IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Wednesday, 30 April 2008
Tuesday, 29 April 2008
ORANG BARU


Sekali pandang ada tak iras cam muka aku? Mmmm....langsung tak ade kena mengena kan! Memang betul tu pompuan dalam gambar ni eh kira pangkat kakaklah bakal orang baru dalam keluarga besar aku. Dia ni tunang kepada abang sepupu aku. Namanya pelik sikitlah YAY kena rahsia dulu nanti tak suprise. Gambar kat ujung tu dgn adik dia. Dorang ni dua beradik jer dan abang sepupu aku lak anak tunggal. Dorang ni akan kahwin tak lama lagi rasanya 31 Mei nanti. Banyaklah cuti aku kena ambil nanti nak gi majlis dorang coz majlis ni kira special kot. Nak tahu sebabnya kena tunggu bulan Mei nanti sebab ada 'sesuatu' di sebaliknya.
Aku tak sempat nak berkenalan lepas majlis tunang sampai sekarang tak pernah jumpa. Lagipun sapelah aku ni nak dibandingkan dgn dia. Berada dalam kelasnya yg tersendiri jauh beda dgn aku ni. Alamak jadi sesi luahan perasaan lak.. Orangnya kecil molek, umo dia kalau tak silap 25 ke 26 thn kira oklah dgn abang sepupu aku yg dah 33 thn tu! Ayahnya seorang engineer yg pangkal namanya ada Dr. sementara ibunya plak seorang pensyarah dan dia sendiri manager di sebuah kilang milik keluarganya (kalau info ni betul ler). Kira keluarga berada jugalah.
Bak kata pepatah enggang dgn enggang, pipit dgn pipit (betul ke ni). Aahh lantaklah aku dgn cara aku wat apa nak pedulikan kisah orang lain. Janji kita berusaha, doa dan tawakkal mana tahu sesuatu yg indah & lebih baik akan menjadi milik kita pula nasib manusia siapa yg tahu seperti tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu & untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
# untuk mengetahui siapakah gadis yg ada di entri ini harap mengikuti perkembangan semasa blog ni yer, adios!!!
Thursday, 24 April 2008
KISAH NOVEL 2
# Apa2 pun ni sume pengalaman yg aku nak kongsi dgn mereka yg sudi menjengah ke blog aku yg x seberapa ni. Pengalaman sebagai seorang pembaca dan pengalaman sebagai seorang penulis (hmmm...)
# Aduh, korang tertipu rupanya!! Minta maaf ye saja nk gurau-gurau di hari Khamis yg mulia ni...jangan marah. Novel NOHAN tu sebenarnya bukan aku yg tulis kebetulan jer nama penulis nye sama dgn nama aku plak!!! Sorry yer
Wednesday, 23 April 2008
KISAH NOVEL
Buah tangan Aleya Aneesa...Janjiku Bersamamu saya beli masa Pesta buku thn lepas sampai thn ni x baca2 lagi huahuahua!!! Sebaliknya novel Segalanya Untukmu pula yg menarik minat utk saya 'khatamkan' dulu...mungkin special sikit kot ada tandatangan Kak Aleya yg buat pertama kali dibeli secara online
Tuesday, 22 April 2008
HARI BUMI SEDUNIA 2008
Selamat menyambut Hari Bumi Sedunia 2008 hari ini 22 April 2008 untuk semua pengunjung blog ni tetapi jangan sekadar sambut je. Wajib mengamalkannya dengan keadaan dunia yg semakin terancam menuju ke ambang kemusnahan. Haiwan semakin pupus, hilang habitat semulajadi akibat kerakusan manusia mengeledah hutan untuk pembangunan. Spesis flora turut terheret sama dalam kancah ini dan akibatnya bumi kian panas dgn peningkatan suhu global.
Tambahan pula ais di kutub sudah mula mencair sekaligus bakal menenggelamkan kawasan yg rendah.Jika fenomena ini berterusan malah semakin meningkat tidak mustahil suatu hari nanti kita akan kehilangan segala yg kita miliki pada hari ini. Mungkin tiada lagi nama Malaysia dan negara-negara lain menghiasi peta dunia...fikirkanlah.
Monday, 21 April 2008
KOLEKSI KESAYANGAN
Balik rumah fikir lg kenapalah aku sanggup beli buku mahal cam tu buat rugi jer RM20 tu!! Udahler mak ngan abah x berapa suka aku baca buku cerita, buang masa & x de faedah kata mereka.Aku baca pun sorok2...luar buku teks dlm bukb cerita.Bila famili yg lain masuk bilik cepat2 aku campak buku cerita bawah meja & pura2 tgh wat keje sekolah.Ada sekali tu aku beli buku siri Hadi tpi tulis nama kawan aku sbb takut abah buang buku tu...sorry Hamizah.
Kerana Dikau pulak novel yg membuatkan aku melilau mencarinya kat sume kedai buku yg aku tahu. Mula2 baca kat majalah Dewan Siswa lepas tu kolum tu diganti dgn novel lain...payah nak cari last2 jumpa kat KLCC. Udah berpuluh kali aku baca novel ni rasa nak baca lagi.Novelisnya pun dh sepi dr arena penulisan novel kot. Itu yg pertama & terakhir karya dr Siti Farhan yg aku baca
Kau Yang Satu drpd kak Nia Azalea. Masa ni x kenal lg camne agaknya rupa penulis ni kan.Aku baca sinopsis jer dh rasa best so terus beli walaupun ni penulis baru (waktu tu lah)...kira ambik risiko nih. Anyway mmg x rugi & tema novel ni seperti Kerana Dikau dgn teknik penceritaan yg berbeza.Ok kak Nia!
Koleksi novel karya Zaifuzaman Ahmad. Susah nak novel yg tema misteri,seram,mistik di pasaran. So bila terjumpa dgn Misteri Julia aku x teragak-agak nak beli. Aku suka dgn jalan ceritanya walaupun bab cinta yg diselitkan dlm novel ni ibarat senipis kulit bawang kira oklah; bermula dgn
Misteri Julia, Angkara Saka, Dendam Semalam, Rahsia Mimpi -terbitan Alaf 21
Rintihan Masliza, Teratak Kenari - terbitan Buku PrimaInilah koleksi kesayangan aku buat masa ni... aku akan updatekan novel-novel pilihan aku dari semasa ke semasa. Lebih tepat koleksi peribadi aku. Adios!
Thursday, 17 April 2008
NOVEL BARU
Ni koleksi novel yg aku beli masa Pesta Buku ari tu...hanya enam buah jer. Pertama novel Tunnels yg diterjemahkan ke Bahasa Malaysia ala2 Harry Potter kedua gitu. Ada unsur mistik dan fantasi. Seterusnya Dendam Pewaris & Teratak Kenari. Ni novel genre misteri. Sebelum Dendam Pewaris aku dh bca Saka Tok Mun drpd novelis yg sama.Teratak Kenari ni drpd my favourite novelis. Sume buku karya dia aku ada kecuali yg mula2 coz masa tu bru nak mula baca novel. Ada part yg memang seram tambah lak baca waktu tengah malam...meremang bulu roma aku!
Yang keempat buku Kak Meen; mmg lama dh nk beli tpi asyik tertangguh. Same gak dgn buku Qaseh Qaisy tu. Time lom gaji nk beli buku lain tpi dh gaji beli buku lain plak...hehehe. Last sekali buku Kak Damya yg juga novelis favourite aku. Buku Bicara Hati dan Sepi Tanpa Cinta dh berpuluh kali kot aku baca...cuma yg baru2 ni agak kureng menyengat. Itu pendapat aku ler.
Tapi bilalah aku nk baca sume novel2 ni sedangkan ada novel yg dh lama beli pun aku x usik lg. Ada sesiapa sudi bacakan untuk aku :)
Wednesday, 16 April 2008
LETIHNYA....
Letihnya aku coz dr pagi sampai tengahari asyik ralit menghadap komputer cuba menyiapkan blog ntah apa-apa ni. Buat itu x boleh buat yang ini pulak x boleh juga hisshh geramnya aku rasa!!! Dah cuba berkali-kali tapi x boleh; juga kalau pandai dlm bab memblog ni x pe gak ini setakat suam-suam kuku lgpun yg ada kat blog ni aku main redah jer!! Orang ada blog aku pun nak buat gak tapi seksanya ya Allah....
Camner yer nak letak slide show kat bhgn kanan blog aku & nak buat chatbox....dh daftar tapi x reti nak paste kat blog ni..jadi sesiapa yg budiman nak tolong ajarkan silalah bgtau yer...adios
Monday, 14 April 2008
FOTO KENANGAN DI PESTA BUKU
BERSAMA KAK MEEN ZULAIKHA
DI ANTARA KAK LYNN & KAK HEZRY
KENANGAN BERSAMA KAK ALEYA & KAK RYANA
Sunday, 13 April 2008
BERAKHIR PESTA BUKU
Semalam gi pesta buku di PWTC...masyallah punyelah ramai orang sampai bersesak2 nak jalan... x selesa betul. Tu lah pilih lagi last day. Mula-mula dh nampak booth buku prima & alaf 21. Pilih punya pilih buku yg ada dlm senarai nak beli pastu gi bayar; saya beli lima novel dan adik beli 4 novel so sumenye RM1++.00 Dah beli gi plak minta autogaf kat novelis yg terpilih hehehe...selesai pusing kat ringkat bawah naik leh tanggan bergerak ke tingkat 1 menuju ke Dewan 2...jenuh tu nak jalan dgn menjinjit buku2 yg berat tu.
Dekat booth bernama tgk ramainye org ada apa plak gi dekat rupanya ada bakal Angkasawan kedua Malaysia Mejar Mohd Faiz...ada pulak kuiz dan kalo betul dpt hadiah.Adik saya berjaya teka nama kapal yg bawa angkasawan ke ISS=Soyuz amboi bukan main sronok lg dpt bergambar lak kan...kejap jer pastu ye nak blah sempat gak sya minta nak bergambar kenangan dgn dia.. tpi orangnya pada saya agak sombong sikit x mesra macam DR FAZLEY, my idol. Dr.Fazley ada di booth Besta yg jual Kamus Elektronik tu. Dia ni saya dh pernah jumpa masa gi Minggu Penulis Remaja thn 2002 kat Wisma Belia time tu budak2 lagi kan...start dr situ minat dia bukan shj sebagai penyanyi tapi dr keseluruhannya lifestyle dia seperti hubungan dgn family, berjaya dlm pelajaran,usahawan,ble wat bnyk kerja dlm satu-satu masa...So bgtau kat dia dh pernah jumpa masa bla..bla..pastu dia tanya skrg dh jadi penulis dh...hehehe sikit kalau setakat cerpen tu adalah...
Jalan-jalan jumpa plak member lama kat booth Penerbitan Seribu Dinar borak2 jap pastu balik lah dh x ada apa lagi nak beli...tgn pun dh merah...sampai kat luar hujan plak...nasib baik x yah tunggu lama teksi dh ada. Sampai rumah letak beg2 rehat jap...alamak x solat Zohor lagi kelam-kabut nak ngejar masa.Alhamdulliah sempat...Seronoklah dpt jump novelis...ada yg mula kenal sya coz sya sering chat kat blog dorang ... time tu x de blog lagi ...
Dekat booth bernama tgk ramainye org ada apa plak gi dekat rupanya ada bakal Angkasawan kedua Malaysia Mejar Mohd Faiz...ada pulak kuiz dan kalo betul dpt hadiah.Adik saya berjaya teka nama kapal yg bawa angkasawan ke ISS=Soyuz amboi bukan main sronok lg dpt bergambar lak kan...kejap jer pastu ye nak blah sempat gak sya minta nak bergambar kenangan dgn dia.. tpi orangnya pada saya agak sombong sikit x mesra macam DR FAZLEY, my idol. Dr.Fazley ada di booth Besta yg jual Kamus Elektronik tu. Dia ni saya dh pernah jumpa masa gi Minggu Penulis Remaja thn 2002 kat Wisma Belia time tu budak2 lagi kan...start dr situ minat dia bukan shj sebagai penyanyi tapi dr keseluruhannya lifestyle dia seperti hubungan dgn family, berjaya dlm pelajaran,usahawan,ble wat bnyk kerja dlm satu-satu masa...So bgtau kat dia dh pernah jumpa masa bla..bla..pastu dia tanya skrg dh jadi penulis dh...hehehe sikit kalau setakat cerpen tu adalah...
Jalan-jalan jumpa plak member lama kat booth Penerbitan Seribu Dinar borak2 jap pastu balik lah dh x ada apa lagi nak beli...tgn pun dh merah...sampai kat luar hujan plak...nasib baik x yah tunggu lama teksi dh ada. Sampai rumah letak beg2 rehat jap...alamak x solat Zohor lagi kelam-kabut nak ngejar masa.Alhamdulliah sempat...Seronoklah dpt jump novelis...ada yg mula kenal sya coz sya sering chat kat blog dorang ... time tu x de blog lagi ...
Subscribe to:
Posts (Atom)