Monday 31 December 2012

PERTUKARAN BIDANG KERJA

Mulai November 2012 aku telahpun ditukarkan ke Unit Kawalan Pembangunan (KM) yang mana aku menjaga kawasan DUN Lembah Jaya. Jurutekniknya Abang Suhaimi dan Pen. Peg. Perancang Bandar ialah Kak Juhaida manakala pegawainya ialah Encik Azli. Encik Azli ni dah lama bertanyakan bila aku nak masuk unit KM sebab selama ni aku di Bahagian Pentadbiran dan buat kerja-kerja CC Saras.

Antaranya ialah:
  1. Merekod dan mengedarkan surat-surat yang diterima dari Pejabat YDP selepas diminit oleh  Pengarah.
  2. Merekod dan menyelaras pergerakan kenderaan jabatan. Ada buku tempahan kenderaan kepada mana-mana pegawai yang ingin keluar membuat lawatan tapak / menghadiri mesyuarat, seminar ataupun kursus dan lain-lain.
  3. Menjaga, merekod dan menyediakan memo Laporan Inden Minyak setiap bulan / Laporan Tocuh n Go bila mana perlukana tambahan nilai untuk kad T n Go tersebut.
  4. Merekod dan menghantar memo Laporam Piagam Pelanggan setiap bulan ke Jabatan Korporat.
Sebelum ni aku menjaga Unit Pembangunan Mampan yang meliputi Bandar Selamat / Local Agenda 21 dan MurniNets di bawah En. Zaiham (Pen. Peg. Perancang Bandar) dan Abang Acad (Juruteknik).
Tapi masa ni tak begitu aktif lagi dan CC Saras mula bagi aku kerja-kerja pentadbiran. Ada juga aku dengar cakap-cakap belakang sebab aku bua kerja CC tapi dah aku budak baharu masa itu, ikutkan sahajalah. Tak adalah nak membantah ke apa kan!.



 Kerja-kerja KM ni melibatkan proses untuk meluluskan sesuatu projek hingga mendapat kelulusan ataupun mungkin permohonan itu ditolak sebab tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Majlis.

Antaranya ialah permohonan yang melibatkan:
  1. KM Besar (Bilik Pameran / Surau / Balai Penghulu / Balai Polis / Kilang / Perumahan yang besar seperti nak bina 20 tingkat apartment @ 20 unit rumah berkembar dll.
  2. Rumah Sesebuah @ Banglo
  3. Tukar Guna Bangunan (dari rumah nak dijadikan Taska / Tadika / Pusat Kebajikan / Rumah Orang Tua / Pusat Tahfiz dll).
  4. Kerja Tanah
  5. Cadangan Alamat
  6. Pra-Hitungan
  7. Lanjut Tempoh KM (lepas dah lulus tapi tiada apa-apa binaan ditapak dan boleh mohon lanjut tempoh KM TAPI untuk sekali sahaja yang mana lanjutan tempoh tu untuk setahun. Lepas tu kena masuk KM baharu)
  8. CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan)
  9. Permohonan yang melibatkan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) - biasanya di kawasan tanah tinggi, berbukit dan bercerun.
  10. Guarded Community (Pondok Pengawal / Pintu Berpalang dll di sekitar kawasan perumahan).
  11. Ulasan Bangunan (yang ni tak berapa faham dan jarang ada permohonan ni).
  12. CF
  13. SKM (sijil kelayakan Menduduki)
  14. Lembaga Rayuan (kalau ada pemohon yang tidak berpuas hati dengan penolakan KM yang diberi)
  15. Billboard






Sunday 30 December 2012

MAJLIS KAHWIN HAMIZAH MADI - 22.12.2012

Malis kahwin kawan SMKDL yang tarikh lahirnya sama dengan aku, 14 Januari. Majlis kahwin dia dibuat di PULAPOL Jalan Semarak. Daripada  empadah sekawan, dia orang ketiga yang bendirikan rumahtangga meninggalkan aku yang masih lagi sendiri....hehehe

SUAMINYA SEORANG CHEF












BAJU DIA TERSAMA PULA DENGAN AKU HARI NI...HAHAHA

JUMPA SYAHIDA DI SINI BERSAMA SUAMINYA AZMI. MAJLIS KAHWIN SYAHIDA DULU DI PUTRAJAYA
Kawasan sekitar PULAPOL





Iqa dan Nurul pergi ambil bunga segar selepas majlis berakhir. Aku buatlah jambangan ni.





Ni pula gambar masa dia orang bertunang. Kata Mizah majlis ni sepatutnya jadi majlis merisik sahaja sebelum tiba-tiba dilanjutkan menjadi Majlis Pertunangan buat mereka berdua.



Saturday 29 December 2012

ARTIKEL : MISTERI SIAPA MONALISA?

Misteri Siapa Monalisa Dibongkar


Ahli sejarah percaya, penemuan ini mampu membongkar kod rahsia Da Vinci.

Tadi Encik Billy tengok Buletin Utama kat TV3, adalah berita pasal saintis berjaya bongkar siapa sebenarnya Monalisa berdasarkan beberapa kod tersembunyi dalam lukisan itu. Kod ini merupakan sebahagian daripada Da Vinci kod yg terkenal tue. Encik Billy pun teringinlah nak tahu dengan lebih lanjut, so En. Billy google-google lah pasal benda ni..dan kat bawah ni adalah apa yg En. Billy jumpa...betul atau tak? wallahualam...
 



 
Ringkasannya: 
  • Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci. Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
  • Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
  • Ujar Glori lagi, walaupun bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah sejak beberapa abad berlalu, tetapi jalan berliku yang dapat dilihat dalam latar belakang Monalisa masih jelas di Bobbio.
  • Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu. 
  • Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
  • "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.
Sumber : http://billyinfo.blogspot.com

Friday 28 December 2012

ARTIKEL : 6 SEBAB ORANG TAK BACA NOVEL MELAYU

1- Nama watak yang tak logik
Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi. 

Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet? 

Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke? 

2- Jalan cerita yang berulang-ulang
“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...” 

Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni? 

Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan. 

[image%255B3%255D.png] 

Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz. 

*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point* 

Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je? 

3- Perwatakan yang sama
Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan? 

Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran? 

Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia. 

Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. Kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan. 

Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.) 

Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu” 

Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian. 

Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira) 

Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character? Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya? 

Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari. 

Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je. 

4- Happy ending
Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati. 

Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel

5- Tidak mencabar minda
Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama. 

“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan. 

Cuba macam ni:
Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan. 

Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta. 

Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!” 

Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran. 

Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. 

6- Tema yang membosankan
Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa tak nak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa tak nak include tema yang lebih mendalam?
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama. 

Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX). Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan. 

Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? 

Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring. 

Sumber:  Dari Blog Kisah Seorang Budak U, Bedaduz.

Thursday 27 December 2012