Saturday, 10 September 2011

NOVEL TERBARU AKU

Novel ni aku beli pada Ramadhan ke-27 yan lalu dan novel ini termasuk dalam pakej ingin beli.Baca sinopsis dia pun..ehem...ehem...kebetulan pulak lah!


Betulkah?
Amanda Aniqah
RM 18.90
ISBN: 978-967-0184-97-5
~448 hlm
Bahasa Melayu

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

Friday, 9 September 2011

AGAMA: KERANA HARTA BERTIMBUN...


Dari Sufyan Sauri:”Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara:

1) Panjang angan-angan
2) Sentiasa tamak
3) Sangat kedekut
4) Berkurang waraknya
5) Lupa kepada akhirat

Thursday, 8 September 2011

ARTIKEL : KISAH HOLY WATER

Lagi Kisah Holy Water

Assalamualaikum w.b.t,
Saya ingin berkongsi cerita dgn semua netters .......Pada Selasa lepas (31/4/98) adik saya telah pergi ke Darul Syifaq-Bangi untuk mendapatkan rawatan dgn yg kita hormati Prof. Dato Harun Din. Ditakdirkan kedua adik= saya telah melihat sendiri bagaimana seorang budak lelaki (mungkin dlm ting 4 atau 5) telah dibawa ke situ oleh gurunya kerana tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah setelah meminum holy water. Setelah disergah MENGUCAP ! oleh anak murid Ustadz Harun Din , apa yang terkeluar dari mulut budak malang itu adalah perkataan oh my god..oh my god...Seterusnya budak lelaki tersebut dibacakan ayat kursi. maka  menjerit-jerit budak malang tu, tapi still tak boleh mengucap jugak..Next, budak lelaki tu dibawa masuk kebilik rawatan Ustaz Harun Din, dari luar terdengar jeritan budak itu....kemudian setelah muntah barulah dia dapat kembali mengucap....

Nampaknya gejala murtad semakin kritikal... maka teringat saya tentang cerita mimpi seorang pemuda Islam berdebat dgn paderi kristian yg hebuh diceritakan disekolah adik saya last year. setiap jawapan dlm mimpi tersebut akan diikuti dgn lipatan pd sekeping kertas A4. Antara dialog pemuda dan paderi :
 
paderi : Berapa tuhan kamu ?
pemuda: Satu. (pemuda akan membuat sekali lipatan di kertas A4)

pemuda:Berapa tuhan kamu?
paderi: Tiga (pemuda membuat 3 lipatan)

kemudian pemuda itu mengoyak kertas A4 mengikut lipatan sebelum ini.

paderi: siapa tuhan kamu?
pemuda membuka keratan A4 tadi dan menyusun menjadi kalimah Allah (aliff = lam lam ha dengan tanda sabdu diatas)

pemuda: kemana arah org kristian ?
keratan A4 yg sama disusun semula maka terjadi perkataan HELL

soalan terakhir : ke mana arah org Islam ?
Keratan yg lain dibuka, menunjukan satu tanda salib.

Saya termenung melihat keratan kertas A4 tersebut, adakah ianya satu kebetulan ? Cerita yang direka pihak tertentu ? Atau sememangnya petunjuk dari Allah s.w.t ?
Wallahualam...... 
 
Sumber :  akakdisebalikpintu.blogspot.com

Wednesday, 7 September 2011

Tuesday, 6 September 2011

ARTIKEL AGAMA: ANDAINYA KAMI TAHU YA RASULULLAH (NABI)


Andainya Kami Tahu, Ya Rasulullah..
Posted on by Pakar Cinta


Cinta kami padamu ya Rasulullah ,
Cinta tiada terperi,
berapakah  jarakmu dari kami ya Rasulullah,
kami merasakan Rasulullah ada di sini..
Cinta ikhlasmu pada kami semua!
 Itu ialah sepotong lirik yang telah banyak membuka cinta sebenar Rasulullah kepada umatnya di muka bumi ini.
Ketika beliau wafat serta didatangi oleh malaikat Jibril, beliau berkata;
Kelak, setelah aku meninggalkan umatku, bagaimanalah nasib umatku.. Umatku..
Ya Allah, sangat tinggi sekali cintanya kepada kita semua!
Andai kita tahu bahawa..
Pedihnya perjuangan menyebarkan islam yang dilakukan oleh Rasulullah dan Para Sahabat. Kami menghargai susah payah baginda, kami menghargai titisan keringat darah,air mata dan nyawa Rasulullah dalam memperjuangkan islam untuk kita..
Dan kita semua sebagai umat islam akan membayar usaha mereka dengan menunjukkan kecintaan kepada ALLAH dan Rasul serta melaksanakan perintah ALLAH dan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.Amin.

Monday, 5 September 2011

AGAMA: 5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom: “Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat”, maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.aw.

1)MEMBERI MAKAN TETAMU, APABILA MEREKA DATANG BERKUNJUNG



2)MENYIAPKAN PERKUBURAN MAYAT, APABILA TELAH MENINGGAL DUNIA


3)MENGAHWINKAN ANAK PEREMPUAN, APABILA SUDAH CUKUP UMUR


4)MEMBAYAR HUTANG, APABILA TELAH SAMPAI MASANYA


5) BERTAUBAT DARIPADA DOSA YANG TELAH DILAKUKAN


Sunday, 4 September 2011

QOUTES: MIMPI


“MIMPILAH APA YANG INGIN KAMU MIMPIKAN, PERGILAH KE MANA-MANA YANG INGIN KAMU TUJUI DAN JADILAH APA YANG KAMU INGINKAN KERANA KAMU HANYA MEMILIKI SATU KEHIDUPAN DAN SATU PELUANG UNTUK MELAKUKAN SEMUA PERKARA YANG INGIN KAMU LAKUKAN”

Saturday, 3 September 2011

PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI



5 PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

1)SEMBAHLAH ALLAH S.W.T SEBANYAK KEPERLUANMU KEPADA-NYA


2)AMBILLAH APA-APA DARI DUNIA MENURUT KEPERLUAN SELAMA UMURMU DI DALAMNYA


3)LAKUKANLAH MAKSIAH KEPADA ALLAH MENURUT KEMAMPUANMU MEMIKUL AZAB-NYA


4)PERSIAPKANLAH BEKAL DI DUNIA UNTUK SELAMA KAMU TINGGAL DI DALAM KUBUR


5)BERAMALLAH UNTUK SYURGA, MENURUT LAMANYA MASA YANG KAMU INGINKAN UNTUK TINGGAL DI DALAMNYA

Friday, 2 September 2011

EID MUBARAK 2011


Abang ipar aku, Muhammad Ali


Kek belang yang aku buat (ada pengawasan dr pakar hehehe)


Kek batik yg menjadi kesukaan aku dan air tangan aku sendiri tau!


Abang Ali dan puteri tunggalnya Nurul Jannah


Aku bersama Nurul di pagi raya


Bukan senang nak tengok aku pakai tudung lilit2 macam nih...


Abah


Mak dan abah


Lagi mak dan abah


Hehehe....


3 beradik...


All the perempuan's


Hehehe...gambar apa ni?


Keluarga kecil kami


Aku, abah dan mak


Keluarga asas Hj.Mohd Noordin (kakak sulung aku je xde dlm gbr ni)


Keluarga Angah bersama mak dan abah


Angah, A.Ali dan Nurul Jannah


Relax nampak di pagi raya ni?


Apa hal gelak2 nih...org nak minta maaflah...


Hehehe...mak nak duit raya tau!


Cepatlah minta maaf sama2...


Atuk, nenek bersama cucu kesayangan...


Mak, abah dan adik

Thursday, 1 September 2011

ARTIKEL : VALENTINE : KISAH & SEJARAH

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. 

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah.

Sumber:  Portal PTS