Sunday 31 July 2022

31.7.2022 - KARNIVAL JELAJAH SELANGOR PENYAYANG DAERAH GOMBAK

Ahad. Tiba-tiba nama aku naik untuk program ni dan aku seorang sahaja wakil UB. Van disediakan tapi yang pergi tu bersama tu aku tak berapa nak kenal jadi macam tak seronok nak pergi. Jumaat tu Abang Man tanya, "Han, nanti ko pergi naik apa?

Aku pun jawab, "Tak tahu lagi. Kenapa? Abang Man nak tolong hantarkan ke?"Sambil cakap tu aku pandang dekat Kak Yam sambil senyum. Abang Man cakap dia ok je kalau nak dia hantarkan tapi kena maklum kat bos dulu.

Jadinya dipendekkan cerita, Abg Man tolong hantar aku ke Batu Caves dan disebabkan Abang Man tak tahu jalan ke sana, dia ikut belakang van Jab. KHP. Dalam perjalanan tu aku cari juga idea atau topik yang boleh aku borak dengan Abang Man. Tak kan aku nak senyap sahaja dalam perjalanan ke sana kan!

Ada jugalah aku idea nak borak kan bila aku tanya pasal anak dia bila nak kahwin, kemudian dia tanya dah berapa tahun Abah aku meninggal dan rupanya sebula selepas Abah aku tak ada, Abang Man terlibat dengan kemalangan yang teruk (masa tu kita orang tak satu jabatan pun!).

Sampai sana aku join Jiha (PA YDP), Siti Aidah (PKA PSP) dan seorang lagi budak lelaki (aku tak kenal) yang naik van KHP tadi. Adalah juga aku kawan kan! Kalau tak melongo sorang-sorang dekat situ. Lepas tu jumpa reruai (booth) MPAJ dan kita orang singgah kat situ sekejap dan ada Kak Saras (bekas CC kat JPB dulu) kat sana.

ABANG MAN PERGI TANYA PEMANDU KHP JALAN KE BATU CAVES, AKU SWAFOTO DALAM KERETA!




RERUAI MPAJ - STAFF JABATAN HASIL



SUKAN PEDANG PAHLAWAN - AKU PERTAMA KALI DENGAR DAN UNIK CARA MEREKA BERLAWAN

MAIN BATU SEREMBAN

SUKAN MEMANAH




NAK CUBA MEMANAH? - BAYAR RM5

KALAU TAK PANDAI GUNA NANTI TANGAN KITA SAKIT SEBAB TAK BIASA KAN!




JIHA SAHAJA YANG CUBA MEMANAH - KITA ORANG JADI PENONTON DAN TUKANG RAKAM JER!


RAMAI ORANG - TAK ADA PENJARAKAN SOSIAL DAH! (KAN DAH ENDEMIK!)

DAPAT LAH SEMUA NI PERCUMA!






ADA SESIAPA YANG KAUNSELING?




Aku pula hari pertama uzur dan sakit perut dan ditambah pula dengan panas terik dan kena berdiri sebab tak ada tempat duduk dah. Kita orang dah pusing-pusing ke reruai yang ada dan tak tahu nak ke mana lagi, sudahnya kita orang pulang ke 'sarang' cari reruai MPAJ...hahaha. Tengok Kak Saras lawan dengan dam haji dengan budak lelaki yang naik van tu dan lepas tu budak lelaki tu lawan dengan seorang pak cik tu (saja suka-suka). Aku dah letih kena berdiri dan nak balik.

Bila tanya Jiha, dia kata kena balik pukul satu sebab dalam memo tulis pagi hingga 1.00 tengah hari. Aku cakap dalam hati perut aku ni dah sakit, aku nak balik baring sahaja. Lepas tu aku jalan pergi tengok buku latihan percuma yang ada dekat reruai yang berhadapan dengan reruai MPAJ dan lepas tu aku terus ke tempat Abang Man turunkan aku pagi tadi. Nasib baik aku dah mesej dia dulu dan tak adalah aku nak tunggu lama dekat situ. Dalam 11 lebih aku gerak balik dan Abang Man cakap dia nak hantar aku terus ke rumah.

Alamak! Abang Man tak tahu aku tinggal tempat lain sekarang dan aku suruh dia turunkan juga aku kat rumah sewa aku yang baharu tu. Aku cakap aku nak jumpa kawan dekat situ. Maaf ye Abang Man sebab saya tak nak ramai yang tahu sekarang saya tinggal dekat mana.

No comments: