Thursday 20 July 2017

KISAH SEMASA

NI BUKAN NAK MENUNJUK-NUNJUK YA!
Ni masa kita oang nak pergi ke Rumah Terbuka anjuran PAS di Desa Pandan. Macam-macam ada. Sate, Mi Rebus, Bihun Sup, Laksa, Nasi Himpit & Rendang, Sate Ikan, Keropok Lekor dan banyak lagi lah. Alhamdulillah memang kenyang lah makan.



Ni pula semasa perhimpunan pagi Isnin yang mana ada sesi taklimat perubahan skop kerja masing-masing. Ada yang dahulunya jaga Kebenaran Merancang (KM) ditukar ke unit baharu dan sebaliknya. Aku pun akan bertukar skop kerja yang mana dahulunya aku jaga KM kawasan Lembah Jaya (melibatkan permohonan KM Besar (nak buat rumah pangsapuri, balai polis, pusat pameran, kilang dll), Rumah Sesebuah, Taska/Tadika/Pusat Jagaan, Cadangan Alamat, Pra-Hitungan, Kerja Tanah) + Caj Pemajuan + Pentadbiran (melibatkan penyediaan Laporan Inden Minyak / Odometer / Touch n Go & Piagam Pelanggan).

Selepas 1 September ni aku akan jaga Unit Maklumat, GIS, R&D dan Projek Khas dan TA aku yang baharu ialah Kak Nurul dan pegawai, Pn.Huraizah. Dahulu TA aku Kak Juhaida, JAnya Abg Suhaimi dan pegawai En.Kamarulnizam. DUN Lembah Jaya dibahagian kepada 2 kawasan. TA dan JA tu sebenarnya sama sahaja cuma JA jawatan yang dah dijumudkan daripada Juruteknik kepada Pen.Peg. Perancang Bandar sementara yang TA memang terus dapat jawatan Pen. Peg. tu.




No comments: