Tuesday 17 March 2015

ARTIKEL: JENIS-JENIS FOBIA (BHGN 1)

 (INFO DARI PORTAL RASMI PEJ.PELAJARAN DAERAH KERIAN)

JENIS - JENIS FOBIA

Apa itu fobia? Fobia adalah ketakutan yang tak rasional, yang tidak waras dan persisten terhadap sesuatu benda atau situasi yang memaksa seseorang itu mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya.

Di sini disediakan senarai pelbagai jenis fobia yang diketahui...

 

Terdapat tiga kategori utama fobia iaitu:

Fobia yang spesifik - fobia terhadap sesuatu objek atau situasi, seperti labah-labah, ketinggian atau pun terbang.

Fobia sosial - fobia terhadap perkara yang memalukan atau dimalukan dalam suasana sosial.

Agoraphobia - Fobia untuk berada jauh dari tempat yang difikirkan selamat.


Dianggarkan 18 peratus dari jumlah penduduk dewasa Amerika Syarikat menderita daripada fobia. Seseorang itu boleh mendapat fobia dari apa sahaja. Pendedahan mereka terhadap fobia mereka akan menyebabkan pernafasan yang mendadak, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh, panik dan ada yang lebih teruk dari itu seperti menjadi separuh gila.


Di bawah disenaraikan jenis-jenis fobia yang diketahui dan ada diantaranya boleh dianggap pelik.


Ablutophobia- Takut mandi atau dibasuh.

Acarophobia- Takut kepada kegatalan atau serangga yang menyebabkan gatal.

Acerophobia- Takut kepada rasa masam.

Achluophobia- Takut kepada kegelapan.

Acousticophobia- Takut kepada kebisingan.

Acrophobia- Takut kepada ketinggian.

Aerophobia- Fear of drafts, air swallowing, or airbourne noxious substances.

Aeroacrophobia- Takut kepada tempat terbuka yang tinggi.

Aeronausiphobia- Takut kepada muntah yang disebabkan mabuk udara.

Afrophobia- Takut atau benci dengan Orang Afrika, budaya dan keturunannya.

Agateophobia- Takut kepada kegilaan.

Agliophobia- Takut kepada rasa sakit.

Agoraphobia- Takut kepada tempat terbuka,tempat yang terdapat ramai orang. Takut meninggalkan tempat selamat.

Agraphobia- Takut kepada gangguan seksual.

Agrizoophobia- Takut kepada haiwan liar.

Agyrophobia- Takut kepada jalan raya atau melintas jalan.

Aibohphobia- Takut dengan palindromes (perkataan yang diterbalikkan bunyinya sama; malam, taat, katak, tamat...)

Aichmophobia- Takut kepada jarum atau benda tajam.

Ailurophobia- Takut akan kucing.

Albuminurophobia- Takut kepada sakit buah pinggang.

Alektorophobia- Takut kepada ayam.

Algophobia- Takut kepada rasa sakit.

Alliumphobia- Takut kepada bawang putih.

Allodoxaphobia- Takut menerima pandangan atau pendapat.

Altophobia- Takut kepada ketinggian.

Amathophobia- Takut kepada debu dan habuk.

Amaxophobia- Takut berada didalam kereta.

Ambulophobia- Takut untuk berjalan atau berdiri.

Amnesiphobia- Takut kepada amnesia (hilang ingatan).

Amychophobia- Takut kepada cakaran atau dicakar.

Anablephobia- Takut untuk memandang keatas.

Ancraophobia- Takut akan angin (Anemophobia)

Androphobia- Takut kepada lelaki.

Anemophobia-Takut dengan angin.(Ancraophobia)

Anginophobia- Takut tercekik.

Anglophobia- Takut kepada England, orang Inggeris, budaya mereka,

Angrophobia - Takut kepada kemarahan dan menjadi marah.

Ankylophobia- Takut kepada ketidak-boleh-gerakan sendi.

Anthrophobia or Anthophobia- Takut kepada bunga.

Anthropophobia- Takut kepada orang ramai dan masyarakat.

Antidaeophobia- Takut setiap masa, dimana jua anda berada, seekor itik sedang memerhatikan anda.

Antlophobia- Takut kepada banjir.

Anuptaphobia- Takut menjadi bujang.

Apeirophobia- Takut dengan keabadian.

Aphenphosmphobia- Takut kepada sentuhan. (Haphephobia)

Apiphobia- Takut kepada lebah.

Apotemnophobia- Takut kepada orang yang kudung.

Aquaphobia - Takut akan air. Secara spesifiknya takutkan lemas.

Arachibutyrophobia- Takut kepada keadaan dimana peanut butter melekat di lelangit mulut.

Arcanophobia - Takut dengan magik

Arachnephobia atau Arachnophobia- Takut kepada labah-labah.

Arithmophobia- Takut akan nombor.

Arrhenphobia- Takut kepada lelaki.

Arsonphobia- Takut akan api.

Asthenophobia- Takut akan pengsan atau berasa lemah.

Astraphobia or Astrapophobia- Takut akan guruh dan petir.(Ceraunophobia, Keraunophobia)

Astrophobia- Takut akan bintang-bintang dan ruang angkasa.

Asymmetriphobia- Takut kepada benda simetri.

Ataxiophobia- Takut kepada ataxia. (Otot tidak seimbang)

Ataxophobia- Takut akan perkara yang tak teratur atau tidak kemas.

Atelophobia- Takut dengan perasaan tidak sempurna.

Atephobia- Takut kepada tinggalan lama (ruin).

Athazagoraphobia- Takut dilupakan, tidak dipedulikan.

Atomosophobia- Takut kepada letupan atom.

Atychiphobia- Takut kepada kegagalan.

Aulophobia- Takut akan seruling/serunai.

Aurophobia- Takut akan emas.

Auroraphobia- Takut akan fenomena 'cahaya utara' (Northern lights).

Australophobia, Novahollandiaphobia- Takut dengan Australia, rakyat dan budayanya.

Autodysomophobia- Takut kepada orang yang berbau tajam.

Automatonophobia- Takut kepada patung ventriloquist's, robot, patung lilin, patung.

Automysophobia- Takut menjadi kotor.

Autophobia- Takut akan keseorangan atau dibiar berseorangan.

Aviophobia or Aviatophobia- Takut untuk terbang.


Bacillophobia- Takut kepada microbes dan kuman.

Bacteriophobia- Takut kepada bakteria.

Ballistophobia- Takut kepada peluru berpandu dan peluru.

Barleyphobia - Takut dengan barli.

Bananaphobia - Takut dengan buah pisang.

Bolshephobia- Takut kepada Bolsheviks.

Barophobia- Takut kepada graviti.

Basophobia or Basiphobia- Ketidakmampuan berdiri. Takut untuk berjalan atau jatuh.

Bathmophobia- Takut kepada tangga atau tebing curam.

Bathophobia- Takut kepada kedalaman.

Batophobia- Takut kepada ketinggian atau berada hampir dengan bangunan tinggi.

Batrachophobia- Takut kepada haiwan amfibia, seperti katak, sesumpah, salamanders,...

Belonephobia- Takut kepada pin dan jarum. (Aichmophobia)

Bibliophobia- Takut akan buku.

Blennophobia- Takut dengan lendiran.

Bogyphobia- Takut kepada bogeys atau bogeyman (Raksasa yang tinggal bawah katil anda).

Botanophobia- Takut kepada tumbuhan.

Briophobia- Takut dengan tapak kaki manusia.

Bromidrosiphobia or Bromidrophobia- Takut akan bau badan

Brontophobia- Takut kepada petir dan guruh.

Bufonophobia- Takut kepada katak dan kodok.

Button phobia - Takut dengan butang.


No comments: