Mandi Bunga Dapatkan Jodoh
Apakah hukum mandi bunga untuk mendapatkan cinta dan jodoh?
Sepertimana yang kita ketahui, jodoh
pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat
jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT. Salah
satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang
menganjurkan mandi bunga.
Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat
Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan.
Betulkah di dalam perubatan Islam itu
terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?
Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu
melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat
mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?
§
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu
sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh
mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan
sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah
SWT sahaja.
§
Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang
Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini
tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
§
Ianya hanya datang dari tradisi
perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada
sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan
Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
§
Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air
bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian
sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat
hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak
berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
§
Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap
hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah
SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.
Semoga bermanfaat dan berguna buat
semua! 