Sunday, 22 May 2011

INFO & ARTIKEL AGAMA: AMALAN KUATKAN INGATAN & KELEBIHAN BERSELAWAT

Amalan Saidina Ali untuk menguatkan daya ingatan   (14 Oct 2011, 10:43 AM )


1.Berselawat
2.Rajin bersugi
3.Menutup kepala
4.Berpuasa sunat
5.Membaca Al-Quran



Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad…. 

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)
Wallahu’alam….

Susunan: 

Saturday, 21 May 2011

ARTIKEL AGAMA: TIPS MINTA HUTANG & BUANG TABIAT LIAT BAYAR HUTANG

Assalamualaikum dah salam 1 Malaysia buat semua pembaca blog ni, terima kasih kerana masih berkunjung ke blog ni. Diharap korang masih enjoy membaca entri aku yang lepas-lepas tu yang tak seberapa. Aku harap dapat improve cara penulisan aku dari masa- ke semasa.
Kali ni aku nak kongsikan tips mintak hutang dengan member versi aku sendiri, hehehe. Kita ni kalau bagi hutang memang mudah, bagi aku ni ni jenis pemurah sikit, kalau dengan kawan bab duit aku memang tak berkira la sangat, tapi jangan la ambik tak bayar terus. Tokey balak pun bankrup.
Memang ada jugak di kalangan rakan aku yang suka berhutang tapi memang liat macam getah sekerap nak bayar hutang. Kadang-kadang naik hampeh dengan diorang ni.
Sini ada 6 tips nak minta hutang.
1. Kalau ada facebook atau twitter dan mana-mana laman sosial yang lain, korang bolehlah tulis senarai orang yang berhutang dengan korang tu menggunakan caps lock di dalam wall atau tweet kan je. Dengan harapan si penghutang menyedari amaran tsunami korang tu dan cepat-cepat bayar hutang.
2. Kalau banyak duit, buatkan flyer muka pemiutang tu dan tampal kat tiang lampu, elektrik, atau campak depan rumah macam orang hantar suratkhabar tu. Nak lagi lawa, cetak baju ada gambar dia. Pakai tiap-tiap hari hatta masa pergi berak sekalipun.
3. Ingatkan pada pemiutang agar segera melunaskan hutang bila terjumpa dengan dia di pasar malam, uptown, downtown, dan sebagaimana dengan menjerit “woi mangkuk, bila nak bayar hutang aku” kata saya kepada pemiutang.
4. Pergi je rumah dia, jumpa dia dengan cara elok dengan baju lusuh bak pengemis. Nak lagi mantop, bawak je anak bini, awek, sedara mara dan buat muka macam tak makan nasi 1 bulan. Konfom dia akan segera bayar hutang tu.
5. Cetakkan seberapa banyak hukuman orang yang tak bayar hutang. Bagitau dia pedihnya azab siksa tak bayar hutang ni, bagi ceramah sikit konfom bayar jugak guna cara ni.
6. Setiap kali jumpa dnegan orang yang hutang dengan korang tu, berikan dia segala duit yang korang ada tanpa dia minta dengan harapan dapat menyindir dia. Dah malu dia bayar la. Hahaha.
7. Eh, tak mo bayar jugak? korang tampo je la. Hahaha, kite bakor kite bakor!
Dah habis baca? biasalah kita hidup ni tak akan lekang daripada bebanan liat nak bayar hutang ni. Betul kata bro Zik, manusia memang tidak akan terlepas dari berhutang.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Buang tabiat liat bayar hutang

Oleh ROHAMI SHAFIE

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

SEPANJANG Hari Raya Aidilfitri ini terdapat beberapa iklan raya yang mengamit lagi kemeriahannya. Antara iklan di televisyen yang menarik perhatian penulis ialah iklan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Yang membuatkan penulis tertarik kerana mesejnya yang tersendiri agar peminjam PTPTN membayar hutang mereka selepas tamat belajar. Selalunya iklan promosi pemberian pinjaman kepada bakal peminjam seperti mana yang banyak kita lihat iklan-iklan yang ditampal oleh "ah long tidak berlesen" dan "berlesen" di merata-rata tempat.
Jarang sekali ada iklan yang menyuruh si peminjam membayar kembali hutang mereka. Ia seolah-olah menggambarkan betapa ada di antara peminjam PTPTN cukup liat untuk membayar hutang mereka sehinggakan terpaksa menyediakan satu iklan khas di televisyen bagi memujuk mereka membayar kembali hutang PTPTN.

Perkara ini terbukti benar apabila sehingga 31 Julai lalu, PTPTN telah bertindak menyaman 184,083 peminjam disebabkan mereka gagal menjelaskan hutang PTPTN.

Angka ini cukup besar sama sekali kerana ia menggambarkan sejauh manakah peminjam PTPTN melaksanakan tanggungjawab, amanah dan kewajipan mereka sebagai peminjam.

Ini baru pinjaman pelajaran, bagaimana pula hutang-hutang lain seperti hutang peribadi, kad kredit dan sebagainya? Penulis penuh yakin terdapat kes yang mana si peminjam memang sejak dari awal lagi tidak mahu membayar pinjaman.

Wang pinjaman diambil, tetapi tidak mahu membayar kembali. Rakyat Malaysia sememangnya diketahui suka berhutang. Maklumlah biar papa asalkan bergaya.

Sebab itulah "ah long berlesen" tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Nak salahkan mereka seratus peratus pun tidak kena gayanya kerana diri sendiri juga bersalah, meminjam wang sesuka hati. Jika tidak, mustahil "ah long berlesen" dan "ah long tidak berlesen" mampu hidup mewah dek kerana bisnes pinjaman.

Lagipun strategi kekerasan mereka membuatkan si peminjam terpaksa membayar hutang mereka. Mungkin ini satu-satunya cara untuk "mengajar" mereka yang degil membayar hutang. Sudah tentu PTPTN tidak akan menggunakan cara yang sama, tetapi natijahnya kepada generasi yang akan datang.

Dana pinjaman akan berkurangan, si peminjam yang liat membayar hutang tidak memikirkan perkara ini. Yang mereka fikirkan diri sendiri, walhal mereka sebenarnya menyusahkan generasi akan datang termasuklah anak mereka sendiri.

Tetapi ini tidak bermakna PTPTN tidak boleh mengutip hutang si peminjam secara cekap. Antara yang boleh dilakukan ialah dengan memotong gaji si peminjam secara automatik menggunakan modus operandi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan kata lain, sejak hari pertama mereka bekerja, majikan diwajibkan memotong gaji peminjam PTPTN secara automatik. Dalam kes KWSP, 11 peratus daripada pendapatan. PTPTN boleh mengambil tindakan yang sama sebagai penanda aras.

Selepas perayaan Aidilfitri, ada yang tidak nyenyak tidur memikirkan hutang-hutang yang telah dibuat bagi meraikan Hari Raya secara bergaya dan bermewah-mewah. Ada yang sanggup berhutang beribu-ribu semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada orang-orang kampung betapa hebatnya mereka.

Kereta baru, telefon bimbit terkini dan tidak kurang juga pakaian serba mahal. Ini tidak termasuk kasut dan beg tangan yang harganya hanya yang bergaji enam angka sahaja mampu membeli. Tetapi masih memaksa diri untuk membelinya.

Alasan mudah setahun sekali. Memanglah setahun sekali tetapi apa guna merana bertahun-tahun. Hidup tidak tenteram dengan hutang keliling pinggang.

Walhal, bagi penulis perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Peminjam sudah semestinya memahami tanggungjawab untuk membayar hutang mereka. Menyusahkan diri sendiri sahaja disebabkan terpaksa berhutang untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk.

Ada yang umur sudah menjangkau 40 tahun pun masih tidak sedar. Simpanan kosong. Apabila dinasihati pandai pula menjawab, "Duit KWSP kan ada, boleh guna untuk persaraan nanti, lagipun masa muda-muda inilah nak bergaya".

Memang susah untuk menyedarkan golongan sebegini. Bahkan, lagi susah untuk mengubah mentaliti si peminjam yang liat membayar hutang mereka. Pelbagai alasan diberi. Yang belajar tinggi-tinggi sehingga ke menara gading dalam bidang perakaunan dan kewangan pun ramai tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Mereka juga terjebak dalam perangkap hutang. Tidak mengapalah jika berhutang dan akhirnya menunaikan janji untuk membayar kembali. Yang menjadi masalah, berhutang tetapi liat membayar.

Tidakkah Islam menyuruh umatnya menyegerakan pembayaran hutang selain menyegerakan urusan pengebumian jenazah dan menyegerakan perkahwinan anak perempuan yang dipinang orang?

Azab bagi sesiapa yang liat membayar hutang bukan sahaja ketika hidup tetapi juga selepas meninggal dunia. Roh si peminjam akan tergantung-gantung sehinggalah dijelaskan hutangnya. Jika masih tidak dibayar, hutang tersebut akan diadili di akhirat nanti.

Justeru, buang tabiat liat membayar hutang. Jika tidak mampu, lebih baik tidak berhutang. Hati senang dan fikiran pun tenang.

Friday, 13 May 2011

Thursday, 12 May 2011

ARTIKEL AGAMA: CARA MENDIDIK ANAK V2

Kaedah Mendidik Anak V2

Artikel ini sambungan dari Kaedah Mendidik Anak V1 (versi 1 tak  jumpa) . Terdapat 3 lagi kaedah yang Pakar Cinta sangat teruja untuk kongsikan. Jelas dengan mengetahui kesemua kaedah ini, ibu bapa akan bertambah mesra dengan anak-anak dan secara tidak langsung mendidik mereka menjadi seperti yang ibu bapa harapkan.

Jom kongsikan semua kaedah ini dengan ibu bapa lain dengan share di laman Facebook!
5. Kaedah Nasihat dan Teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan Yang Berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tugas yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Diharap petua ini akan dapat membantu dan memberi tunjuk arah kepada pasangan Ibu & Ayah, Papa & Mama, Abi & Umi, Daddy & Mummy, Bapa & Mak yang cemerlang supaya anak-anak kita akan dapat mewarisi sifat yang terpuji dan diredhai Allah untuk menjadi pelapis peminpin generasi akan datang kearah masyarakat dan ummah yang berjaya di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

‘ Ibubapa Cemerlang, Anak Terbilang ‘

Sumber: www.PakarCinta.com

Wednesday, 11 May 2011

ARTIKEL AGAMA: KU TUNGGU PINANGAN MU & 10 SOALAN SEBELUM MEMINANG

♥ Jangan engkau puja-puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat.
Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu, hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..
♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak.
Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami.
Kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..
♥ Kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.
Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..
♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.
Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..
♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan.
Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..
Ku tunggu pinanganmu.. :)
“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya..” – ( Fii Zilalil Mahabbah )

Sumber: PakarCinta.com (Penulis: )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Soalan sebelum Meminang


Anda sudah bersedia untuk berumahtangga?
Anda sudah mengenali pasangan anda?
Anda mempunyai hak untuk memilih pasangan anda.

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


Dipetik daripada :

Friday, 6 May 2011

PENGINAPAN CAP AYAM - KOIR

Aku and the gang (98% staff yg baharu masuk keje) kena paksa rela utk masuk koir. Job pertama kita orang ialah persembahan nyanyian semasa perhimpunan bulanan di Shah Alam. jadi utk mengelakkan kita orang terlambat bangun maka disediakan lha tempat yg agak seperti 'cap ayam' ni utk penginapan malam tu. Cap ayam ni gelaran utk sesuatu yg agak kureng kualitinya.....tak kisahlah tempat ke barang makan ke dll. Udahlah masa kita orang datang air tak dak..nak kena tunggu pukul 5 baharu ada air...habis nak guna untuk mandi, buang air kan masalah.


Banglo atas bukit yg menarik-narik perhatian aku...Subhanallah...cantiknya....



Aku zoom dan snap saja bangunan ni...aku pun tak tahu bangunan apa.



Beranda di tempat tinggal kita orang

Dapurnya yg langsung tak menepati tahap piawaian aku


Kawasan hutan belantara

Ni gambar sewaktu boring giler....


Bilik tidurnya yg boleh tahanlah...aku tido berdua je dgn kak Dilla sebab yg sorang lagi gi rumah sepupunya....


Kami semua tinggal di Blok 6A ke 6B? Aku dah lupalah...sebab tak berapa nak ok kan sebab itulah terlupa huahuahua.....


Pemandangan dari beranda



Ni satu lagi rumah besor gile lah!



Aku confuse jap. Ni rumah ke istana ke rumah agam ke...



Sliding door


Gambar tingkap pulak!...boleh nampak view kat luar tuh....




Ni blok sebelah pulak



Lagi kawasan beranda



Nantikan gambar2 masa kita orang buat latihan dengan full uniform dan pengalaman 'terindah' sejurus selepas buat persembahan koir....cemas dan panas!!! Apa dia?? Nantikan sahaja......

Thursday, 5 May 2011

KEMBALI PADA-NYA

Takziah aku ucapkan kepada Kak Hawa dan keluarga di atas permergian anaknya yg baharu lahir (lihat entri Wafiuddin dan Wad Bersalin) malam tadi dalam pukul 11 malam. Aku dapat mesej pada 11.26 malam yang mengatakan anaknya Raziq (kalau tak silap) telah meninggal dunia.

Dia telah menemui pencipta-Nya apabila sempat hadir ke dunia untuk seketika. AKu harap Kak Hawa tabah dalam mengharungi ujian ini sebab dia masih dalam pantang. Seorang lagi yg juga baharu melahirkan anak ketiganya (juga ada dalam entri yg sama dgn yg tadi) turut berhadapan dgn ujian Allah s.w.t. Ada sedikit ketidaksempurnaan tapi dgn
kecanggihan perubatan yg kita punya Insyallah boleh diperbetulkan.....

Wednesday, 4 May 2011

M.A.I.D



Novel pertama yg aku baca daripada 16 buah buku/novel yang sempat aku sambar di PBAKL hari tu. memang tebal dan selalunya agak membosankan apabila terlalu tebal. Pasti ceritanya merepek, meraban dan merapu semua ada TETAPI tiada pada novel ini. Jalan ceritanya menarik dan boleh buat aku ketawa seorang diri bahkan kawan aku si Ain yg curi-curi novel ni pun dok ketawa sorang-sorang...kahkahkah.....


Aku dapat tahu tentang novel ni melalui akhbar yg menyiarkan kedudukan novel-novel yang terlaris di pasaran pada masa ini. Setebal 753 halaman, penulisnya kini menetap di Brazil kerana mengikut suaminya yang menyambung pengajian di sana. Sekalung tahniah kepada beliau di atas 'kelahiran' novel ini biarpun bahasanya agak rojak (ni bg aku kalau orang lain mungkin selesa kot dgn gaya bahasa sebegitu).


Kiranya tak rugilah aku beli buku ni dgn harga RM22 (ada diskaun RM4)! Jadi jomlah gi beli dan baca danhayati sendiri 'susur galur' hero dan heroinnya.....