Thursday 6 October 2011

PERTAMA KALI....

Buat pertama kalinya dalan hidup aku yang dah 2 dekad lebih ni dipaksa rela menyambut Hari Kemerdekaan + Hari Malaysia. Jangan ingat aku tak patriotik ya? Aku tersangatlah patriotik tentang hal-hal sejarah negara ni (biarpun tak banyak mana ilmu pengetahuan tu).


Sepanjang aku bernafas tak pernah sekali aku sambut merdeka di luar rumah...alah di tengok konset kat KLCC ke, gi Dataran Merdeka ke, I-City ke...idok le teman ke sana. Duduk rumah depan tv jer...tengok bunga api pun dalam tv tapi bunyi bunga api dengarlah secara realiti sebab KLCC tak jauh mana pun dengan kawasan rumah aku.


Kebetulan nama aku naik untuk pergi ke Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 16 September yang lalu. Nasib baik ada geng sementelahan Kak Nor yang sama jabatan dengan aku nak balik kampung, Intan budak koir pun tak dapat pergi sebab kakak dia pindah rumah akhirnya aku pergi tumpang kereta Kak Yus.


Nasib baiklah dia pun ok tak tak kisah nak jemput aku dekat Tesco. Biarpun dia tak familiar dengan kawasan Kg.Pandan, jadi di situlah tempat yang membolehkan dia jemput aku. Itupun dah kira okey kan daripada nak pergi naik bas dengan tak ada kawan lagi. Balik entah pukul berapa.


Mula-mula pergi ofis ambil kedatangan dan dalam pada tunggu Kak Yus gi jumpa urusetia hujan lebat pulak. (Aku dengan kawan Kak Yus tunggu dalam kereta). Lepas tu kita orang follow budak jabatan lain iaitu si Kuchai (budak koir jugak!). Mula-mula okey lepas tu dia ikut jalan lain. Kak Yus dah panik takut dia melencong ke tempat lain sebab jalan tu menuju ke Mid Valley.


Sampai di Shah Alam Kak Yus tak tahu nak masuk jalan yang mana? Dia tahu sampai roundabout Shah Alam sahaja. Nasib baik aku ada bawa surat jadi Kak Yus turun dah tanya pada polis di situ kerana ada beberapa jalan yang dah ditutup untuk program tu. Si polis boleh pulak tak tahu suruh tanya dengan orang MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam).


Dia sibuk berborak pulak dekat situ. Patutnya kau polis yang jaga dekat situ kenalah tahu bila orang awam tanya. Orang MBSA bagitau dan kita orang pun ikut jalan tu. Sampai sana tak tahu nak masuk ikut mana. Tanya lagi......jalan lagi.......eh,tak boleh masuk jugak! Pusing-pusing dan terus pusing-pusing jam dah dekat pukul lapan. Akhirnya kita orang masuk ikut masjid Shah Alam.


Kat situ pun masalah jugak sebab tak tahu mana pintu masuk ke program tu. Orang banyak lalu-lalang. Tanya orang lagi dan berpusing-pusing ala Kuch Luch Hota Hai kat parkir tu sekejap. Aduhai!!! Akhirnya berjaya juga kita orang jejakkan kaki kat situ. Dapat goodies lepad tu tercongoklah kat situ. Mana budak2 ofis yang lain? Hah, ada pun dia orang! Ingatkan dah melencong kat tempat lain sebab kita orang dah 'terpisah' masa dekat tol. Dia orang sibuk ambil gambar berlatar belakangkan pentas utama.


Rupa-rupanya dia orang ambil gamabr sebagai bukti dah datang ke situ. Lepas tu dia orang pun hilang. Pukul 9 malam MB datang bla...bla...bla...9.30 kita orang balik. Nak tunggu sorang demi sorang berucap memanglah lama. Dalam separuh jalan boleh pula patah balik sebab kawan Kak Yus, Malvin tu nak beli lagi keropok lekor.


Sedap katanya. Tadi dah beli (dia belanja aku keropok dan air asam boi kasturi...memang sedap air tu). Ikut saja lagipun kita ni tumpang orang jer! Aku pun beli keropok untuk bawa balik. Pukul 11 malam baharu sampai Tesco; abah aku ambil. Letihnya. Letih sebab masa untuk sampai di sana yang panjang dan masa balik yang panjang juga. Duduk kat situ dalam sejam jer...dari 8.30-9.30 malam. Lepas tu aku pun dok selongkar apa yang ada dalam goodies bag! Jom tengok sama-sama.


Cuba tengok betul-betul. Perhatikan setiap bait perkataan itu dengan teliti dan terperinci. Dah tengok? Jumpa tak? Hah, apa dia? Tengok lagi dan cari sesuatu yang ada dekat lirik lagu tu....kalau tak jumpa sekejap lagi aku beritahu. Kalau dah jumpa tu baguslah.



Aku dengan Kak Yus pun nak bergambar jugak sebagai bukti kita orang dah sampai ke sini

Macam dekat I-city pulak lampu kat belakang tu kan!

Lampu berbuah ceri....

Kak Yus dan Malvin

Pentas utama (ni kira bahan bukti gak ni!)

Gambar kabur tapi saja je nak letak :-)

Tarian patriotik (yg pakai sari oren tu banyak salah step. Orang buat lain dia terpinga-pinga nak ke mana...tak tahulah orang lain nampak ke tidak...)



Bendera dan button badge



Cabutan bertuah TAPI belum bertuah lagi kita orang dah cabut. Hahahaha!!!


Aturcara majlis yang panjang berjela


Brosher program malam tu



Mentang-mentanglah selalu hujan siap bekal poncho dalam goodies bag!





Beg 'merdeka'

No comments: