak, Tanya pula sorang je ke? dll soalan

· Jaga KAUNTER kena ada etika. Contoh: jangan campak2 IC orang bila tukar dengan pas / kena selalu senyum

· ANAK MATA

· BAU BADAN

- Di badan & ketiak

- Bau hapak / masam / hangit

- Cara nak hilangkan bau badan ialah:

a) mandi dengan sempurna → beri tumpuan di kaw. peluh iaitu celak ketiak, lengan, tengkuk, belakang paha, celah paha → gosok di celah2 tu

- Deodorant + bau badan = bau lagi teruk!

- Buka baju → bau badan → kalau masam, badan kita yang berbau

- Hilangkan bakteria di badan – mandian yang ada unsur citrus

- Kena pakai deodorant ikut jenis ketiak:

a) jenis basah/lembap (jln sikit dah basah) = jenis spray

b) jenis kering = jenis roll-on

- Jenis deodorant

a) spray     b) roll-on (Nivea & Rexona OK! dgn suhu di Malaysia)  c) stick

- Jangan pakai bedak @ tawas (mcm bedak)

  Cth: Bedak Cuticura / Agnesia

- Jangan pakai deodorant ketika ketiak basah lepas mandi & ketika berpeluh.

- Lepas mandi → lap → pakai deodorant → jgn tunggu dah lama baru nak pakai sebab ketiak dah mula berpeluh

 

· Bulu ketiak

- Sunat dicukur setiap 40 hari. Kalau tak cukur, deodorant tak sampai ke permukaan

· Dah pakai deodorant tapi masih bau lagi, JANGAN ambik parfum & spray → pergi tandas → ambil tisu & lap bersih2 → balik baru mandi bersih2

· JAIPUR, INDIA

- Suhu 52˚ tapi badan tak bau sebab suhu panas & kering

- Malaysia = panas & lembap

- Pakaian juga mainkan peranan penting

 

· BAU MULUT

- Nak hilangkan → gosok gigi / lidah dgn sempurna

- Tukar berus gigi – jangan kembang

- Check bau mulut = jilat bhgn belakang tangan & bau @ boleh guna tisu untuk lap lidah

 

· BAU KAKI

- Sebab stoking (jangan beli yg. murah sangat sebab tak serap peluh)

- Nak hilangkan bau kaki = air panas dlm. baldi + uncang teh yg. tak guna lagi (uncang tu gosok kaki)

- Losyen kaki + pakai stoking = bau lagi kuat!

 

· SYAMPU

- CARA NAK PILIH SYAMPU

- pilih sebab wangi @ jenama (brand)

- sebenarnya kena tengok jenis rambut

- rambut berbiji sebab tak pakai perapi

- kata penggaya rambut En.Hafiz (CuteCarry) – 3 hari tak cuci rambut untuk tengok rambut jenis apa

 

· BRANDING @ JENAMA

- Tengok pun dah tau jenama apa

- Sebelum branding, tengok kebersihan dahulu

- SILK = tak serap peluh

- Pernah tak bau rambut @ tudung kawan? Ada bau!

- Sebab 1) tak keringkan rambut  2) material tudung

- Penyebab → kelemumur / peluh / fungus / stress / habuk

- Hilangkan Kelelumur

a) ubat yg OK = Selsun Blue (dh ok jgn pakai)

b) pakai syampu yg. sama dalam tempoh yg. panjang

- Kelemumur berkeruping = sebab ada resdung. Cuba makan Pati Delima Gulsan

- Cuci rambut SETIAP HARI

 

· CARA BELI MINYAK WANGI (PARFUM)

- JENIS PARFUM

a) Perfume oil (parfum) = kepekatan minyak wangi tinggi antara 20 – 50%

b) EDP (Eau de parfum) = kepekatan minyak wangi tinggi antara 10 – 15%

c) EDT (Eau de toilette) = kepekatan minyak wangi antara 3 – 8%

d) EDC (Eau de Cologne) = kepekatan minyak wangi rendah antara 3%

e) Eau Fraiche / Body Splash

 

- Parfum oil = paling pekat macam minyak attar, ekstrak.

- Cara nak pakai = titikkan minyak wangi kt bhgn (1) telinga kiri, (2) telinga kanan, (3) & (4) nadi tangan kiri dan kanan, (5) tengkuk, dan (6) lurah dada (perempuan)

- Ada orang tak busuk tapi nampak busuk

-Parfum tahan lama

a) jangan buang kotak parfum

b) jangan letak tengah panas (dlm kereta / tepi tingkap)

c) letak dalam peti ais seminggu sekali


- Bau parfum

a) romantik - bau bunga2 / feminin / bau tak kuat sangat spt Estee Lauder / Elizabeth Arden /  Gucci Flora & Lancome (romantik & femini)

b) dramatik – bau sangat kuat / agak keras /  personaliti orang yg. suka perhatian spt Jean Paul Gaultier (JPG) / Viktor & Rolf

c) sporty – bau kasual / sukan spt Dashing / Polo Ralph Lauren / Adidas

d) fresh – macam bau lepas mandi / bau pada pagi hari / bau lepas potong rumpur spt Calvin Klein (CK One & CK Be)

e) moden – bau chewing gum & strawberry spt Vincci / Davidoff Cool Blue / Silky Girl

f) klasik – bau harga mahal / bau Datin2 dan Puan2 Sri spt Chanel / YSL / Dunhill

 

- Jenama parfum

· DKNY Apple – berjiwa muda

· Jimmy Choo – moden

· Echanted – romantik

· Precious (Che Ta) –

· Neelofa – sweet

· Prada – moden / klasik

· Victoria Secret – moden / klasik

 

- Parfum tamat tempoh = bau berubah (tengik) / kalau botol clear, berubah warna

- Parfum tak original = kalau goncang buih banyak & sembur kat tangan, parfum meleleh

- Parfum reject yg dijual di pasaran = tak kan Gucci nak lepaskan parfum tu banyak2 kalau cuma ada masalah kotak sahaja.

- Calvin Klein Be – Parfum unisex

- Pakai parfum di baju BOLEH tapi tak sekuat kalau sembur kat kulit

 

· IMEJ BERGANTUNG KEPADA A, B, C

a) A – APPEARENCE (penampilan) – agama & budaya

b) B – BEHAVIOUR (kelakuan)

c) C – COMMUNICATION (komunikasi)

 

· JEAN

- Kalau perut besar → jenis stretchable

- Carrot cut (legging) – tak semua orang sesuai

 

- Info dari internet: Jenis-jenis potongan jean ialah:-

a) Skinny (mcm Amy Search / Awal Ashaari pakai)

b) Straight leg

c) Slim fit (mcm En.Hafiz (CuteCarry) pakai – ada ruang)

d) Loose fit

e) Bootcut

f) Flare

g) Cropped

h) Stretched

i) Tapered 

· Siapa kaki besar:

a) Ada yg. pakej iaitu punggung pun besar juga

b) JANGAN pakai jeans lusuh (padded jean) sebab nampak lagi besar

c) Pakai jean satu warna

d) Jangan pakai jean koyak-koyak 

· PAKAIAN

a) KEMEJA

- cara pilih: 1) butangkan 2) masukkan dua jari kat bhgn leher (tindihkan jari)

- kalau dada bidang besar, elok pakai kemeja yg. ada 2 garisan (line) di belakang kemeja

- kemeja jalur2 – boleh dipakai di pejabat

- kemeja corak polka dot = boleh tapi polka dot yg. kecil2 sahaja

b) SELUAR – guna cara yg. sama dengan kemeja

c) BLAZER – beza BLAZER, JAKET, KOT

- Punggung besar – tak sesuai kot 2 potongan

·  KOT

- Potongan kat belakang KOT tentukan ianya dari negara mana

a) 2 potongan – dari British

b) 1 potongan – US

c) Tiada potongan – Itali 

· SUIT = atas bawah sama (baju & seluar)

· UKURAN BADAN

- Ukur bhgn atas & bawah badan

- Kalau bhgn atas pendek; bwh panjang = kaki panjang

- Kalau bhgn atas panjang; bwh pendek = kaki pendek

· Pakai seluar jenis straight cut / jean jgn lipat-lipat

· Sesuai pakai baju kurung pesak gantung  (kalau kurus tak sesuai b.pesak gantung. Cth: kurus tinggi = baju kurung Pahang OK

· Contoh: Ayu (anak K.Ina Bobok) = sesuai pakai baju kurung pesak gantung/kebaya/kebarung 

· BAJU

- Badan tinggi di bhgn atas, corak biar kat bhgn bawah, JANGAN kat atas

- Baju kurung moden, dat biar kat belakang, JANGAN di bhgn depan

- Punggung besar = dat kat depan

· JUBAH

a) Pakaian agama

b) JANGAN pakai di pejabat

c) JANGAN pakai jubah semasa pergi temuduga 

· Punggung besar – JANGAN pakai baju kurung bunga besar

· Lelaki JANGAN pakai seluar khakis @ dockers di pejabat

· PAKAI APA YANG KITA SELESA, JANGAN IKUT ORANG

 

· JAM TANGAN

a) RASMI – ada jarum jam / logam @ kulit / bentuk bulat (kalau segi empat, jgn yg besar sangat)

b) TAK RASMI – bentuk digital / plastik @ getah 

· GLASSES - cermin mata TAK TUTUP kening & SUNGLASSESS - cermin mata TUTUP kening sedikit

· KASUT – ukur kasut dari nadi pergelangan tangan hingga nadi di siku

· STOKING

a) Lelaki = ikut warna kasut

b) Perempuan = ikut warna kulit 

· TUDUNG

- Kulit putih pucat JANGAN pakai gincu peach = Nampak kuning

· FEBREEZE

- Kena ada Febreeze di pejabat

- Duduk di kerusi, bau peluh melekat

- Blazer (dalam setahun boleh hantar dobi 2x sahaja sebab nanti ROSAK → jadi spray dan anginkan sahaja

· FB BUKAN tempat luahkan perasaan spt gaduh suami isteri sibuk post kt situ

· Nasi paling bahaya di dunia = Nasi di Malaysia sebab mengantuk TAPI nak yang paling sedap di dunia :P

· Nak masuk Palestin, kena masuk ISREAL dulu!

· Kat Mekah ada macam2 ragam orang. Ada yg tindik hidung / tatu  sebab itu Budaya dia orang. Ada juga yang berpakaian Sari = Budaya

 

· GELARAN / PANGGILAN

a) Kalau tak tahu Cik @ Puan = panggil Puan

b) Dato’ = diberi oleh Kerajaan Negeri (Sultan)

c) Datuk = diberi oleh Kerajaan Persekutuan (YDP Agong)

d) Kalau ada acara rasmi di istana, Dato’ lebih tinggi pangkat dari Datuk

e) YB = Yang Berhomat (Ahli Politik)

f) YBhg. = Yang Berbahagia (bukan Ahli Politik)

Cth: Y.A.B Azmin Ali / Zahid Hamidi (YB) / Siti Nurhaliza (YBhg.)

LELAKI

PEREMPUAN

SIR

LADY

DATO’

DATIN

TUN

TOH PUAN


g) TUN = ada 25 orang sahaja dalam Malaysia dalam satu masa. Bila ada kematian baharulah boleh begi gelaran Tun kepada orang lain pula.

h) Toh Puan (Isteri) maka gelaran untuk suami ialah Datuk – negeri Terengganu.

 

~ Menang best sebab asyik gelak!!! :P

***************************************************

Ni aku ambil dalam laman sesawang Cute Carry. Beliau merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) selama 10 tahun sebelum berhenti untuk beliau memulakan bisnes ni. Jadi banyaklah pengalaman yang diceritakan.





No comments: