Monday 21 April 2008

KOLEKSI KESAYANGAN

Ombak Rindu karya Fauziah Ashari membuat minatku untuk membaca novel berombak-ombak. Asalnya buku ni miliki kakak sepupu yg ketika itu masih belajar. Aku ternampak novel ni atas beg pakaiannya. Baca sinopsis macam best, lepas tu aku mula baca novel ni. makin lama makin seronok pulak padahal dah pukul 1-2 pg dgn letih baru habis kenduri aku tetap habiskan pd pg tu jugak. Kalau x melepaslah aku kerana kakak sepupu aku akan pulang ke kolejnya pg nanti.Rasa seronok giler & nak beli novel tu.Mula kat KLCC dh nak beli tapi fikirkan harganya sampai RM19.90 fikir 14x maklumlah budak sekolah dgn duit bnyk tu boleh beli benda lain...sudahnya kali yg ketiga baru aku betul rasa nk beli.

Balik rumah fikir lg kenapalah aku sanggup beli buku mahal cam tu buat rugi jer RM20 tu!! Udahler mak ngan abah x berapa suka aku baca buku cerita, buang masa & x de faedah kata mereka.Aku baca pun sorok2...luar buku teks dlm bukb cerita.Bila famili yg lain masuk bilik cepat2 aku campak buku cerita bawah meja & pura2 tgh wat keje sekolah.Ada sekali tu aku beli buku siri Hadi tpi tulis nama kawan aku sbb takut abah buang buku tu...sorry Hamizah.

Kerana Dikau pulak novel yg membuatkan aku melilau mencarinya kat sume kedai buku yg aku tahu. Mula2 baca kat majalah Dewan Siswa lepas tu kolum tu diganti dgn novel lain...payah nak cari last2 jumpa kat KLCC. Udah berpuluh kali aku baca novel ni rasa nak baca lagi.Novelisnya pun dh sepi dr arena penulisan novel kot. Itu yg pertama & terakhir karya dr Siti Farhan yg aku baca


Terbitan Creative Enterprise yg udah berulang kali gak aku baca...udah 6-7 thn usianya tgklah kertas kuning semacam kan.Mgkn ada yg pernah baca novel2 ni.Kira ni antara koleksi kesayangan akulah...
Satu-satunya novel remaja yg aku beli di ekspo semasa darjah enam, Athlea.


Kau Yang Satu drpd kak Nia Azalea. Masa ni x kenal lg camne agaknya rupa penulis ni kan.Aku baca sinopsis jer dh rasa best so terus beli walaupun ni penulis baru (waktu tu lah)...kira ambik risiko nih. Anyway mmg x rugi & tema novel ni seperti Kerana Dikau dgn teknik penceritaan yg berbeza.Ok kak Nia!


Koleksi novel karya Zaifuzaman Ahmad. Susah nak novel yg tema misteri,seram,mistik di pasaran. So bila terjumpa dgn Misteri Julia aku x teragak-agak nak beli. Aku suka dgn jalan ceritanya walaupun bab cinta yg diselitkan dlm novel ni ibarat senipis kulit bawang kira oklah; bermula dgn
Misteri Julia, Angkara Saka, Dendam Semalam, Rahsia Mimpi -terbitan Alaf 21
Rintihan Masliza, Teratak Kenari - terbitan Buku Prima
Inilah koleksi kesayangan aku buat masa ni... aku akan updatekan novel-novel pilihan aku dari semasa ke semasa. Lebih tepat koleksi peribadi aku. Adios!

No comments: