Thursday 17 September 2015

RAWATAN GIGI - RAWATAN AKAR

NAMPAK TAK MULUT AKU SENGET SIKIT TU....KESAN UBAT BIUS
Sebenarnya gigi aku rasa something sejak bulan puasa lagi tapi biasalah suka lengahkan. Lepas raya tu rasa sakit dan aku pun pergilah klinik swasta yang famili aku selalu pergi tu. Dia kata ayoyo....terus cuak muka aku!

Katanya lubang dah besar dan tak boleh tampal. kena buat rawatan akar dan pasang crown. Hilang separuh nyawa aku sebab benda kat dalam kita tak boleh nak tengok kan. kosnye hampt RM2500++!!! Mak ai!!! Mana nak cekau duit banyak tu. soh dia bagi ubat dan HANYA makan kalau gigi tu sakit dan janji temu seterusnya pada Oktober ni.

Lepas tu aku try tanya kawan aku yang kebetulan kerja kat Klinik Pergigian tu dan dia maklumkan tentang bayaran dan bla..bla...bla...

1st time dalam hidup aku gi klinik gigi sebab dulu check up masa kat sekolah dan ada sekali tu try kat dental student kat area tempat kerja. So hari ni, appointment aku yang pertama dan rasa berdabar-debar tu hanya  Allah yang tahu. Aku rasa lagi berdebar daripada masa aku nak temuduga jawatan tetap...hahahaha.

Datang pukul 3.20 petang & dipanggil pada 3.55 petang & selesai 4.45 petang sebab dia dahulukan seorang patient yang katanya gusi dah bengkak. Bila dia suruh baring tu...memang tak putus-putus aku berselawat dan minta Allah s.w.t. permudah  segalanya. Bila dia mula korek-korek tu memang aku ada rasa nyilu (sama mcm gi klinik swasta tu) lepas tu ok. Lepas tu dia godek-godek dan kerap juga dia (Dr. Manal) tanya sakit ke tidak...mana yang tak sakit tu aku cakaplah tak kan dan ada ketika yang sakit sedikit.

Sampai lah saat dia kata tak boleh gak ni (bila beberapa kali dia tanya sakit ke tak), dia bagi tau nak bius. Ya, Allah! Rasa debar tu bertambah tapi alhamdulillah tak rasa sakit...aku aku cuba tak pandang dr. utk tengok alatan apa yang dia gunakan (dulu aku pernah temankan mak gi cabut gigi & rasa seriau tengok alatan dia...) Lepas tu dia suntik 3 kali rasanya cecair putih yang masin rasanya...

"Pada dasarnya, root canal therapy ("RCT") bererti urat dalam akar gigi akan dicuci secara mekanikal menggunakan peralatan dan juga dibersihkan secara irigasi mengguna cairan khas untuk mempastikan urat gigi terhapus sepenuhnya. Akhirnya setelah rawatan dilakukan ia disteril supaya bebas daripada sebarang kotoran atau jangkitan.Kanal gigi yang kosong itu diganti dengan bahan gantian yang berfungsi untuk menggantikan isi kanal yang dikeluarkan sebelum ini." - info dentistkl.com.

Dah lama dia masukkan bahan gantian tu (selepas dia minta saiz yang lain kepada jururawat), aku dengar dia kata susah nak buat dan kalau sekali lagi tak boleh dia biarkan je mana yang boleh sebab kedudukan gigi aku yang berlapis dan kedudukan urat pada gigi yang berlapis tu. Kemudian kena gi x-ray pulak dan bila bangun tu aku ada rasa pening sikit dan mulut rasa macam Angelina Jolie...hahahaha

Dr. tu masukkan kad kecil untuk tutup bahagian gigi yang tak perlu di x-ray dan soh aku tekan kad tu dan boleh pula aku gi tekan jari dia...hahahaha. Rasa nak muntah. Sama macam kita gi klinik biasa dan dr. cuba tengok tekak kita pakai yang alat macam kayu nipis tu)....lepas tu dia kata nak gunakan elektrik voltan rendah. Buat je lah doktor dan memang aku tak tengok pun cuma nampak bling...bling...masa dia kot sebab dia asyik pandang mesin tu.

Punyalah payah nak Google benda ni...hahahaha
Lepas dah x-ray masuk balik bilik rawatan. Waktu tu aku patient yang terakhir sebab appointment pun pukul 3.30 petang. Staff yang lain tengah tunggu masa nak punch card dan berborak-borak jer. Dah dapat time slip & tarikh appointment yang baru aku pun balik. Masa ni tak pening pun cuma rasa bibir Angelina Jolie tu buat aku tak selesa. Kesan bius tu ada lagi kan dan memang tak rasa langsung bibir yang di bahagia kiri aku ni....dan tak ada ubat diberikan.

Bila balik aku cerita kat famili...cuma bab kena voltan tu jer aku terlupa. Bulan depan kena pergi lagi...rasa berdebar-debar lagi....Semoga semuanya berjalan lancar...amin.

No comments: