Monday, 5 September 2011

AGAMA: 5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom: “Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat”, maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.aw.

1)MEMBERI MAKAN TETAMU, APABILA MEREKA DATANG BERKUNJUNG



2)MENYIAPKAN PERKUBURAN MAYAT, APABILA TELAH MENINGGAL DUNIA


3)MENGAHWINKAN ANAK PEREMPUAN, APABILA SUDAH CUKUP UMUR


4)MEMBAYAR HUTANG, APABILA TELAH SAMPAI MASANYA


5) BERTAUBAT DARIPADA DOSA YANG TELAH DILAKUKAN


Sunday, 4 September 2011

QOUTES: MIMPI


“MIMPILAH APA YANG INGIN KAMU MIMPIKAN, PERGILAH KE MANA-MANA YANG INGIN KAMU TUJUI DAN JADILAH APA YANG KAMU INGINKAN KERANA KAMU HANYA MEMILIKI SATU KEHIDUPAN DAN SATU PELUANG UNTUK MELAKUKAN SEMUA PERKARA YANG INGIN KAMU LAKUKAN”

Saturday, 3 September 2011

PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI



5 PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

1)SEMBAHLAH ALLAH S.W.T SEBANYAK KEPERLUANMU KEPADA-NYA


2)AMBILLAH APA-APA DARI DUNIA MENURUT KEPERLUAN SELAMA UMURMU DI DALAMNYA


3)LAKUKANLAH MAKSIAH KEPADA ALLAH MENURUT KEMAMPUANMU MEMIKUL AZAB-NYA


4)PERSIAPKANLAH BEKAL DI DUNIA UNTUK SELAMA KAMU TINGGAL DI DALAM KUBUR


5)BERAMALLAH UNTUK SYURGA, MENURUT LAMANYA MASA YANG KAMU INGINKAN UNTUK TINGGAL DI DALAMNYA

Friday, 2 September 2011

EID MUBARAK 2011


Abang ipar aku, Muhammad Ali


Kek belang yang aku buat (ada pengawasan dr pakar hehehe)


Kek batik yg menjadi kesukaan aku dan air tangan aku sendiri tau!


Abang Ali dan puteri tunggalnya Nurul Jannah


Aku bersama Nurul di pagi raya


Bukan senang nak tengok aku pakai tudung lilit2 macam nih...


Abah


Mak dan abah


Lagi mak dan abah


Hehehe....


3 beradik...


All the perempuan's


Hehehe...gambar apa ni?


Keluarga kecil kami


Aku, abah dan mak


Keluarga asas Hj.Mohd Noordin (kakak sulung aku je xde dlm gbr ni)


Keluarga Angah bersama mak dan abah


Angah, A.Ali dan Nurul Jannah


Relax nampak di pagi raya ni?


Apa hal gelak2 nih...org nak minta maaflah...


Hehehe...mak nak duit raya tau!


Cepatlah minta maaf sama2...


Atuk, nenek bersama cucu kesayangan...


Mak, abah dan adik

Thursday, 1 September 2011

ARTIKEL : VALENTINE : KISAH & SEJARAH

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. 

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah.

Sumber:  Portal PTS

Wednesday, 31 August 2011

PANTUN MERDEKA


RUMPUN SERAI DI PINGGIR DESA

SAYANG SELASIH DISAMBAR ORANG

PAHLAWAN NEGARA GAGAH PERKASA

TIDAK GENTAR DI MEDAN PERANG



SETANGKAI MAWAR DI TEPI JENDELA

TERLIANG-LIUK DI HEMBUS PAWANA

NASIB RAKYAT KIAN TERBELA

OLEH PEMIMPIN YANG BIJAKSANA



ALUR DESA DI TEBING MUARA

DAHAN PATAH TERTENGGEK KEDIDI

RELA BERJUANG DEMI NEGARA

AGAR MALAYSIA SENTOSA ABADI



SECANGKIR KOPI DIKONGSI BERSAMA

DISULAM SEKEPING ROTI PERATA

SATU MALAYSIA SLOGAN UTAMA

TANDA MUHIBBAH RAKYAT JELATA

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Lebaran kepada semua pengunjung blog ini...kalau ada terkasar bahasa, tersinggung perasan tu mohon dimaafkan kerana segala kekurangan dan kekhilafan itu datang daripada diri ini....Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin....




Monday, 29 August 2011

AGAMA: ADAB MAKAN

(gambar sekadar hiasan sebab pendrive aku dah lesapkan gambar2 yang sepatutnya)


8 ADAB DI MEJA MAKAN

1) Ketika makan duduk dengan tegak jangan membongkok mendekati pinggan. Angkat & suakan sudu atau menggunakan tangan ke mulut.

2) Jangan bercakap ketika mulut penuh kerana isi mulut akan dilihat oleh orang lain dan tidak sopan.

3) Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. Mengunyah dengan suara yang kuat dianggap tidak sopan kerana menganggu orang lain. Begitu juga ketika minum.

4) Jangan biarkan sudu berlaga dengan pinggan sehingga menimbulkan bunyi nyaring.

5) Menghirup kuah seperti sup juga tidak sopan.

6) Jangan muntahkan makanan ke pinggan sekiranya ingin muntah. Cepat-cepatlah ke tandas. Begitu juga dengan mencungkil sisa makanan di hadapan orang yang masih lagi makan di meja.

7) Jika terbatuk atau bersin, cepat-cepatlah menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu agar makanan tidak tersembur keluar.

8) Jangan meninggalkan meja makan sebelum selesai makan kecuali keadaan mendesak seperti perlu ke tandas. Apabila meninggalkan meja makan sementara waktu, sudu dan garpu biarkan pada posisi terbuka tanda kamu belum selesai makan.

Jadi beringat-ingatlah terutama semasa musim raya ni kan...Yeah! Yeah! Nak raya! Esok hari raya! Esok hari raya!

Sunday, 28 August 2011

TERLEBIH KREATIF AGAKNYA

Boleh tak agaknya pembuat jubin buat macam ni kat Malaysia?



Kalau dapat baring sambil baca buku petang2 pun okey jugak ni!


Kerusi jadi meja jadi hiasan dinding, meja jadi hiasan dinding jadi kerusi ikut sukalah...


Jam dari magic pen....



Lampu...nak panggil lampu apa ya?




Bunga boleh hidup ke macam ni?



Senang kalau nak masak di dapur terus potong...segar dari pasu hehehe....



Dua pasu kecil dimasukkan dalam pasu berwarna yang lebih besar memberikan penataan yang menarik....



Dua dalam satu. Pasu bunga dan akuarium



Sama juga seperti di atas...



Hahaha...pasu besar punya letak kat taman rumah....


Kitar semula tab mandi anda menjadi pasu bunga gergasi...disebabkan berwarna-warni nampak cantik juga....



Pasu bunga yang kreatif


Ni bukan pasu bunga tapi BUKU bunga...betul tak?


Bekalkan oksigen dalam rumah...lampu dan bunga bersatu....


Comel sangat tak perlu letak kat atas tanah


Cantik kan kalau letak kat taman rumah...


Itulah rekaan-rekaan orang yang sudah terlebih fikir. Ada yang menarik dan ada juga yang seperti tak masuk dek akal. Apa-apapun aku suka tengok kekreatifan dia orang ni...kalau ada nanti aku letak di blog ni lagi yeh!....