Friday 15 July 2022

VELOCITY BERSAMA MEEN - 11.7.2022 + KISAH MR.A TAK JADI DATANG!

Dah lama tak jumpa Meen kan dan kita orang pergi Sunway Velocity. Hajat dihati nak tengok filem Thor yang baharu tu tapi ditangguhkan pula. Tengok filem apa yang ada kat sana nanti sebab kalau nak berjalan semata-mata tak tahu ke mana arah tujunya nanti kan.



































Sebab Meen tak berapa pandai nak ambil gambar, jadinya aku suruh dia ambil lagi dan lagi...hahaha. Aku ambil gambar dia okey je tapi bila dia ambil gambar aku jadi senget-senget pula kan! Mana yang tak nak nanti tu aku padamlah tapi nk simpan dekat sini dulu

Kita orang tengok filem Minion: The Rise of Gru dan itu sahaja yang menarik.




Dah yang best tu dalam filem ni dorang ada cakap Terima Kasih! Tu kan bahasa kita!!! Dan memang penuh panggung sampai nak tengok awal pun tak dapat sebab dah penuh. Ni slot pukul 4 petang tu pun nasib baik ada dua tempat duduk yang kosong. Kalau tak memang saja je datang situ tapi tak dapat nak tengok wayang.

Nak habiskan masa sebelum tengok wayang tu, adalah kita orang jlan-jalan kejap. Tak ada nak beli apa pun. Lepas tengok wayang tu pun dah pukul enam lebih kan, beli makan malam dan selepas tu balik. Masing-masing balik ke haluan rumah sendiri.

Tiket wayang dan air boba di Chatime aku yang belanja dan makan malam di Johnny' Meen yang belanja. Aku beli Nasi Ayam Thai macam tu lah dan Meen beli kuetiau goreng. Nasi ayam tu sedaplah juga! Meen cakap kuetiau tu pun sedap. Kalau tak nak makan dekat satiu sahaja tapi masing-masing baharu makan kan, kenyang lagi.

Masa tunggu makanan kita orang siap, aku dok chit chat dengan Mr.A dan dia tipu aku lagi! Dia tak dapat datang untuk jumpa aku malam ni sebab kawan-kawan dia buat sembelihan pula dekat rumah dia, siap hantar video lagi! Aku benganglah sebab aku dah ambil cuti (Selasa) tapi dia tak jadi datang padahal dia yang suruh aku ambil cuti sebab Isnin tu dia tak dapat datang. 

Aku ambil cuti hari Selasa pun dia tak boleh datang sebab kawan-kawan ada lagi kat rumah dan esok pun sama juga (Rabu) tapi aku cuba tukar cuti. Kalau tak jadi juga keluar makanya aku terpaksalah batalkan cuti aku tu. Sia-sia sahaja ambil cuti sebab nak keluar jalan-jalan dengan dia tapi dia sibuk kawan datang rumah. Kawan-kawan dia kerja kat kedai cetak baju ke buat baju entahlah kan dan dia orang cuti lama dan dok tinggal kat rumah dia. Hari tu masa Raya Puasa pun sama....duduk sana dekat seminggu dan aku dah beralah dan sabar sahaja!

Aku cakap cukuplah tu sebab Hari Raya Haji kan Ahad (10.7.2022) dan dorang dah datang sejak Sabtu, dah makan-makan dan borak-borak, aku pun nak habiskan masa dengan dia. Sudahlah kalau datang jumpa aku asyik lepak Mamak sahaja sekarang ni (dah datang lambat kan!). Aku ajak jalan-jalan tak nak! Mereput aku kat rumah ni!

Selalu macam ni, janji lepas tu tak jadi. Dah tak jadi tu bukan nak cakap, kena aku yang tanya, aku yang chat tanya jadi ke tak dia nak datang jumpa. Bukan dia yang nak telefon dulu, mana aku tak sakit hati kan!

Kata romantik lah pandai pujuk lah, taik kucing dia!

No comments: