Sunday 2 October 2011

PEMANDANGAN: HUJAN



















Hujan. Aku suka hujan. Kenapa? Kenapa aku suka dengan hujan? Hmmmm...aku suka dengan suasana ketika hujan. Sejuk, mendung, angin dan tempias hujan di jendela membuatkan aku suka perhatikan hujan. Waktu kecil dulu pernahlah jugak main hujan sambil meloncat-loncat dalam lopak air dekat padang belakang flat rumah aku. Tambah pula dapat 'berendam' dalam lopak air atas rumput tebal bersama teman sebaya. Airnya jugak tak keruh berbanding dalam lopak di atas tanah. Jernih warnanya.


Aku juga suka berada di dalam kereta untuk perjalanan yang jauh ketika cuaca hujan. Sejuk saja sambil mata memerhatikan titisan-titisan hujan di cermin tingkap berlumba-lumba turun dari atas ke bawah dan zapp....bergabung dengan titisan kecil yang lain. Bergabung! Meletup!



Cuma sekarang kalau nak tengok Astro time hujan memang aku hangin. Line asyik terganggu saja walaupun sikit2 sistem sedang dikemas kini. Amenda yang dikemas kini hujan sikit terus tak dapat siaran! Bil asyik nak tambah jer tapi perkhidmatan tak meningkat pun. Nak marah ni! Tapi bila tengok gambar2 di bawah ni yang aku peroleh secara tidak sengaja jadi sejuk sekejap. Memang ada kelaslah gambar2 ni; jom layan!

























No comments: