Wednesday 12 July 2017

PERHIMPUNAN BULANAN OSC/BS & COB - 11.7.2017

Perhimpunan bulanan anjuran bersama Bahagian OSC & COB serta Jabatan Bangunan dan Senibina. CC kata tahun ni tahun terakhir boleh bergabung untuk buat perhimpunan bulanan. Maknanya kalau jabatan atau bahagian tu kecil macam Undang-Undang, OSC, COB, Ukur Bahan dan Perhubungan Awam dan Sekretariat memang masaklah. Orang tak ramai dan banyak benda yang kena buat.

Jabatan aku yang ramai sedikit dari jabatan atau bahagian seperti di atas pun ramai yang culas. Balik-balik kerani dan CC sahaja yang akan buat kerja dan adalah seorang dua TA@JA yang akan tolong dan yang lain buat tak tahu. Tak ada perasaan nak tolong. Sebab tu jabatan aku memang masuk pertandingan sekadar buat syarat sahaja tak pernah MENANG pun!!!. Tukang komen memang ramai...bla...bla....bla.....





Dorang buat kelainan dengan menjemput penari-penari dari ASWARA untuk buat persembahan permbukaan dan penutup tapi yang aku tengok tarian dia orang agak berterabur. Mungkin kurang latihan agaknya.






 Ni pula persembahan penutup




YANG DATANG AWAL DAPAT COKLAT...LAMBAT SIKIT DAPAT KERTAS ATUR CARA SAHAJALAH
 
DUDUK SEBELAH CC...LEPAS DAH SELESAI DIA SURUH KITA ORANG AMBIL GAMBAR DENGAN PHOTOBOOTH YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN LUAR AUDITORIUM
 


GENG CC...ALONG SYAM DENGAN MAMA SAIDAH (MAMA DULU PT DI JPB)

No comments: