Friday 31 March 2017

PUTRAJAYA - 25.3.2017 (IOI MALL PUCHONG)

Hujan lebat dan kita orang kebasahan sambil berjalan-jalan anak (bukan berlari-lari anak). Sudahlah jauh dari tempat parkir tu dengan tangan penuh barang. Payung pula tinggal dalam kereta dan dengan kilat sabung-menyabung memang menakutkan. Kita orang dah lah berjalan kat tempat terbuka, memang bahaya dan aku selawat sahaja sepanjang jalan.

Sampai sahaja kat kereta kelam-kabut simpan barang. Dalam kereta masing-masing dah kelaparan dan aku makan bulgogi cupbap yang aku beli tadi. Nasi berlaukkan daging yang dimasak bersama rempah. Memang terasa rempahnya.

Kebetulan dah ada kat Putrajaya ni, kita orang nak singgah ke IOI Mall untuk tengok Didi & Friends tapi masalahnya tak tahu jalan. Lepas tu abang ipar aku pergi tanya kat orang dan sebenarnya dia SALAH sebut nama tempat tu. Sudahnya kita orang sampai ke IOI Puchong!

Dah sampai sana baharu tahu salah tempat. Aku dan adik aku tadi dah bagitahu tempat tu kat sekitar Putrajaya juga tapi tak nak dengar kan...alang-alang dah sampai kita orang masuk juga kat IOI tu. Pusing-pusing lagi pula memang tak pernah sampai sana kan.

Mula-mula singgah kat kiosh yang jual gelang-gelang dan aksesori dan suasana dalam tu agak suram. Rupanya sedang Earth Hour daaa.....adik aku ada beli gelang untuk kawan-kawan dia sebelum kita orang ke DIY. Lepas tu singgah kat jualan buku Poplar yang dibuat di ruang legar kat sana.

Dalam pada dok usyar-usyar buku yang berkenan dihati, mata aku tertangkap pula dengan benda yang cantik dan menarik tertarik de boom ni. Pelabagai fungsi iaitu sebgai penanda buku @ pembuka surat @ penyucuk sanggul.

RAMBANG MATA DIBUATNYA SEBAB SEMUANYA CANTIK-CANTIK BELAKA






BENTUK BALLERINA


SI KECIK YANG 'DITINGGALKAN' SEBAB MAK AYAH DIA TENGAH PILIH RANTAI KUNCI UNTUK KAKAK DIA,






PUNYALAH TAN NAK ORANG AMBIL GAMBAR DIA....




DAH KEPENATAN MENUNGGU...ENTAH APA-APA GAMBAR YANG AKU AMBIL

RANTAI KUNCI YANG BOLEH LETAK NAMA KITA DAT DALAM TU

SENI GORES YANG KREATIF...

SCRATCH ART @ SENI GORES


INI YANG DIA BERKENAN...PATUTLAH KITA ORANG DOK TUNGGU LAMA KAT PENTAS TU

BUKU 'BEST SELLER' YANG ADIK AKU TERCARI-CARI


NI AKU CAKAP ADIK AKU BELI UNTUK KAWAN-KAWAN DIA....'R' & 'S' SAMA MACAM NAMA AKU DAN ADIK AKU 'R' & 'S' JUGAK... :)

ADIK AKU PILIH BENTUK BURUNG
AKU PILIH YANG NI SEBAB NIPIS YANG TAK TEBAL BILA MASUK DALAM BUKU NANTI. ADA BENTUK LAIN YANG AKU SUKA TAPI NANTI TEBAL DAN TAKUT BERBEKAS KAT BUKU TU NANTI JADI LEBIH BAIK AKU PILIH YANG NI.

RM15 / UNIT. WALAUPUN AGAK MAHAL SEBENARNYA TAPI SEBAB UNIK DAN SUSAH NAK CARI YANG MACAM NI AKU BELI JUGAK

No comments: