Kambing untuk buat aqiqah
Aku minta tolong dengan Iqa dan Zubair untuk buat aqiqah untuk baby sebab kat sini siapa nak uruskan. En.S pun bukan tahu nak buat apa jadi senang bagi duit dan dorang tolong sembelih kambing dan masak sekali dan beri makan dekat orang² Kuantan. Dorang ada hantar video masa sembelih dan masak kambing tu.
![]() |
| 6.40 pagi awak dah bangun..... |
TAHNIK
Minta En.S carikan ustaz untuk buat TAHNIK dekat baby. Air zamzam dan kurma.
![]() |
| Dalam pukul 12 lebih ustaz datang... |
![]() |
| Azan ni ustaz sendiri yang nak buat |
AQIQAH - sembelih kambing
Hasil sembelihan yang dimasak dan diberikan makan kepada orang kampung di Kuantan.
CONFINEMENT LADY @ CL
Setelah disurvey dan buat perbandingan harga hari tu, akhirnya aku ambil CL Dari KN Confinement Care dan nama dia Salbiyah dah aku ambil untuk 21 hari.
DETAILS CUSTOMER*
🤗Nama Pelanggan: Norrehan
👨✈️Pekerjaan : Pembantu Tadbir
📅 Tarikh EDD : 3.2.2025
✍🏻Pakej : Dahlia
💰Deposit : RM50.00
💵Total Harga : RM2940
🏦Syarikat : *[Kn Confinement Care]
![]() |
| Barang kita sediakan dan CL akan masak tapi aku makan sikit je. Ikan seketul pun payah nak habis. |
![]() |
| Baki lepas bayar deposit RM50 untuk booking hari tu. Aku booking pada hari terakhir 2024 - 31.12.2024 |
21.1.25![]() |
| Ikan masak masam² manis dan goji berry tu CL yang bawa dari rumah - sedap lauk ni |
![]() |
| Kubis goreng |
22.1.25
![]() |
| CL tengah masak kat dapur. |
Biasa CL akan settle aku dengan baby dulu sebelum masak sebab senang je (masak untuk tengah hari sampai makan malam sebab aku makan tak banyak). Ada juga yang CL masak dulu dan baru settle kan macam maca tu baby tengah nak minum susu ke, aku baru nak sarapan ke kan.






























No comments:
Post a Comment