Friday 14 May 2010

1001 RENCAH KEHIDUPAN

MACAM-MACAM HAL

Dewasa ini macam2 perkara pelik boleh terjadi kepada kita kan...dalam minggu ni ada dua tiga perkara pelik yang menyentak jantungku buat seketika...

Pertamanya kejadian mencuri kita dah seringkali dengar tapi yang ini rasa tak nak percaya pun ada gak. Nak buat macam mana kejadian tu dah terjadi bila ada orang sanggup MENCURI dlm SURAU!!! Apa nak jadi aku pun tak taulah dgn orang mcm ni.. Hari Senin ada budak kolej hilang beg masa tgh solat. Kesilanpan dia ialah meletakkan beg tu di blkg yg agak jauh darinya. Bila selesai solat nak ambk balik beg...berdesup hilang. Udahnya budak menangis bagai nak rak sebab beg dia dah hilang. Memang tak akan jumpa kalau jadi macam tu kt shopping complex kan...

Rabunya pulak perkara yg sama berulang kembali bila ada sorang staff hilang handphone masa tgh solat gak. Handphone tu diletakkan dalam beg yg berada di sisinya. Bila nak ambik benda dh hilang. Cuma dia perasan ada sorang perempuan ni ushar dia semacam tapi dia ingat tak ada apa2lah..tahu2 lepas solat perempuan tu kelam-kabut keluar dari surau tu...Bila call no. tu memang dah tak berjawab. Mesti dia dah buang sim kad tu... kita fikir dalam surau tak adalah orang nak buat benda tak elok mcm ni tapi tau2 ada juga yang dirasuk syaitan... insaflah wahai mereka yang melakukan perkara sebegini....

KURSUS INDUKSI KAKITANGAN BARU

Bermula 12-14 Mei 2010 aku telah pun mengikuti kursus seperti tajuk kat atas nun sebagai staf baru. Macam2 penerangan dan penjelasan yg diberikan kepada 21 orang kakitangan. Ada yang dari sambilan ke kontrak, kontrak ke tetap dan kontrak sahaja. Selalunya staff perempuan lagi ramai berbanding lelaki tapi tidak pada kursus kali ini yg mana staff perempuan cuma ada 7 orang dan selebihnya staf lelaki.

Biasalan di mana2 pun ada penceramah yg best dan ada gak yg membosankan. Tambahan pula tiba2 sahaja aku diserang selesema yg buat aku rasa tak sedap badan. Kebanyakkan penceramah best malah ada yg best giler!! Kira asyik tergelak dari mula sampai habis sesi tersebut. Staf lelaki ada gak mulut tak ada insurans menjawab dgn jawapan yang gila2 dan sesekali mcm bangang!! Yg banyak sangat soalan pun ada sampai kitaorang malas nak dengar. Balik2 mamat dua org tu nak tanya mcm2 benda.

Kira hampir sebulan aku dekat sini (esok 15hb genaplah sebulan) masa kursus ni aku rasa gembira sangat2 sebab aku di kelilingi oleh mereka yg baru seperti aku juga. Ada gak yang berlagak mentang2 berjawatang tinggi drpd kita orang kat situ. Hari terakhir dan pada sesi yg terakhir S/U sudi dtg menyampaikan sedikit ucapan dan harapan kepada kakitangan baru.. Dia ialah orang yg sama menemu duga aku pada sesi kelayakan pengambilan staf kontrak.

Lepas majlis tu dah habis mcm biasa makan free (Sepanjang kursus = sarapan pagi & mkn tgh). lepas ni nak pergi Pesuruhjaya sumpah pulan untuk sahkan borang isytihar harta. mcmlah aku ada bnyk harta nak bagitau kat dorang kan... Novel bnyk lah kat umah aku dgn majalah2.

Minggu depan pula aku kena pergi kursus utk kakitangan kerajaan kt Kuala Selangor (kalau tak silaplah). Program tu berlangsung selama dua hari satu malam. Kat jabatan aku adalah sorang akak tu kena gi sekali dgn batch aku. Kat jabatan lain ada gak sorang yg aku kenal nak dijadikan kwn. Dgrnya kita orang akan join sekali dgn jururawat2 dari Hospital Selayang. Yg tak bestnya tentang tempat tu..bnyk yg kata tempat tu BERHANTU!!!

Aku ni udahler lemah semangat nak gi pula tempat mcm tu memang tak senang duduklah jawabnya. Tapi aku cuba berikhtiar utk menjauhkan diri drpd terkena gangguan makhlus halus yg ada di sana nanti. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah s.w.t sebab hanya pada Dia tempat kita memohon perlindungan kan...betul tak... hah kan korang pun kata betul....

TUKAR JABATAN
Ada sorang kakak kat jabatan aku kena tukar kat bahagian kewangan berkuat kuasa 1 Jun ni...sedihnya aku sebab dia yang paling baik sekali dgn aku. Dia juga yg banyak tolong dan ajar tentang kerja2 kat opis ni..nanti bila dia dah tak ada terpaksalah berdikari dgn lebih kukuh lagi. Nasib baik aku dapat CC (Chief clerk) yang sgt baik walaupun kadangkala dia ada gelakkan aku masa tak tahu atau salah buat keje yg dia suruh...itukan proses belajar namanya sebab tak mungkin dlm masa sebulan kita boleh mahir dgn semua bidang tugas kita dan di luar bidang tugas. Pasti ambil masa berbulan-bulan nak pandai kan...so kena sabarlah dan bantulah budak2 baru mcm aku ni.
Kat sini ada 13 jabatan dgn lebih 700 orang kakitangan jadi fikir2 kan lah macam mana kita nak kenal semua orang dengan jawatan dia dalam masa yg sgt2 singkat ni. Dorang tak fikir yg suatu masa dulu dorang pun staf baru mcm aku jadi bila dah dapat jawatan tetap mulalah nak tunjuk ek... tak kiralah kat jabatan aku atau jabatan lain semuanya sama. Itulah hakikat perangai manusia yg pelbagai ragam dan kerenah.
Semoga Allah s.w.t sentiasa permudahkan jalan aku dlm menempuh hari2 yg bakal mendatang sepanjang dua thn kontrak aku berjalan. Aku berharap juga yg aku dapat berkerjasama dan menyesuaikan diri dlm keadaan dan dunia yang serba baru ni dengan lebih baik di masa akan datang....oklah aku nak gi solat pastu nak gi mahkamah tgk kalau2 dah buka sebab borang tu perlu dihantar pd hari Senin depan...esok lusa kan cuti nak bising pula orang HR kan....kan...
Sampai bertemu lagi di alam maya untuk berkongsi 1001 luahan, coretan, celoteh, keluhan, rintihan, rungutan, bebelan mengenai kisah dan pengalaman yang lain pula...wassalam....

No comments: