Sunday, 16 November 2025

KA - POTONG RAMBUT, GIANT & AKTIVITI (14.11.2025)

Orang tu dah tersalah potong rambut dia....dah macam baby boy padahal aku dah beritahu kat Mr.S potong atas sedikit daripada telinga je. Dia dah cakap tapi mamat tu terus guna mesin dan treeeezzzzz....dah lah minggu depan nak pergi kenduri kahwin Aman.




Singgah gi Giant kejap beli barang dapur, waktu rehat Jumaat kan so boleh lah pergi kejap. Jumpa Along Syam dengan Mama Saidah (padahal aku dah elak daripada bertembung dengan dorang ni)....ingatkan hulur lah sikit tapi tak de ...dorang cuma main-main dengan anak aku je. Siapalah aku ni, kalau geng yang dorang suka memang dapatlah  hadiah ke duit ke kan....

Lepas tu jumpa Wani pula  kat tempat ikan...aku tak harap pun apa-apa daripada Wani dan macam biasa dia pun dok layan KA.
















 




No comments: