Tuesday 29 April 2008

ORANG BARU



Sekali pandang ada tak iras cam muka aku? Mmmm....langsung tak ade kena mengena kan! Memang betul tu pompuan dalam gambar ni eh kira pangkat kakaklah bakal orang baru dalam keluarga besar aku. Dia ni tunang kepada abang sepupu aku. Namanya pelik sikitlah YAY kena rahsia dulu nanti tak suprise. Gambar kat ujung tu dgn adik dia. Dorang ni dua beradik jer dan abang sepupu aku lak anak tunggal. Dorang ni akan kahwin tak lama lagi rasanya 31 Mei nanti. Banyaklah cuti aku kena ambil nanti nak gi majlis dorang coz majlis ni kira special kot. Nak tahu sebabnya kena tunggu bulan Mei nanti sebab ada 'sesuatu' di sebaliknya.
Aku tak sempat nak berkenalan lepas majlis tunang sampai sekarang tak pernah jumpa. Lagipun sapelah aku ni nak dibandingkan dgn dia. Berada dalam kelasnya yg tersendiri jauh beda dgn aku ni. Alamak jadi sesi luahan perasaan lak.. Orangnya kecil molek, umo dia kalau tak silap 25 ke 26 thn kira oklah dgn abang sepupu aku yg dah 33 thn tu! Ayahnya seorang engineer yg pangkal namanya ada Dr. sementara ibunya plak seorang pensyarah dan dia sendiri manager di sebuah kilang milik keluarganya (kalau info ni betul ler). Kira keluarga berada jugalah.
Bak kata pepatah enggang dgn enggang, pipit dgn pipit (betul ke ni). Aahh lantaklah aku dgn cara aku wat apa nak pedulikan kisah orang lain. Janji kita berusaha, doa dan tawakkal mana tahu sesuatu yg indah & lebih baik akan menjadi milik kita pula nasib manusia siapa yg tahu seperti tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu & untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
# untuk mengetahui siapakah gadis yg ada di entri ini harap mengikuti perkembangan semasa blog ni yer, adios!!!



No comments: