Monday, 24 November 2025

24 & 25.11.25 - KA, PUREE BLUEBERRY + EPAL, KIRA DUIT PASAR, BORANG & BUKU KUTIPAN DUIT PASAR MALAM & PASAR PAGI, KUPON, TUKAR SUSU BABY, TOYS & BOOKS

24.11.25






25.11.25

Macam biasa kira duit pasar

Borang hijau ni dari Jabatan Kewangan sebab ada minor error dalam laporan Kutipan duit pasar yang aku hantar. Selalu nya salah kira kupon, lupa tulis jumlah kutipan, tak tanda tangan sama yang kutip atau yang kira iaitu aku atau yang terima kat Jabatan Hasil. Kena betulkan dan hantar semula. Walau dah dua tiga kali semak pun mesti ada juga yang terlepas.

Buku setiap pasar malam dan borang yang aku selalu fotostat lebih. Belum habis memang aku akan fotostat sebab mesin tu tak tahu bila rosaknya, ink habis lah, orang nak pakai dan fotostat banyak jadi ada masa memang aku fotostat lebih. Kadang tu orang tidur, rehat, keluar jalan² bila hari Jumaat sebab rehat lama kan, aku kat opis sibuk update resit kupon, fotostat borang, kadang update borang biar nampak cantik dan lagi terang sebab Kak Hajar buat fotostat atas fotostat so lama² tulisan pun dah tak nampak, borang pun jadi senget.

Deretan kupon yang tak sempat nak diupdate dalam buku.

Macam ni lah keadaan bila kira duit.





























No comments: