Monday, 17 May 2010

SELAMAT HARI GURU 2010!!!

Entri ni memang terpesong drpd tatabahasa...saje je nak tulis mcm tu. Tarikh 16 Mei semakin diingati saban tahun berbanding dahulu. Jasa guru kian dikenang oleh masyarakat. Aku macam biasa awal2 lg dah siapkan hadiah utk cekgu2 kesayangan aku. Kenapa? Sebabnya aku suka cekgu2 aku hargai apa yg aku bg biarpun benda tu tak mahal sgt tapi nilainya yg penting.

Abah aku pernah cakap dekat kita orang (aku ngan adik) untung siapa yg jadi cekgu kita orang sebab tiap2 tahun dapat hadiah drpd anak murid. Sejak aku habis sekolah, adik aku akan jadi posmen utk hantar hadiah aku kat cekgu2 di SMK Datok Lokman tu. Dan seperti biasa akan ada soalan wajib yg diaorang akan tanya. Antaranya...

1. Kakak awak buat apa sekarang?
2. Dia keje kat mana?
3. Dia keje kat Jusco lagi ke?
4. Dia tak nak sambung belajar lagi?

DAN yang terbaharu sekali sejak tahun lepas....BILA KAKAK KAMU NAK KAHWIN?

Camner nak kahwin calon pun tak ada lg...nantilah bila dah sampai masa dah jumpa seseorang tu aku mesti bagi kad jemputan siap hantar sendiri kat cekgu!!! Tapi siaplah hadiah yg besar2 ek...hehehe


Untuk mereka yg pernah mendidik aku...terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan terutama kepada mereka yg masih ambil berat terhadap aku dan menyokong minat aku dlm bidang penulisan....

Mereka ialah:-
HILANG TANPA JEJAK
  • PN. ZARINA-CEKGU TADIKA
  • PN.HALIMAH-CEKGU DARJAH 1
  • PN.HUSNA -CEKGU DARJAH 2
  • EN.FAISAL-CEKGU DARJAH 2
  • PN.ROKMAA-CEKGU BM FORM 1-2
DAH BERPINDAH
  • EN.SAFRI- CEKGU DARJAH 6
  • USTAZAH LAILA-CEKGU AGAMA FORM 1-2
  • PN.ASNOR-CEKGU MATH FORM 3
  • USTAZ AZMI-CEKGU SEJARAH FORM 3
  • PN.IZUANI-CEKGU PRAKTIKAL BI FORM 4
  • DATIN NURITUL ASHIKIN -CEKGU BI FORM 4- 5
  • PN. NOOR HANA -CEKGU BI FORM 1-3 & FORM 6
  • USTAZAH ASLINA-CEKGU AGAMA FORM 4-5
  • PN.ASYRIYATUL AKMA-CEKGU EKONOMI FORM 6 (walaupun dia)
DI SMK DATOK LOKMAN
  • PN.WAN NAZLAH-CEKGU KH FORM 1-2
  • PN.LOKE LEE LIN-CEKGU GEOGRAFI FORM 1-2
  • EN. LAM KOK HONG-CEKGU SEJARAH FORM 1-2
  • PN.ZAINORRAINI -CEKGU BM 4-5
  • PN.ONG MENG SENG -CEKGU SEJARAH FORM 4-5
  • PN.ROZITA-CEKGU BIOLOGI FORM 4-5
  • PN.JEEVA- CEKGU MATH MODEN FORM 4-5
  • PN.RUBIAH-CEKGU MATH TAMBAHAN FORM 4-5
  • CIK AZILAH-CEKGU FIZIK FORM 4
  • PN.NORLIZAH-CEKGU FIZIK FORM 5
  • PN.MARIA BEE-CEKGU KIMIA FORM 4-5
  • PN.MAHERAN-CEKGU KH FORM 2 & EKONOMI FORM 6
  • PN.NORMAH- CEKGU BM FORM 6
  • PN.VIJAYA-CEKGU SEJARAH ASIA TENGGARA FORM 6
  • EN.VALUSAMY-CEKGU SEJARAH TAMADUN DUNIA FORM 6
  • EN.ZAHANORDIN-CEKGU PENGAJIAN AM FORM 6
Dan kepada mereka yg tidak aku tuliskan namanya di sini tidak bermakna aku lupa dgn mereka kerana jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat...SELAMAT HARI GURU 2010!!!




Friday, 14 May 2010

1001 RENCAH KEHIDUPAN

MACAM-MACAM HAL

Dewasa ini macam2 perkara pelik boleh terjadi kepada kita kan...dalam minggu ni ada dua tiga perkara pelik yang menyentak jantungku buat seketika...

Pertamanya kejadian mencuri kita dah seringkali dengar tapi yang ini rasa tak nak percaya pun ada gak. Nak buat macam mana kejadian tu dah terjadi bila ada orang sanggup MENCURI dlm SURAU!!! Apa nak jadi aku pun tak taulah dgn orang mcm ni.. Hari Senin ada budak kolej hilang beg masa tgh solat. Kesilanpan dia ialah meletakkan beg tu di blkg yg agak jauh darinya. Bila selesai solat nak ambk balik beg...berdesup hilang. Udahnya budak menangis bagai nak rak sebab beg dia dah hilang. Memang tak akan jumpa kalau jadi macam tu kt shopping complex kan...

Rabunya pulak perkara yg sama berulang kembali bila ada sorang staff hilang handphone masa tgh solat gak. Handphone tu diletakkan dalam beg yg berada di sisinya. Bila nak ambik benda dh hilang. Cuma dia perasan ada sorang perempuan ni ushar dia semacam tapi dia ingat tak ada apa2lah..tahu2 lepas solat perempuan tu kelam-kabut keluar dari surau tu...Bila call no. tu memang dah tak berjawab. Mesti dia dah buang sim kad tu... kita fikir dalam surau tak adalah orang nak buat benda tak elok mcm ni tapi tau2 ada juga yang dirasuk syaitan... insaflah wahai mereka yang melakukan perkara sebegini....

KURSUS INDUKSI KAKITANGAN BARU

Bermula 12-14 Mei 2010 aku telah pun mengikuti kursus seperti tajuk kat atas nun sebagai staf baru. Macam2 penerangan dan penjelasan yg diberikan kepada 21 orang kakitangan. Ada yang dari sambilan ke kontrak, kontrak ke tetap dan kontrak sahaja. Selalunya staff perempuan lagi ramai berbanding lelaki tapi tidak pada kursus kali ini yg mana staff perempuan cuma ada 7 orang dan selebihnya staf lelaki.

Biasalan di mana2 pun ada penceramah yg best dan ada gak yg membosankan. Tambahan pula tiba2 sahaja aku diserang selesema yg buat aku rasa tak sedap badan. Kebanyakkan penceramah best malah ada yg best giler!! Kira asyik tergelak dari mula sampai habis sesi tersebut. Staf lelaki ada gak mulut tak ada insurans menjawab dgn jawapan yang gila2 dan sesekali mcm bangang!! Yg banyak sangat soalan pun ada sampai kitaorang malas nak dengar. Balik2 mamat dua org tu nak tanya mcm2 benda.

Kira hampir sebulan aku dekat sini (esok 15hb genaplah sebulan) masa kursus ni aku rasa gembira sangat2 sebab aku di kelilingi oleh mereka yg baru seperti aku juga. Ada gak yang berlagak mentang2 berjawatang tinggi drpd kita orang kat situ. Hari terakhir dan pada sesi yg terakhir S/U sudi dtg menyampaikan sedikit ucapan dan harapan kepada kakitangan baru.. Dia ialah orang yg sama menemu duga aku pada sesi kelayakan pengambilan staf kontrak.

Lepas majlis tu dah habis mcm biasa makan free (Sepanjang kursus = sarapan pagi & mkn tgh). lepas ni nak pergi Pesuruhjaya sumpah pulan untuk sahkan borang isytihar harta. mcmlah aku ada bnyk harta nak bagitau kat dorang kan... Novel bnyk lah kat umah aku dgn majalah2.

Minggu depan pula aku kena pergi kursus utk kakitangan kerajaan kt Kuala Selangor (kalau tak silaplah). Program tu berlangsung selama dua hari satu malam. Kat jabatan aku adalah sorang akak tu kena gi sekali dgn batch aku. Kat jabatan lain ada gak sorang yg aku kenal nak dijadikan kwn. Dgrnya kita orang akan join sekali dgn jururawat2 dari Hospital Selayang. Yg tak bestnya tentang tempat tu..bnyk yg kata tempat tu BERHANTU!!!

Aku ni udahler lemah semangat nak gi pula tempat mcm tu memang tak senang duduklah jawabnya. Tapi aku cuba berikhtiar utk menjauhkan diri drpd terkena gangguan makhlus halus yg ada di sana nanti. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah s.w.t sebab hanya pada Dia tempat kita memohon perlindungan kan...betul tak... hah kan korang pun kata betul....

TUKAR JABATAN
Ada sorang kakak kat jabatan aku kena tukar kat bahagian kewangan berkuat kuasa 1 Jun ni...sedihnya aku sebab dia yang paling baik sekali dgn aku. Dia juga yg banyak tolong dan ajar tentang kerja2 kat opis ni..nanti bila dia dah tak ada terpaksalah berdikari dgn lebih kukuh lagi. Nasib baik aku dapat CC (Chief clerk) yang sgt baik walaupun kadangkala dia ada gelakkan aku masa tak tahu atau salah buat keje yg dia suruh...itukan proses belajar namanya sebab tak mungkin dlm masa sebulan kita boleh mahir dgn semua bidang tugas kita dan di luar bidang tugas. Pasti ambil masa berbulan-bulan nak pandai kan...so kena sabarlah dan bantulah budak2 baru mcm aku ni.
Kat sini ada 13 jabatan dgn lebih 700 orang kakitangan jadi fikir2 kan lah macam mana kita nak kenal semua orang dengan jawatan dia dalam masa yg sgt2 singkat ni. Dorang tak fikir yg suatu masa dulu dorang pun staf baru mcm aku jadi bila dah dapat jawatan tetap mulalah nak tunjuk ek... tak kiralah kat jabatan aku atau jabatan lain semuanya sama. Itulah hakikat perangai manusia yg pelbagai ragam dan kerenah.
Semoga Allah s.w.t sentiasa permudahkan jalan aku dlm menempuh hari2 yg bakal mendatang sepanjang dua thn kontrak aku berjalan. Aku berharap juga yg aku dapat berkerjasama dan menyesuaikan diri dlm keadaan dan dunia yang serba baru ni dengan lebih baik di masa akan datang....oklah aku nak gi solat pastu nak gi mahkamah tgk kalau2 dah buka sebab borang tu perlu dihantar pd hari Senin depan...esok lusa kan cuti nak bising pula orang HR kan....kan...
Sampai bertemu lagi di alam maya untuk berkongsi 1001 luahan, coretan, celoteh, keluhan, rintihan, rungutan, bebelan mengenai kisah dan pengalaman yang lain pula...wassalam....

Thursday, 6 May 2010

TERSANGATLAH SIBUK!!!

Sejak dapat kerja baru ni hari-hari yang aku tempuhi senantiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke tengah malam ada sahaja benda yang nak dibuat sampai masa untuk diri sendiri pun macam dah tak ada. Apa tidaknya bangun pagi gi keje. Masuk opis kul 8-5 petang. Lepas tu kena cepat-cepat thumb print nak balik umah solat Asar dan bersiap-siap pulak nak ke tempat keje.

Tempat keje apa pulak kan...hmm aku masih buat keje part time kat tempat lama...sayang nak tinggalkan kecuali kalau betul-betul terpaksa lagipun aku ada satu azam kalau boleh nak keje kat situ sampailah perkara itu datang... Apa perkaranya rahsialah sebab itu antara aku dan Dia yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Start dari pukul 6.30 -10.30 malam, kalau Jumaat dengan Sabtu sampai pukul 11 malam plak. Sampai umah dah hampir 11.30 duduk kejap. Tahu-tahu eh, dah pukul 12 tgh malam! Siapkan untuk baju keje pagi esok, makan ke mandi ke lepas tu nak tengok tv kejap.... dalam pukul 1-2 pagi kadang-kadang sampai pukul 3 pagi baru aku masuk tidur.... Tidur berapa jam lepas tu nak bangun balik....


Cerpen yang sepatutnya aku hantar awal kat editor masih di tahap pengeditan tahap akhir walaupun cuma 5 helai...Bayangkanlah macam mana nak siapkan kalau dari pagi sampai petang ada sahaja benda yang dilonggokan kat atas meja aku. Banyaknya keje orang lain tapi sebagai staff baru pada akulah yg diminta tolong kan...buat sahajalah kita kena sedar diri yang kita ni baru kat bahagian tu kan.... kena sabar banyak-banyak sebab kat dlm tu macam-macam perangai manusia yang kita jumpa. Ada yang suka dengan kita ada juga yang tak suka buat muka sombong nak mampus dengan aku!

Usaha aku dalam menyiapkan novel pertama turut terbengkalai sejak dapat kerja baru ni. Langsung tak ada masa nak jenguk manuskrip tu. Cerita itu juga di tahap akhir pengeditan. Nak buat kat opis memang tak ada masa...nak buat kat tempat keje part time pun sama gak. Kalau ada masa pun aku sebagai yang senior kat situ tak nak plak dikatakan ambil kesempatan sebab dah lama keje kat situ.

Selalunya keje yang aku buat melebihi daripada seorang staff part time punya tugas. Sebab apa? Sebab aku sayangkan tempat keje tu..sesekali ada gak terfikir nak berhenti sebab aku nak tumpukan pada novel tu. Setiap kalia aku bercadang nak berhenti setiap kali tu juga aku serba-salah dan akhirnya tak jadi nak berhenti. Aku juga lebih senang hati berada di sana daripada tempat baru ni.. Baru satu hari aku tak jejak kaki ke sana esoknya bila datang rasa macam dah lama sangat tak datang situ.

Aku tak pernah rasa gembira kat tempat baru ni. Semuanya serba canggung dalam kehidupan aku yg selama ni bebas dari perkara yang berkaitan dengan urusan rasmi, undang-undang, bekerja dalam jabatan yang ramai pekerja dan jabatan yang banyak dlm satu bangunan. Aku rasa nak k_____ dan b__h____ saja.


Aku ni plak bukan orang yang mudah mesra dgn orang lain dan juga nak sesuaikan diri kat suasana baharu. Cuma aku sentiasa berdoa supaya Allah SWT akan permudahkan setiap perjalanan aku di sini dan buka ruang-ruang kebahagiaan dan kegembiraan dalam lipatan hidup aku...Semoga aku dapat menikmatinya tidak lama lagi...

Oklah nanti aku sambung lagi sebab aku nak kuar rehat dengan Kak Niza (staff baru juga tapi jabatan tak sama)...kita orang memang geng hari-hari rehat berdua...Sekian...sampai jumpa lagi....

Thursday, 11 March 2010

BUAH KUNDANG

ni gambar buah kundang yang abah aku bawa balik hari tu...



Mungkin ada yang pernah makan ataupun pernah dengar nama buah ni. Kundang spesis yang sukar sekali ditemui pada masa kini. Samalah juga dengan jambu mawar, letup-letup, kerdas, nam-nam, cerapu yang semuanya dalam kategori buah nadir. Buah nadir ialah yang hampir pupus dalam pasaran hari ini. Terdapat lebih kurang 700 spesis buah-buahan tempatan yang kita miliki namun pada hari ini kemungkinan besar hanya 16 yang kita temui dalam pasaran. Buah kundang ni pula ada yang masam ada yang manis ikut nasiblah...

Monday, 8 March 2010

BILAKAH MASANYA

Cincin

Kasut tumit tinggi

Pepel dress


Gaun kembang




Baju korea

Baju Cina

Baju Jepun



Lengha
Tradisional melayu

Saturday, 6 March 2010

ALAMANDA, PUTRAJAYA

meen, bodyguard aku

tak buat treatment pun saja bergambor





















sume yang ada coklat jer aku ambik huahuahua...


Balik dari Kompleks Sukan Bangsar kita orang singgah di rumah member aku, Syahida. Dia dah buka salun sendiri berdekatan kawasan rumah dia. Lepak jap kat situ borak... da juga ada jual barangan kristal dan minyak wangi. Supplier dari Singapore. Kalau ada yg minat boleh bgtau aku yer..nak kena minta komisyen ni...


Udah tu kitaorg round jap kat Alamanda putrajaya dan dia hantar kita orang kt ktm..ni lah gambar yang sempat diambil. Kebetulan ada tarian singa kat alamanda...

Friday, 5 March 2010

KEBAKARAN TAK DIDUGA





Orang kata api ni keci-kecik jadi kawan bila besar jadi lawan. Bukan lawan tapi boleh menjadikan seseorang tu agak terkejut dan trauma sekejap. Macam apa yang berlaku di rumah aku sebulan dari tarikh hari ini. Masa kejadian itu ada aku, mak, kakak aku ngan anak buah aku. Abah aku pula baru balik kerja kan hari Jumaat masa rehatnya panjang. Aku tengah siapkan bahan-bahan untuk mak aku masak kejap lagi.

Lepas tu aku dengar bunyi; aku ingatkan bunyi kucing. lepas tu mak aku tanya bunyi apa tu. Taklama lepas tu keluar bau asap dan aku mula nampak api pada kotak fius utama rumah di ruang tamu. Mula-mula kecil jer. Aku panggil kakak aku suruh telefon abang ipar aku tapi tak dapat pula. Abah aku pun tak tahu nak buat apa. Makin lama api makin marak dan besar hingga semua kotak fius hancur dan cair.

Akak aku suruh simbah air tapi abah aku kata nanti dia meletuplah. Aku suruh abah guna kain buruk api aku aku tak berani. Nak tutup sius besar kat luar rumah pun abah aku tak berani. Asap makin tebal. Mak aku bawa kuar anak buah aku yg tidur kat dalam bilik. Ada ke patut kakak aku boleh pula tinggalkan anak dia dalam rumah dia dah keluar dulu selamatkan diri. Apa puyna turrr daaa.

Akak aku minta tolong pada jiran sebelah rumah. Panik sangat masa tu sebab asap dah memenuhi ruang legar blok. Semua orang kuar sebab bau asap tu makin kuat. Takut berlaku litar pintas nanti meletup pula satu rumah aku call bomba.

Jiran aku pakcik Mazran datang ke rumah. Dia gunakan penyapu untuk padamkan api tu. lepas tu bomba pun datang dia orang check sume kata ada wayar dah lama sangat kat dalam tu.Dia call pula orang TNB. Lepas bomba balik, orang TNB datang dan check.

Dia orang cuma betulkan wayar utama kat blok tu jer sebab abang ipar aku boleh betulkan sendiri.Dia check apa yang patut dan sambungkan wayar ke apa yang dia orang buat keadaan pulih seperti biasa.Habis juga beberapa ratus beli balik benda yg dah rosak tu.Kejadian terjadi secara mengejut sungguh tak disangka. malang tak berbau...

Wednesday, 3 March 2010

PESTA BUKU 2010


Pesta buku akan tiba lagi seperti tahun2 sebelumnya. Insyaallah aku akan pergi pada hari terakhir (cuti pun aku dah apply) iaitu 28 Mac nanti. Biasanya aku pergi dengan adik aku tahun ni tak tahulah dia nak pergi ke tak. Tahun lepas sampai dua kali kita orang borong buku kat sana. Biasanya pada hari terakhir ni lagi banyak diskaun...tengok booth jugalah kan. Sekarang ni aku kurang sikit nak membeli novel-novel baru bahkan yang lama pun terperap je dlm almari tak berusik pun. Entah kenapa mood aku untuk membaca terbang melayang hilang entah ke mana. Dah lama minat ni tenggelam timbul sebab tu aku tak beli banyak buku pada pesta buku tahun lepas. Sekarang ni lagilah nak save ruang dlm almari.

Aku memang pembaca setia majalah Harmoni dengan Dara.com so setiap keluaran aku beli jadi kena pandai2 jimat ruang. Payah jugak macam ni. Kdg2 mak aku bising sebab barang aku yg banyak kat umah ni. Apa tidaknya dari buku sekolah, buku rujukan, exam paper UPSR,PMR,SPM,STPM pun aku simpan. Barangan kraf, key-chain, teddy bear yg melambak tu. Eh, ada lagilah! Koleksi buku cerita penyiasatan seperti Siri Hadi, Salma, Tiga Penyiasat, Lima Sekawan sume aku simpan. Siri Salma aku ada dari nombor 1-62 (kira koleksi penuh) so macam mana tu yer...


Ayat panas yg kureng sedap didengar ialah "Bila kau nak ...." "kalau kau ...senang bawa sekali buku2 ni pindah". Faham ke idak ni. Kalau tak faham tengoklah entri yg berjudul BILAKAH MASANYA. Haaa..tu dah fahamlah tu kan tak payah terangkan lagi...

Monday, 1 March 2010

SEKITAR MAJLIS ZEENATH

Perjalanan bermula bila aku dan meen jumpa di LRT Maluri. lepas tu kita orang naik LRT dan turun di Masjid Jamek. Dalam pukul 12.00 sampai sana dan cari pula sorang lagi kawan aku, Hamizah. Dah jumpa tu kami bertiga naik plak Putra hingga ke Kerinchi. Di sana sorang lagi menanti dgn kereta. Dah jumpa kita orang gerak ke Bangsar. Syahida drive dan aku dok sebelah dia...Sib baik dia ada alat yg bagi tahu arah mane nak pergi lepas ni.. kira map direction.

Pusing2 gak cari dewan tu...dalam 12.50tengahari kita orang sampai. Ramainyer orang. Rasanya kita orang jer yg tersalah tema. Rata2 pakai sari dan punjabi suit. Kah...kah...kah kita orang sesama sendiri. Masuk dewan dah nampak dia atas pentas nak makan beradab. Sorang datang soh makan dulu kat bahagian atas sebab kat bawah dah penuh. Datang sorang lagi pun cam gitu gak. So kita orang kata nak jumpa Nayima dulu (kat sekolah panggil Zeenath jer). Dia soh kita orang naik atas pentas tu jumpa dia.
Segannya udahlah banyak mata yg pandang kita orang tadi. Mahu tak mahu pergilah makan dulu. Semua tengah haus dok cari air dulu tapi bila minum glupp...rasanya lain macam tak boleh nak decide air apa. Mizah ingat air tebu tapi bukan...dah makan tiba2 kita orang nampak dewan kosong tiba.

Semua serbu keluar dari dewan tu. Rupa-rupanya pengantin dah keluar dewan bersalaman dgn tetamu. Masyaallah ramai giler...aku yg tgk pun naik lemas dahlah panas kan. Bersesak-sesak macam nak salam dgn YB plak kan... bila dah reda sikit barulah kita orang jumpa dia walaupun sebelum tu dah beberapa kali dia dok pandang kita orang kat atas tangga ni. nak turun camner orang ramai sangat. Lepas dah jumpa dan bagi hadiah, bergambar jap walaupun ada jer yg dtg ganggu...geram pun ada. Lepas tu kita orang blah. Masa nak balik ada lagi ramai yg dtg menyerbu kat dewan tu.

Balik tu singgah jap kat salun kawan aku yg baru buka kat Desa Pinggiran Putra. Lepak jap kat situ, solat Zohor dan borak2 + gelak2. Dia ni otak bisnes...keja kat Telekom pastu ada wat unit amanah Public Mutual dan sekarang buka salun. Dalam pada tu dia juga jual perfume dan barangan kristal. Bila borak macam ni mcm citer kluar pasal kawan sekolah. Ada yg dah kahwin dan ada anak pun. Ada yang kerja kat Dubai.

Sungguh tak sangka si pendek dulu dah keja kat negara orang. Mamat ni pernah sekelas dgn aku dulu. Ada juga yg dah berubah pakai jilbab (tudung labuh). Ada juga yg kerja bank, kat sana kat sini huh penat kalau nak tulis satu2 kan...pokoknya semua dah berjaya kecuali aku yg agak tercicir daripada kelompok mereka ni.. Pukul 3.45 petang gerak plak ke Alamanda, Putrajaya lagipun aku tak pernah ke sana lagi.

Jalan2 cuci mata. Kebetulan time kita orang datang tu ada pameran perkahwinan (pakej kahwin dari katering, pelamin dll). Pengacaranya penyanyi Salwa Abd Rahman dan Azizul Khamis. Jalan2 lagi jumpa Big Apple Donut so aku belilah sikit. Dah pernah rasa jadi dah tahu rasanya mcm mana. Tepat 5.30 petang kita orang gerak dari Alamanda. Syahida hantar kira orang kat KTM Serdang. Dari sana nanti berhenti plak kat KL Sentral. Jenuh tunggu lama2 kat situ bila dah sampai sesak macam ikan sardin. Ikan sardin dlm tin pun ada ruang nak bernafas. Ni first time aku naik dan serik nak naik lagi.

Tak sanggup berhimpit2 mcm tu lagi. Tuhan jer yg tahu perasan aku sepanjang perjalanan nak sampai KL Sentral tu. Dah sampak KL Sentral tu turun dan naik pula Putra. Aku dan Meen turun di Masjid Jamaek sementara Hamizah terus ke Damai. Kita orang berpisah di situ. Sampai ke Masjid Jamek dalm pukul 7.15 malam. Aku naik tren ke Ampang dan Meen ke Sri petaling. Tren aku sampai dulu dan berpisah lagi di sana. Sampai kat stesen Maluri jalan kaki lagi nak ke Jucso.

Tunggu plak abah aku datang ambik. Aku siap soh bawa selipar coz kaki aku dah sakit giler pakai kasut bertumit tinggi. memang tak biasa pakai pun. Pukul 7.45 malam abah sampai dan balik rumah. Sampai kat umah dorang baru nak makan malam so aku makan sekali. Penatnye Tuhan saja yg tahu. Mane taknya turun tren naik tren turun tangga naik tangga nak jalan seberang jalan lagi. Hari yg sangat2 memenatkan aku. Sib baik aku cuti dapatlah tgk citer Merlin episod akhir...hari ni pun kaki aku still rasa sakit lagi...

lepas makan

Zeenath dan hubbynya, Thameem




Sempat gak pandang kitaorg kat atas tangga


bergambar bersama pengantin



ramainyer orang...

semuanya nak bersalam dgn pengantin


waktu puncak, semuanya nak makan lapar da...


dari bahagian atas, kat bawah dah sesak gila

mulanya nak pakai sandal ni tapi tak jadi...jauh mari