Thursday 16 March 2017

PERTANDINGAN DART & PANTUN

Pertandingan Dart pada 6hb dan 7hb dan aku sebagai pemain simpanan TAPI pada hari kejadian aku jadi pemain utama untuk trio dan double menggantikan Kak Ina Norizan. Sebabnya masa nak mula perlawanan tu Kak Ina naik atas untuk solat dan Kak Hawa mati-mati tak nak main. Aku korbanlah sebab dorang cakap "Ala, kau baling je, janji kena" dan aku adalah juga cuba baling. Cuma tak pandai nak 'aim' yang mana dan nak kira pun aku tak tahu. Seumur hidup tak pernah main dart.

Dan yang sedihnya setiap jabatan ada set dart tu sendiri tapi jabatan kita orang terpaksalah meminjam kat mereka yang ada lebih sebab budak-budak lelakia kat Jabatan Perancang bandar ni tak main dart. Dorang pun pelik, tak kan seorang pun tak ada?/ Lah, memang tak ada nak buat macam mana. Yang lebih sadisnya, set yang kita orang pinjam tu pun nak dekat jahanam daripada tiga dart cuma dua je yang boleh pakai. Satu lagi terpaksalah pula pinjam kat pihak lawan. Sedih kan! Urus Setia pun tak maklumlah set dart tu kena bawa sendiri. Kalau tak boleh juga lah pergi beli yang murah-murah kan.



ADALAH SORANG DUA PENYOKONG JPB



 
DORANG KATA BALING JER...JANJI KENA PAPAN DART TU


JABATAN LAIN MERIAH DENGAN RAMAI PENYOKONG



UNCLE KAT TENGAH TU MERUPAKAN PESARA MPAJ & MERUPAKAN WAKIL MALAYSIA DI KEJOHANAN DART

LAJU GILA UNCLE TU KIRA MARKAH

NI MASA LAWAN PUSINGAN KEDUA DENGAN JAB. KEJURUTERAAN DAN KITA ORANG TEWAS. MANA TAK KALAH AKU SENDIRI NI PERTAMA KALI DALAM HIDUP MAIN DART.






MARKAH PUSINGAN KEDUA

HIASAN UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN ESOK DARI JABATAN BELIA & MASYARAKAT

CANTIK DEKO

BARANGAN KITAR SEMULA






DOK TUNGGU ORANG DATANG AMBIL SEBAB PERLAWANAN HABIS DEKAT PUKUL 7 MALAM




NAMPAK DAH GELAP TU




MPAJ MAJLISKU

PERTANDINGAN PANTUN - 22.3.2017

Sepatutnya aku dengan Kak Hawa kena masuk pertandingan pantun ni tapi disebabkan kita orang memang mati-mati tak nak masuk, dengan beraninya kita orang pergi jumpa Pn.Zu dan mungkin masa tu mood Pn.Zu okey terus dia kata okey. Dan minta kita orang cadangkan siapa yang nak ganti. 


Aku cuma cakap kalau Pn.Zu rasa okey untuk masukkan peserta yang pergi Kursus Pantun hari tu untuk masuk pertandingan ni. Aku memang tak pandai nak buat dalam masa yang suntuk. Tepu otak aku. Kalau buat puisi atau cerpen pun mesti ada mood dan masa baru boleh terhasilnya karya tu. Sebagai ganti kita orang setuju untuk masuk pertandingan dart sebab dah ternampak borang kat atas meja CC. Dart pun dart lah janji terlibat dengan aktiviti KESUKE.

Sudahnya CC, Abg Acad dengan Pn.Rohana yang jadi wakil JPB. Kalau tidak memang tak adalah wakil jabatan kita orang yang selalu memang tak nak terlibat dengan aktiviti yang sukarela macam ni. Kadang-kadang nama naik pun boleh bagi macam-macam alasan...huhuhu


BERSAMA PENYOKONG JPB, KAK NURUL



APALAH YANG DIGELAKKAN OLEH ABANG ACAD TU?

CERMIN MATA ABG ACAD DAH MACAM ATUK NAK BACA SURAT KHABAR JE




Selalunya JPB ni sekadar melengkap penyertaan sahaja dan tak macam jabatan lain yang beria-ia dalam apa-apa aktiviti.

No comments: