Malam 14.1.25 tu memang ada contractions bermula lepas malam malam. Biasanya orang rehat dan selalunya masing² tarik kain langsir kan, maka bermula sakit contractions tu untuk aku. Sakit pada ulang tahun kelahiran aku sendiri...hahaha.
Sakit dia tak boleh bawa bincang. Bila datang tu Ya Allah tuhan je yang tahu sebab dia datang dalam 2-3 minit dan lega semula dan datang lagi dan malam tu memang aku tak boleh tidur. Aku mengaduh sakit sepanjang malam tapi tak adalah kuat suara aku cuma katil kiri kanan boleh dengar lah kalau aku dok tahan sakit tu.
Minta dengan nurse ubat tahan sakit, dia cakap nanti tanya Dr. sampai ke pagi dia masih dok nak tanya kat doktor sebab aku tak dapat ubat apa² pun.
Pagi tu bila nak check baby heartbeat memang aku tak boleh nak baring elok² sebab bila sakit contractions tu datang aku akan mengerekot macam udang dan akan sebab kan bacaan heartbeat baby jadi tak cantik.
Kena ambil banyak kali sedangkan katil sebelah dah bertukar orang untuk check heartbeat baby dorang. Bila doktor datang check bukaan, dah 7cm. Memang dorang suruh ganti baju untuk tolak ke Labour Room (LR).
Aku terus call En.S minta dia datang hospital sekarang. Dekat LR dorang check lagi baby heartbeat dan memang bacaan tak cantik. Doktor suruh aku teran je macam nak buang air besar tu.
Tak lama lepas tu dia beritahu sekarang saya nak pecahkan air ketuban. Aku memang dok tahan sakit contractions tu, dalam hati aku cakap buatlah apa pun doktor janji sakit saya kurang.
Tak lama lepas tu En.S datang dan kedatangan dia tak banti tenangkan aku pun. Aku rasa dia pun panik tengok aku macam tu.... hehehe
Lepas datang pula doktor lain, tak tahulah doktor pakar ke apa...dia beritahu aku kena emergency czer sebab baby heartbeat drop dan tak boleh tunggu lagi.
Doktor ajak En.S bincang kat luar dan beritahu kesan emergency czer dah suruh sign borang kebenaran. Lepas tu aku pula kena sign dan doktor terangkan benda yang sama iaitu kesen atau side effects emergency czer kat aku. Aku hanya angguk² sebab memang tengah tahan sakit kan.
Lepas tu memang tolak ke Operation Theater (OT) lah kan dan tudung dan cermin mata aku bagi dekat En.S suruh pegang. Sebelum warded memang aku dah buka subang dan gelang tangan, jam pun tak pakai rasanya.
![]() |
| Dia snap gambar ni masa aku kat OT |
![]() |
| 9.12 pagi, 15.1.2025 lahirkan seorang puteri seberat 2.73kg yang sihat dan sempurna |
16.1.2025
![]() |
| Nak pergi tengok baby di Unit NICU dan aku naik kerusi roda. |
![]() |
| Seketul baby girl kita orang |
Ambil gambar ala kadar je sebab kat NICU dorang tak bagi ambil gambar.





























No comments:
Post a Comment