Monday, 3 January 2022

3.1.2022 - GIANT PANDAN KAPITAL & MAMI MENINGGAL DUNIA





Pergi Giant dengan Kak Yam dan Kak Yam singgah nak beli baju untuk anak dia, jadinya aku pun cuci mata jugalah. Nak beli seluar tapi seluar yang baharu kat rumah tu ada lagi. Tak pakai pun lagi. Sudahnya aku cari jersi untuk Mr.A...hahaha jersi lagi.







Aku beli warna hijau sebab nak ambil yang warna biru tak ada saiz XL pula. Mr.A pun suka warna hijau (warna kesukaan dia sebab sama dengan warna bendera negara dia - dia pernah cakap dulu)

31.12.2021 - Lepas beberapa hari dapat tahu Mami jatuh bilik air sebab darah tinggi (terlalu tinggi dah 200++) dan pada 31.12.2021 dapat tahu keadaan Mami masih koma, ada pendarahan dalam kepada dan jantung terhenti sekejap beberapa kali serta ada kebocoran di paru-paru. Adik aku dapat info daripada sepupu kita orang Muhammad Fathur Rahman Ali @ Aman.

Tanggal 3.1.2022 - Dapat khabar yang Mami dah pergi bertemu Sang Pencipta pada tengah hari. Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar dan Mak aku nak pergi ziarah hari tu juga. Kita orang suruh pergi hari lain tapi ak aku nak pergi hari ni juga dan sewalah kereta dan semua pergi. Aku pun balik awal dari kerja.

Kelaur lepas Maghrib tapi biasalah waktu puncak orang balik kerja kan, jalan sesaklah dan lepas tu Abang Ali ikut jalan mna entah (rumah besar-besar belaka) , masuk lorong sana, masuk lorong sini, kita orang pun dah tak tahu jalan mana yang dia ikut sudahnya dekat 9 lebih baharu sampai rumah Mamu.

Bila sampai hanya ada kaka Mami yang sulung sebab dia orang ada kat masjid buat tahlil di sana.Lepas tu ada cikgu sekolah Mami yang datang ziarah dan anak jiran (Razali dan Ramlah) yang datang (aku kenal sebab dulu kan aku tinggal dekat sana).

Kakak Mami cerita masa kejadian tu, Mami dah bangun nak sahur untuk puasa sunat dan dah panggil Mamu pun (tak tahulah nak puasa sama-sama @ tak). Mami dah dah panaskan lauk pun dan kemudian masuk ke bilik air. Lepas tu lama sangat dalam tu Mamu pun peliklah kan, Mamu buka pintu bilik air tengok Mami dah terjelepok kat lantai. Bila bawa pergi hospital dan check darah tinggi dah 200 lebih dan ada pembuluh darah yang pecah.

Gambar kenangan sebelum Covid-19



Ni aku ambil dari FB Mami

Dalam perjalanan ke rumah Mamu di Klang




Kawan sekolah Mami





Kiri sekali tu Mamu aku - dah balik dari masjid




Tudung kelabu tu Kak Ramlah dan dan lelaki berbaju maroon tu adik lelaki dia, Razali jiran depan rumah Mamu masa aku kecil dulu. Tak tahu sekarang tinggal lagi dekat situ ke tak? Aku pun dah lama tak ke sana kan!


Tulisan arwah Mami dekat singki masa aku nak letak cawan yang dia orang dah minum dekat dapur



Masa Siti Aisah, anak sulung Mamu dan Mami konvokesyen - dia belajar pasal mata a.k.a optometri dan hajat Adik nak jumpa dengan dia tak kesampaian sebab dia tak balik rumah daripada kita orang datang sampailah nak balik. Hanya dua adik lelaki dia sahaja yang sempat kita orang jumpa, Aman dan Dedek

Masa Mami yang konvo - Mami sambung belajar untuk dapat ijazah (Mami seorang ustazah)






 Semoga roh Mami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...aamiin a rabbal alamin.

Sunday, 2 January 2022

2.1.2022 - KUBUR ABAH DAN ULANG TAHUN IQA YANG KE-21!

Dah lama nak gi kubur Abah tapi asyik PKP, PKPB dan macam-macam disebabkan virus Corona ni, tahun 2022 baharu berkesempatan nak gi kubur Abah. Iqa dan Muhammad pun nak datang juga. Aku pergi dengan Adik naik Grab (aplikasi In Driver sebenarnya) dan bila sampai kawasan kubur tu macam pelik. Tak macam laluan yang biasa kita orang lalu kalau pergi kubur Abah. Tahu kawasan perkuburan tu ada Bukit A dan C ( rumah abadi Abah di Bukit C), sebab masa nak taip kat Grab tadi pun cuma keluar Tanah Perkuburan Cheras Baru je jadinya kita orang taip tu je lah.

Ayah pemandu Grab tu pun dikebumikan di sana cuma di Bukit A (masih di persekitaran yang sama). Nasib baik dia tahu jalan ke kbur Bukit C dan kena patah baliklah kita orang dan nasib baik pemandu tu pun okay je, tak ada nak bising ke apa kan! Aku bagi lebih sikit masa nak bayar tu sebab dia kena patah balik kan dan bila dah nampak Dewan MPAJ tu baharulah rasa lega. Tu tanda besar nak ke Tanah Perkuburan Bukit C tu, nampak Dewan MPAJ ada lorong kecil terus je masuk dalam. Masa tu penuh orang kat dewan tu nak ambil dos penggalak (booster).





Tiba-tiba kata nak ikut sekali tapi Abg Ali datang kemudian naik motor

Tinggi pokok yang kita orang letak kat kubur Abah...








Bateri telefon aku pun mati dan ada lagi gambar guna telefon Adik  aku, nanti kalau ada aku letak kat entri yang lain. Lepas gi kubur kita orang gi minum ka Medan Selera Kg. Pandan dan aku makan roti telur dari kedai Omar Kedah sebab dah lama teringin nak makan. Kuah dal dia sedap dan minum pula dengan teh tarik, pergghhh!!! Sedapnya! 

Lepas dah makan tu, gi pasar kat belakang medan selera beli barang untuk masak pula dan yang nak masak tu ialah Muhammad. Kita orang cuma tolong apa yang patut sahaja. Rasa macam ada ambil gambar masa masak tu tapi tak ada pula nak letak kat sini.

Adik aku penat dan dia cakap lain kali tak payahlan nak masak kat sini. Beli je senang.Hahaha....

Kebetulan hari ni ulang tahun anak buah aku yang pertama, Nur Rasyiqah yang ke-21. Dah besarlah dah anak buah aku ni dan nak jadi isteri orang tak lama lagi ni....

Hadiah aku untuk Iqa - sarung tangan dan sarung kaki

Saturday, 1 January 2022

1.1.2022 - TESCO AMPANG (BHGN ) 2


Muhammad dan Aku







Kita orang berempat je!



Teringin makan ABC

Nampak sedap kan!

Kita sambung semula gi kedai cermin mata lepas makan



Lepas tu pergi kedai Maxis untuk beli telefon dengan harga RM1  (kontrak 2 tahun) sebab patutnya aku pergi bulan Ogos tahun lepas tapi sebab PKP dan PKPB jadinya aku tak adalah nak pergi beli dan aku pun dah lupa dan bla..bla..bla.. tahun 2022 baharu aku pergi. Kira dah rugi masa jugalah sebenarnya! 


Kebetulan sebelum masuk Tesco tu ada pula yang jual baju, seluar, kardigan dll jadinya aku belilah sehelai untuk Mr.A sebab ni kain jersi kan. Tak adalah panas sangat kan sebab kereta dia 'aircond' rosak



Aku beli seluar palazzo ni sekali dekat Tesco - ni pun aku dah gi potong sebab labuh sangat


Telefon Samsung

Tanya akak kat Maxis tu mana yang elok - dia cakap ambil yang paling mahal jadinya aku ambil lah yang palin mahal dan tinggal warna biru je...ambil je lah dari tak ada kan!