Wednesday 9 August 2017

CERAMAH ETIKA BERPAKAIAN KE PEJABAT: PEMBENTUKAN IMEJ & KETERAMPILAN (BHGN 1)

Ceramah tentang etikab berpakaian ke pejabat yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz Mustapha dari Cute Carry. Orangnya pun 'cute' hahaha. Ceramahnya sangat kelakar dan kita orang memang asyik tergelak je. Sikit-sikit gelak...dengar dia gelak pun kita orang gelak juga. 

Diajarnya kita orang cara bersalam yang betul, cara nak elak bersalam dengan bukan mahram, cara nak pilih deodorant & minyak wangi, cara nak tahu minyak wangi tu dah tamat tempoh ke belum dan cara nak pilih warna yang betul mengikut warna kulit kita. Akhir sekali, beliau promote jual minyak wangi keluaran Cute Carry. Ada dua yang berharga RM50. Mana ada bawa duit kan sebab biasanya ceramah agama sahaja yang ada jual benda-benda macam ni. Ada jual minyak wangi, minyak kasturi, buku dan sebagainya. Ada jual yang buat kutipan derma & amal untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Jadi kalau ada ceramah agama biasanya memang aku akan bawa duit. Satu tu memang wangi dah teringin nak beli tapi duit tak ada. Kawan-kawan yang ada pun pun tak bawa duit malahan ada yang pinjam kat kawan yang lain. Nak naik opis lepas tu turun semula pula dah makan masa, silap-silap minyak wangi tu dah habis.

DEMO CARA BERSALAM YANG BETUL

No comments: