Wednesday, 8 January 2025

APC 2023 - MALAM ANUGERAH BHGN 2









Aku dengan Kak Yam...Kak Yam dapat APC tahun lepas dan tahun ni aku - dari unit yang sama

Pelik gak kenapa dia orang daripada unit yang sama dapat APC berturut-turut, rupanya kita orang kena 'tendang' dari Bhgn. Ukur Bahan. 

Ada yang tak puas hati dengan cara kerja kita orang. Aku tanya Kak Azie di Jabatan KHP dan dia cakap bos kita orang ada jumpa Tuan SU minta tukarkan kita orang. 

Buat kerja elok², berintegriti dan telus pun orang tak suka. Yang tak suka tu En.Zafrul sebab ada kontraktor telefon dia beritahu tak boleh beli dokumen tender @ sebut harga dan bila semak pendaftaran syarikat tu tak lengkap dan kita orang tak tanda kehadiran syarikat dalam sistem ICOMM.

Dia menekan² bos kita orang dan bos kita orang pula perempuan yang lembut hati dan tak boleh ditekan², sudahnya kita orang yang kena tukar jabatan. 











YDP MPAJ yang okay pada aku sebab beliau Pengerusi Mesyuarat Tender dan Sebut Harga

No comments: