3.11.2025
![]() |
| Muka nak nangis |
4.11.2025
![]() |
| Bapa dia memang suka letak dia dalam stroller sebab senang nak buat kerja. |
![]() |
| Baju baharu tapi baru basuh sekali dah macam mengecut...ni saiz 18-24 bulan tapi dia belum setahun pun...macam sendat je dia pakai. |
5.11.2025
Belajar tugasan di Kaunter Hasil dengan Mirra sebab hari ni dia bertugas jadi dapatlah gambaran sedikit sebanyak kan. Dia ni je yang nak tolong aku pasal kaunter ke apa...yang lain tu buat tak peduli je. Ada sorang mulut longlang kat situ padahal kau tu muda daripada aku tapi tak ada rasa hormat langsung.
Aku dulu pun pernah jadi budak baru kat Jabatan PB (paling muda antara 30 lebih staff pada masa tu) tapi tak ada buat perangai macam apa. Kat UB pun bila ada staff baru masuk tak adalah aku nak perli² ke cakap main tembak orang je walaupun kita lagi lama kat situ kan. Orang tanya kita jawab, orang tak tahu kita tolong ajarkan.
Masa kat PB, ada staff baru masuk sebab reshuffle staff gelombang kedua masa tu dan akak tu duduk depan partition aku. Kak Zati namanya dan dia ambil alih kerja Kak Zabedah @ Kak Bed.
Benda yang sama berapa kali dia tanya aku dan tak pernah pun aku cakap, " berapa kali saya nak ajar akak" @ "kan saya dah beritahu beberapa kali macam mana nak buat". Setiap orang tak sama tahap penerimaan tentang sesuatu perkara yang baharu.
Tapi budak² kat Lesen ni memang tak ada adab dekat aku baik yang lelaki @ perempuan sebab dorang tak suka aku. Sebab apa? Entah? Aku pun tak tahu? Aku dah kerja situ dari tahun 2010 tak pernah buat masalah pun.
Aku dengan Kak Yam kena tukar ni pun sebab En.Zafrul bos Jabatan Kejuruteraan tu push bos aku sebab kita orang strict pasal bab kehadiran pendaftaran Tender dan Sebut Harga.
Borang tak lengkap memang tak tanda kehadiran dan bila minta tolong staff lain jaga kaunter pendaftaran masalah terlepas pandang borang tu memang sentiasa ada, setiap kali. Tak boleh nak salahkan dorang sebab tu aku dengan Kak Yam akan check semula sebelum kita orang tanda kehadiran dalam sistem ICOMM.
Kita orang tanda manual dan check semula borang satu demi satu. Kalau tender MARRIS Jalan @ Pokok yang beratus permohonan untuk satu kerja memang kita orang check satu². Walaupun macam tu alhamdulillah kita orang boleh selesaikan on time.
Bila ada syarikat yang tak puas hati sebab bila check dalam sistem, kita orang tak tanda kehadiran atas sebab yang kukuh, mulalah mengadu dengan En.Zafrul dan dia pula stress kan bos aku.
Sudahnya kita orang yang kena tukar jabatan padahal kita buat kerja betul. Tak terima rasuah, tak terima gula² semua tu. Aku masuk Lesen dan Kak Yam ke PPH ke P entah sebab PPH pecah kepada 3 bahagian pula. Lagi menyusahkan dan pecah².
Kak Yam tak apa sebab dia orang lama dan orang tak akan pulaukan dia macam aku kena kat PPU. Kalau Kak Hajar yang dulu buat kerja aku ni datang, wah...bulan main dorang sambut dia, borak², gelak² dengan dia. Kalau dengan aku kalau nak tukar duit baru bercakap dengan aku. Kalau tak meja berdepan pun buat tak nampak je aku ni.
Aku tak pernah happy duduk kat PPU ni sebab environment kerja, bos dia pegawai dia dan yang bawah² selevel dengan aku pun buat palau je dekat aku. Aku masuk kerja lepas bersalin pun macam tak ada apa tapi kalau Izzati tu....macam² korang tanya sebab Izzati tu geng korang kan!!!
![]() |
| Budak ni tunggu Mummy dia balik. |
6.11.2025
7.11.2025
Pertama kali bertugas di Kaunter Hasil....berdebar gila dan dapat pula partner yang tak membantu. Kaunter Hasil ada 2 orang bermula November ni.
Kalau geng dia orang memang dorang akan okay je lah kan, ko dapat pula aku...ada sorang ni memang perangai dan mulut macam longkang...
Sebelum ni dia boleh tukar kaunter penjaja dengan orang lain sebab tak nak satu kaunter dengan aku...memang terasa hati lah. Kau ingat aku nak sangat ke kaunter dengan kau tu. Adab mana? Tak tahu hormat orang ke? Tahulah kau dah lama kat PPU ni tapi tak ada budi bahasa. Bukan dia je, yang lain pun sama. Buat aku ni macam tak wujud kat jabatan tapi bila bertugas di kaunter, nama aku dorang tak lupa pulak!
Minta tolong Mirra datang ajar kejap. Nasib baik dia okay. Sebelum ni pun dia offer nak ajarkan aku kat kaunter ni. Oktober hari tu aku satu grup dengan Mirra dan Hafiz, dorang berdua dengan suka hati nak tukar kaunter Hasil dengan aku sebab dorang tahu aku tak berapa pandai... Kaunter Penjaja pun aku tak mahir lagi. Terima kasih korang!
![]() |
| Sistem panggil nombor |
Duduk kat kaunter ni buat dada aku berdebar-debar, rasa takut dan lain-lain. Waktu rehat gi klinik, ambik kau, BP dekat 200!!!!
Siap check jantung lagi sebab aku cakap dada berdebar kan, alhamdulillah okay cuma degupan tu laju. Lepas tu doktor bagi ubat darah tinggi yang lain Dan suruh tinggi kat luar dalam 15 minit Dan nak ambik bacaan BP semula. Turun tapi still tinggi lah 150 lebih...
Aku minta time slip je sebab pagi pergi kerja tapi klinik ni punya sistem, time slip sampai pukul 3 petang je dan lepas tu kena masuk ofis semula. Tadi dia suruh balik rumah dan rehat tapi nanti kena masuk ofis balik kalau macam tu kan. Sudahnya minta MC yang mula-mula doktor nak bagi. Kalau pergi klinik/hospital kerajaan, time slip maksimum 4 jam maka petang tu kau tak payah masuk ofis semula.
![]() |
| Kalau orang lain dah collapse tau!!! Boleh mati pun sebab tinggi sangat. |
Sebelum - tempat letak kasut/selipar
Selepas - jimat ruang dan lebih kemas kan!
![]() |
| Tapi tak berapa kukuh lah, sesuai dengan harganya...Khadeeja dah pandai merangkak kan selalu nak ke tempat kasut ni. |
8.11.2025
Dah sampai 2-3 hari lepas tapi baru ada masa semalam untuk buka peket dan cuci. Ternampak jahitan tak kemas dan ada jahitan yang terbuka jadi aku terus chat seller dan dia cakap mintak refund kt TT dan alhamdulillah dapat. Kalau sebelum ni aku refund kaftan Khadeeja, kena pulangkan barang (aku tekan return n refund) tapi masa tu seller lambat balas, lepas aku send tu baru dia cakap klik kat bahagikan refund sahaja dan barang tak perlu pulangkan.
Tapi dan tertekan kan jadi kena pulang barang baharu dapat duit refund tu. Aku sempat snap masa Khadeeja cuba baju tu...hihi. Kalau dia dah pandai jalan nampak lah terkedek-kedek dia berjalan tu kan!
![]() |
| Jahitan terbuka. |
Minta refund dan dapat...tak payah return barang. Tapi yang ni basuh sekali dua dah nampak lusuh tak sama macam yang dorang cakap dalam live. Harga pun murah kan jadi tak harap warna dia tak lusuh. Sesuai lah dengan harga dia kan.






































No comments:
Post a Comment