Thursday 13 July 2017

JAMUAN RAYA JPB 2017 - 13.7.2017 (BHGN 1)

Esok jabatan kita orang akan mengadakan jamuan hari raya yang menjadi kebiasaannya di anjurkan di pertengahan bulan Syawal. Minggu lepas Jabatan Kejuruteraan buat jamuan yang diadakan di Auditorium. Siap ada kambing golek, buah manggis dan durian tapi durian tu terhadlah. Setiap meja dorang letak dua bekas dan dalam bekas tu ada dua tiga ulas sahaja.

Persiapan sehari sebelum majlis biasanya dilakukan oleh para kerani. Macam tahun-tahun yang lepas juga. Hanya kerani sahaja yang ada kat jabatan ni. Kita orang yang menyapu, angkat meja yang berat-berat tu (kaum lelaki dah pupus gamaknya), gantung-gantung dan tampal-tampal kad raya serta dok fikirkan idea macam mana nak buat susun atur letak makanan.

Lepas dah siap tu bos lalu dan tak berkenan kan cara kita orang susun sebab katanya SUSAH pengarah nak ambil makanan kalau dia orang ditempatkan di dalam bilik mesyuarat. Sebenarnya kita orang tak nak buat asing-asing seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana makanan untuk para pengarah ni dihidangkan di dalam bilik mesyuarat.

Bos suruh tukar susun atur dan minta CC dapatkan dua buah meja bulat untuk para pengarah ni duduk nanti. Nasib baik berjaya dan petang tu dorang dapat hantarkan dua buah meja tu dengan kerusi sekali.
ADA CC BAHARU NI, CANTIK SIKIT KAT JEMPUTAN KITA ORANG
ADA YANG NAK MASAK, TEMPAH DAN PALING SENANG BAGI RM50 SEORANG UNTUK TEMPAH SATE DAN LEMANG. TAP PERLU NAK PENING KEPLASA FIKIR NAK BAWA @ MASAK APA KAN!
KAK YAN DAN KAK SITI SEDANG MENYUSUN KAD-KAD RAYA UNTUK DITAMPAL
TADA!!! TAPI ADA JUGA YANG TERCABUT SEBELUM MAJLIS ESOK. PAKAI DOUBLE SIDED PUN TAK CUKUP KUAT.
KAK BED DAN ELISA (PELAJAR PRAKTIKAL KALI KE-2)

DOK CARI PAKU TEKAN UNTUK GANTUNG KAD RAYA
APALAH YANG KELAKAR TU AGAKNYA?
PANDANGAN DARI TEMPAT DUDUK AKU...BERGENTANYANGAN KAD-KAD RAYA. EH,...BERGANTUNGAN...HAHAHAHAHAHA



 Kak Ina Bobok dan Kak Atie (Norliyati) dan siap buatkan tagging untuk letak menu esok.















MASA NI DORANG DAH BALIK...TINGGAL AKU SORANG.INGAT NAK LETAK BUNGA KAT MEJA NI TAPI BUNGA-BUNGA KAT JOB SEMUA TINGGI DAN TAK SESUAI NAK LETAK.
 













Ada bahagian yang aku tolong touch-up sebab nampak tak cantik. Contohnya di atas kabinet berdekatan dengan mesin fotokopi yang penuh dengan kertas A4. Aku tak tahu nak digunakan atau tidak, jadinya aku simpan dalam laci. Selain tu ada troli sesat tersadai dekat lorong menghala ke pantri dan surau pun aku dan tolak masuk ke dalam bilik fail. Nampak sempit dengan kita orang yang nak lalu lalang esok dan tak cantik kalau orang nampak ada troli kat situ.

No comments: