Thursday, 24 September 2015

Tuesday, 22 September 2015

HARI GAJI SEPT 2015

Seperti biasa bila tiba hari gaji akan ada gerai jualan di luar kawasan lobi. Inilah hasil borongan aku kali ni...

Aku kan memang minat dengan brooch yang macam ni...3 psc = RM5
Kap Pai @ Pie Tee...sebekas RM10. Sedap jugak lah dan dengarnya di Chicken Rice Shop pun ada jual benda ni dan tentulah harganya lebih mahal kan....

Rojak buah...2 hari ada jualan dan 2 hari tu jugaklah aku beli rojak nie...hehehehe
Yang kelabu tu Aidijuma & yang coklat tu Kanggaru... bila masa Kanggaru pakai tudung kan :P
Masa rehat singgah Guardian dan sambar mask ni sebab aku akan beli masa murah jer...3 psc RM11++. Kalau tidak satu akan jatuh pada harga RM6++
Singgah Giant pulak sambar roti hotdog
Roti kosong ni kalau cecah air sedap kan!
Singgah DIY beli buku untuk Nuha...
Ni utk blaus aku...
Minyak angin dari seberang...model Agnes Mo (dulu Agnes Monica). Aku selalu guna yang Lavender dan kali ni cuba Sandal Wood pulak ditambah dengan minyak yang guna utk sport (kotak biru) & minyak yang lebih panas (kotak merah = strong)
Ni fail yang 'terpaksa' aku bawa balik sebab kalau nak tunggu hari Isnin memang tak akan sempat punyer...ada 11 permohonan (dlm masa 1 hari) yang perlu dibuka fail dan direkod di dalam Buku Daftar....

Friday, 18 September 2015

INFO: MEMAHAMI KITARAN HAID

DR. ZUBAIDI ni dahulu pernah gi kursus yang sama dengan aku iaitu Kursus Penulisan Kreatif anjuran Karangkaf pada 2011. Lepas tu memang add kat FB lah dan beliau rajin kemas kini status kat FB dengan macam-macam info berkaitan perubatan.


Boleh tak kalau sebenarnya aku nak post entri ni sebab aku kenal Dr.Zubaidi ni...huhuhuhu?

Thursday, 17 September 2015

RAWATAN GIGI - RAWATAN AKAR

NAMPAK TAK MULUT AKU SENGET SIKIT TU....KESAN UBAT BIUS
Sebenarnya gigi aku rasa something sejak bulan puasa lagi tapi biasalah suka lengahkan. Lepas raya tu rasa sakit dan aku pun pergilah klinik swasta yang famili aku selalu pergi tu. Dia kata ayoyo....terus cuak muka aku!

Katanya lubang dah besar dan tak boleh tampal. kena buat rawatan akar dan pasang crown. Hilang separuh nyawa aku sebab benda kat dalam kita tak boleh nak tengok kan. kosnye hampt RM2500++!!! Mak ai!!! Mana nak cekau duit banyak tu. soh dia bagi ubat dan HANYA makan kalau gigi tu sakit dan janji temu seterusnya pada Oktober ni.

Lepas tu aku try tanya kawan aku yang kebetulan kerja kat Klinik Pergigian tu dan dia maklumkan tentang bayaran dan bla..bla...bla...

1st time dalam hidup aku gi klinik gigi sebab dulu check up masa kat sekolah dan ada sekali tu try kat dental student kat area tempat kerja. So hari ni, appointment aku yang pertama dan rasa berdabar-debar tu hanya  Allah yang tahu. Aku rasa lagi berdebar daripada masa aku nak temuduga jawatan tetap...hahahaha.

Datang pukul 3.20 petang & dipanggil pada 3.55 petang & selesai 4.45 petang sebab dia dahulukan seorang patient yang katanya gusi dah bengkak. Bila dia suruh baring tu...memang tak putus-putus aku berselawat dan minta Allah s.w.t. permudah  segalanya. Bila dia mula korek-korek tu memang aku ada rasa nyilu (sama mcm gi klinik swasta tu) lepas tu ok. Lepas tu dia godek-godek dan kerap juga dia (Dr. Manal) tanya sakit ke tidak...mana yang tak sakit tu aku cakaplah tak kan dan ada ketika yang sakit sedikit.

Sampai lah saat dia kata tak boleh gak ni (bila beberapa kali dia tanya sakit ke tak), dia bagi tau nak bius. Ya, Allah! Rasa debar tu bertambah tapi alhamdulillah tak rasa sakit...aku aku cuba tak pandang dr. utk tengok alatan apa yang dia gunakan (dulu aku pernah temankan mak gi cabut gigi & rasa seriau tengok alatan dia...) Lepas tu dia suntik 3 kali rasanya cecair putih yang masin rasanya...

"Pada dasarnya, root canal therapy ("RCT") bererti urat dalam akar gigi akan dicuci secara mekanikal menggunakan peralatan dan juga dibersihkan secara irigasi mengguna cairan khas untuk mempastikan urat gigi terhapus sepenuhnya. Akhirnya setelah rawatan dilakukan ia disteril supaya bebas daripada sebarang kotoran atau jangkitan.Kanal gigi yang kosong itu diganti dengan bahan gantian yang berfungsi untuk menggantikan isi kanal yang dikeluarkan sebelum ini." - info dentistkl.com.

Dah lama dia masukkan bahan gantian tu (selepas dia minta saiz yang lain kepada jururawat), aku dengar dia kata susah nak buat dan kalau sekali lagi tak boleh dia biarkan je mana yang boleh sebab kedudukan gigi aku yang berlapis dan kedudukan urat pada gigi yang berlapis tu. Kemudian kena gi x-ray pulak dan bila bangun tu aku ada rasa pening sikit dan mulut rasa macam Angelina Jolie...hahahaha

Dr. tu masukkan kad kecil untuk tutup bahagian gigi yang tak perlu di x-ray dan soh aku tekan kad tu dan boleh pula aku gi tekan jari dia...hahahaha. Rasa nak muntah. Sama macam kita gi klinik biasa dan dr. cuba tengok tekak kita pakai yang alat macam kayu nipis tu)....lepas tu dia kata nak gunakan elektrik voltan rendah. Buat je lah doktor dan memang aku tak tengok pun cuma nampak bling...bling...masa dia kot sebab dia asyik pandang mesin tu.

Punyalah payah nak Google benda ni...hahahaha
Lepas dah x-ray masuk balik bilik rawatan. Waktu tu aku patient yang terakhir sebab appointment pun pukul 3.30 petang. Staff yang lain tengah tunggu masa nak punch card dan berborak-borak jer. Dah dapat time slip & tarikh appointment yang baru aku pun balik. Masa ni tak pening pun cuma rasa bibir Angelina Jolie tu buat aku tak selesa. Kesan bius tu ada lagi kan dan memang tak rasa langsung bibir yang di bahagia kiri aku ni....dan tak ada ubat diberikan.

Bila balik aku cerita kat famili...cuma bab kena voltan tu jer aku terlupa. Bulan depan kena pergi lagi...rasa berdebar-debar lagi....Semoga semuanya berjalan lancar...amin.

Wednesday, 16 September 2015

PERHIMPUNAN BULANAN SEPT 2015


KAD ATUCARA YANG UNIK....

DOOR GIFT...NAK SOH KITA ORANG WAT KOPI CECAH BAHULU IKAN SEKOR NI WAKTU PETANG
SIAP ADA PHOTO BOOTH & AISKRIM PERCUMA...AISKRIM TU KATANYA DIDATANGKAN DARI SELAYANG...AISKRIM KON ADA...YG ROTI PUN ADA DAN YANG BATANG PUNYA PUN ADA TAPI YANG TU TERHAD. SAPA CEPAT DIA DAPAT.

MULA-MULA...AKU + KAK BED + KAK HAWA
SECOND DENGAN KAK FAIZAH PULAK...PERCUMA KAN

YANG NI SECONG TRIP TEMAN KAK INA GI AMBIK AISKRIM...KAK INA + KAK ATIE & AKU!!

Kalau Jabatan Pelesenan yang buat memang aku rasa teruja sebab dia orang akan buat lain dari yang lain...tambahan pula mesti staff dorang bagi kerjasama yang bagus sebab tu boleh buat macam-macam. Bukan aku saja bahkan akak-akak kat sini pun rasa macam tu...kira 'MESTI PERGI'. Kalau kat jabatan aku balik-balik muka tu jer yang buat kerja. Staff lelaki macam dah tak wujud kat sini...dorang tak nak dan malas ambik tahu.

Tuesday, 15 September 2015

ABAH MENINGGAL: 3 TAHUN SETELAH....

Masa aku umur 5 tahun...comel tak...?
Melawat Muzium Negara..kebetulan ada pameran mumia... lepas dari tengok mumia tu terus aku demam teruk. Rupa-rupanya kena sampuk dek mumia tu....hahaha. Benda-benda macam tu memanglah ada penunggunya dan 'keras'.
Kenangan di Taman Tasik Permaisuri. Masa ni famili aku dok kat Flat Sri Kota yang 17 tingkat tu...sekarang dah down grade jadi 5 tingkat saja...
Kali kedua sambut ulang tahun secara besar-besaran. Kali yang pertama masa umur aku 5 tahun dan buat dirumah orang yang jaga aku tu. Yang ni surprise dari mak dan abah sebab tiba-tiba saja muncul kat sekolah siap bawa kek...coklat dan makanan lain. Lepas majlis ni cikgu aku siap pesan kalau ada sesiapa yang buat majlis hari jadi macam Norrehan suruh mak ayah bagitau cikgu dulu. Sekurang-kurangnya cikgu boleh prepare apa yang patut. Dah lah hari tu kita orang makan nasi goreng je dan jujur sebenarnya nasi goreng tu TAK SEDAP!!!
Hari terakhir aku sebagai pelajar sekolah di SMK Datok Lokamn. Menariknya abah aku...kakak aku yang dua orang tu dan adik aku yang sorang tu (memang ada sorang je pun) bersekolah di sini. 5 beranak dari 2 generasi yang awalnya sekolah ni hanya untuk pelajar lelaki sahaja sebelum menjadi sekolah bercampur (lelaki & perempuan)
Dari 'kecik' sekarang dah 'besar'
Kenangan raya di rumah Mak Tok. Abah aku dah kerja di rumah arwah ni (beliau meninggal beberapa bulan lepas abah aku 'pergi') sejak aku belum lahir lagi...bayangkan berapa lama abah aku dah berkhidmat dengan beliau.
Memorabilia terakhir di pagi Syawal. Sebenarnya hajat nak ambil gambar satu famili ni dah lama dirancangkan dan siap nak pergi kedai supaya dapat ambil gambar yang hasil yang lebih profesional tapi senyap begitu sahaja. Hinggalah semua sepakat nak pakai baju warna biru di di pagi raya dan ambil gambar tapi sayang seribu kali sayang sebab kakak aku yang sulung tiada dalam gambar. Sejak berkahwin di pagi raya mesti dia akan ke rumah mertuanya dulu dan bila dah tengahari barulah sampai kat umah mak abah. Waktu tu memang 'adalah' yang nak berbaju kurung  kan!!!

Diam tak diam dah 3 tahun berlalu dan 3 kali raya tanpa abah di sisi kami sekeluarga dan 3 kali juga aku tak pernah ada gambar di pagi raya. (selalu excited nak ambil gambar di pagi raya).

AL-FATIHAH
HJ. MOHD NOORDIN BIN HJ. MOHD BASHEER
5.10.1955 - 15.9.2012