Thursday 5 March 2015

INFO: MASKER


Petang tadi aku temankan Kak Bed gi hantar surat panggilan mesyuarat di sekitar kawasan Ampang Point. Surat dah last minit dengan kelam-kabutnya, Tuhan sahaja yang tahu. Banyak sangat diubah, nak fotokopi surat dan lampiran bla..bla..bla.. pergilah aku, Kak Bed, Aznoor (geng kerani) dengan tiga orang budak praktikal. 

Beberapa hari sebelum tu dah hantar surat disekitar kawasan tu dan ini surat untuk sambungan dari mesyuarat yang pertama. Kira-kira 100++ jugaklah jumlah surat yang kena hantar dan dipecahkan kepada dua iaitu aku dengan Kak Bed (sebab kita orang ditinggalkan oleh Abang Saifol (drebar jabatan) dengan grup yang selebihnya.

Dengan hari panas terik pergilah kita orang meredah dari satu kedai ke kedai yang lain dan terpaksalah Kak Bedah ulang balik ayat yang sama di setiap kedai yang kita orang masuk. Nak terangkan pasal surat tu kan.

Nasib baik kita orang punya tak banyak sangat. Bila dah selesai tu janji dengan yang lain tunggu depan Starbucks pastu tak jadi pulak. Dalam pada menunggu dia orang, aku dengan Kak Bed ronda-ronda di ruang lebar yang kebetulan ada buat jualan murah untuk produk dari China, Korea dll.

Sempatlah aku sampat mask ni sebab sebelum ni aku ada guna mask dari Korea. Saja gatai pilih setiap warna yang berlainan. Ada juga Bee Venom dan Syn- Ake (Snake! Ular!). Ishh..silap-silap jadi apa entah nanti kan.

No comments: