Thursday 6 May 2010

TERSANGATLAH SIBUK!!!

Sejak dapat kerja baru ni hari-hari yang aku tempuhi senantiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke tengah malam ada sahaja benda yang nak dibuat sampai masa untuk diri sendiri pun macam dah tak ada. Apa tidaknya bangun pagi gi keje. Masuk opis kul 8-5 petang. Lepas tu kena cepat-cepat thumb print nak balik umah solat Asar dan bersiap-siap pulak nak ke tempat keje.

Tempat keje apa pulak kan...hmm aku masih buat keje part time kat tempat lama...sayang nak tinggalkan kecuali kalau betul-betul terpaksa lagipun aku ada satu azam kalau boleh nak keje kat situ sampailah perkara itu datang... Apa perkaranya rahsialah sebab itu antara aku dan Dia yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Start dari pukul 6.30 -10.30 malam, kalau Jumaat dengan Sabtu sampai pukul 11 malam plak. Sampai umah dah hampir 11.30 duduk kejap. Tahu-tahu eh, dah pukul 12 tgh malam! Siapkan untuk baju keje pagi esok, makan ke mandi ke lepas tu nak tengok tv kejap.... dalam pukul 1-2 pagi kadang-kadang sampai pukul 3 pagi baru aku masuk tidur.... Tidur berapa jam lepas tu nak bangun balik....


Cerpen yang sepatutnya aku hantar awal kat editor masih di tahap pengeditan tahap akhir walaupun cuma 5 helai...Bayangkanlah macam mana nak siapkan kalau dari pagi sampai petang ada sahaja benda yang dilonggokan kat atas meja aku. Banyaknya keje orang lain tapi sebagai staff baru pada akulah yg diminta tolong kan...buat sahajalah kita kena sedar diri yang kita ni baru kat bahagian tu kan.... kena sabar banyak-banyak sebab kat dlm tu macam-macam perangai manusia yang kita jumpa. Ada yang suka dengan kita ada juga yang tak suka buat muka sombong nak mampus dengan aku!

Usaha aku dalam menyiapkan novel pertama turut terbengkalai sejak dapat kerja baru ni. Langsung tak ada masa nak jenguk manuskrip tu. Cerita itu juga di tahap akhir pengeditan. Nak buat kat opis memang tak ada masa...nak buat kat tempat keje part time pun sama gak. Kalau ada masa pun aku sebagai yang senior kat situ tak nak plak dikatakan ambil kesempatan sebab dah lama keje kat situ.

Selalunya keje yang aku buat melebihi daripada seorang staff part time punya tugas. Sebab apa? Sebab aku sayangkan tempat keje tu..sesekali ada gak terfikir nak berhenti sebab aku nak tumpukan pada novel tu. Setiap kalia aku bercadang nak berhenti setiap kali tu juga aku serba-salah dan akhirnya tak jadi nak berhenti. Aku juga lebih senang hati berada di sana daripada tempat baru ni.. Baru satu hari aku tak jejak kaki ke sana esoknya bila datang rasa macam dah lama sangat tak datang situ.

Aku tak pernah rasa gembira kat tempat baru ni. Semuanya serba canggung dalam kehidupan aku yg selama ni bebas dari perkara yang berkaitan dengan urusan rasmi, undang-undang, bekerja dalam jabatan yang ramai pekerja dan jabatan yang banyak dlm satu bangunan. Aku rasa nak k_____ dan b__h____ saja.


Aku ni plak bukan orang yang mudah mesra dgn orang lain dan juga nak sesuaikan diri kat suasana baharu. Cuma aku sentiasa berdoa supaya Allah SWT akan permudahkan setiap perjalanan aku di sini dan buka ruang-ruang kebahagiaan dan kegembiraan dalam lipatan hidup aku...Semoga aku dapat menikmatinya tidak lama lagi...

Oklah nanti aku sambung lagi sebab aku nak kuar rehat dengan Kak Niza (staff baru juga tapi jabatan tak sama)...kita orang memang geng hari-hari rehat berdua...Sekian...sampai jumpa lagi....

No comments: