Sunday 17 July 2022

3.7.2022 - RUMAH BAHARU (PILIH UNIT), IKEA (RAK BAJU), KEDAI PAKISTAN LAGI & 4.7.2022 - DIY

3.7.2022 (AHAD)

Asalnya disuruh datang hari Jumaat dan aku call Mr.A beritahu dia boleh hantar aku tak? Dia cakap kalau hari Ahad tak boleh ke @ esok (Khamis) sebab petang esok dia ada senang sikit. Aku pun contact wakil syarikat pemaju tu dan dia cakap esok slot dah penuh dan kalau nak hari Ahad boleh. 

Lepas tu aku confirmkan balik dengan Mr.A dan dia cakap OK tapi masa hari kejadian dia nak pergi jemput sepupu dia pula yang baharu datang dari Pakistan. Aku siap tanya sempat ke nak datang ambil aku nanti sebab janji temu pukul 11 pagi dan aku tak nak datang lambat. Dia cakap sempat dan aku tunggu punya tunggu dah 10 lebih. Aku yang kena telefon dia dan baharu dia cakap yang penerbangan sepupu dia delay. Aku cakap kenapa tak telefon aku beritahu boleh aku siap dan pergi sendiri.

Ini aku yang kena telefon baharu dia nak beritahu. Dia cakap aku pergi dulu nanti nak balik nanti dia datang sana. Sudahnya pukul 11 lebih aku baharu sampai dan dah ramai orang pun. Aku dah lah datang sorang-sorang, tak biasa nak pergi tengok rumah macam ni (mana pernah beli rumah) dan kalau ada dia ke @ Adik aku ok lah kan. Nak tanya pun masing-masing dok sibuk tengok rumah lah itu lah inilah...

Aku nak pilih unit yang mana pun aku tak tahu dan kalau boleh tak nak pilih yang menghadap kolam renang dan aku nak pilih tingkat yang bawah je. Aku pernah tanya Mr.A dan Adik aku pasal nak pilih tingkat berapa, dua-dua beritahu jangan ambil yang tinggi. Adik aku cakap pilih yang atas sikit daripada tempat letak kereta (TLK) ok lah dan aku ambil lah yang itu dan mula-mula aku dah tersalah pilih unit. Aku pilih yang menghadapa facilities. 

Nasib baik aku check balik dan petugas tu beritahu yang mana menghadap pemandangan dan aku sempat tukar sebab tiada orang lain yang ambil unit tu. Lepas tu aku tengok balik unit tu dengan model rumah yang dia orang sediakan tu kan. Rasanya dah ok lah tu sebab tak menghadap kemudahan (facilities) dan tingkat pun tak berapa tinggi. Adik aku pernah cakap kalau boleh biar dapur yang tembung dengan dapur rumah orang lain macam kat PM2. Kalau rumah unit yang hujung kan tak menghadap rumah orang lain, jadinya bebas lah. Kadang kan nampak rambut lah apalah kan!

Lepas dah pilih bla..bla..bla..bahagian aku dah selesai sebab aku gunakan pinjaman kerajaan dan yang masih tunggu kat sana tu buat pinjaman bank. Ada akak tu duduk semeja dengan aku (aku yang dah tak tahu nak pergi mana, nampak tempat kosong dah tanya ada orang ke tak sebab nak duduk situ?) Dia cakap tu rumah kedua dia dan dia kena bayar bank draf berapa ribu entah. Dulu dia ada mohon rumah macam ni tapi tak dapat sebab dah ada rumah pertama. Akak tu tanya aku tunggu siapa, aku cakap kawan. Hahahaha.....

Aku punya bahagian belum selesai pun sebab nanti kena uruskan pasal pinjaman tu pula. Lepas tu aku dok tunggu dia pula datang situ. 1.45 petang dia call beritahu dia dah sampai dan aku suruh dia masuk. Dia terus duduk kat situ dan aku beritahu unit yang aku dah pilih. Ini kali pertama dia cakap 'rumah kita' sebab selalu dia akan cakap "rumah ___". Lepas tu dia nak tengok model rumah tu dan aku biarkan je lah. Akak tu pun dah tak ada sebab nama dia dah dipanggil.

Tak lama lepas tu aku pun bangun dan join dia tengok model rumah tu dah beritahu yang mana aku pilih dan masa tengah tengoh tu, salah seorang staff pemaju tu tanya kita orang, dan aku jawab kita orang batch pukul 11 dia dia (tunjuk Mr.A) nak tengok model rumah dan dia tanya dah settle ke? Aku cakap ok dan tak lama lepas tu kita orang pun gerak. 

Aku ajak dia pergi IKEA sebab nak cari rak baju dan dia cakap ok. Bertawaf lah kita orang berdua sampai aku pening dok berpusing-pusing kan. Cakap nak cari rak baju makanya laju juga kita orang berjalan dan orang ramai kat sana. Ni kali kedua aku ke IKEA dan kali pertama dengan Adik aku dulu. Ni aku dengan Mr.A sahaja. dan cari punya cari jumpalah rak baju yang aku nak dan lepas tu nak cari pula kat gudang dia.

Tanya kat pekerja di sana macam mana nak ambil barang ni (aku ada snap) dan beritahu  jalan ke gudang. Nak kena jalan lagi. Dah jumpa dan nak gi bayar, aku ternampak rak baju yang aku suka. Aku cakap dekat Mr.A nanti dah ada rumah belikan lah untuk saya. Dia cakap boleh (Dia semuanya boleh!) Dia cakap nak letak apa (ada banyak bahagian kan!) Aku cakap lah yang ni letak tudung aku, handsocks aku, stoking aku, lepas tu dia cakap semua aku punya. Baju dia letak mana? Hahaha aku cakap kat sini (bahagian lain) boleh lah letak baju dia dan dia angguk (tanda setuju lah).

Tad ada nak beli apa terus gi bayar dan tu pun masalah juga sebab tak reti. Staff IKEA tanya ada kad TnGo tak? Ada tapi kat kereta. Kalau tak boleh dapat parkir percuma. Dia tolong aku buat bayaran kat mesin tu dan kita orang terus balik. Yang bagusnya Mr.A yang bawa dari dalam IKEA sampailah ke kereta dan dari kereta ke rumah dan tolong pasangkan. Lepas tu kita orang singgah makan di kedai Pakistan kat Cheras tu!

Terima kasih lah sebab dah tolong bawa saya pergi beli rak baju ni. Rasa macam nak tambah satu lagi je!

BLOK A - UNIT YANG ADA PEMANDANGAN CANTK DAH DIPILIH ORANG!

BLOK B - PUN DAH RAMAI YANG PILIH


MODEL RUMAH - SEMOGA ALLAH S.W.T. PERMUDAHKAN URUSAN AKU NAK BELI RUMAH NI...AAMIIN


NAK UNIT YANG MENGHADAP SINI...TAK HADAP RUMAH ORANG LAIN KAN!

ADA KOLAM RENANG




TENGAH TUNGGU MR.A








NAMPAK TAK DAH BOSAN TUNGGU...





PUSING PUNYA JAUH SEMATA-MATA NAK BELI RAK BAJU NI SAHAJA. NASIB BAIK MR.A NAK BAWA AKU...TERIMA KASIH ____!

MASA SAMPAI TAK ADA TEMPAT DUDUK KOSONG PUN. KEBANYAKAN YANG DATANG IALAH ORANG PAKISTAN DAN JUGA ORANG PAKISTAN YANG KAHWIN DENGAN PEREMPUAN MELAYU. ADA JUGA SATU KELUARGA MELAYU YANG PERGI MAKAN DEKAT SITU. MR.A TAK ORDER LAGI TAHU-TAHU DAH SAMPAI! DIA TANYA AKU, AKU CAKAP SAYA TAK ORDER APA-APA PUN LAGI. MR.A CAKAP LELAKI TU INGAT MUKA KITA (DAH TAHU KITA ORANG NAK MAKAN APA). AGAKNYA LAH KAN!

AKU CUBA MINUM LASSI (AIR YOGURT) DAN LEPAS TU DIA ORDER TEH TARIK DAN SUDAHNYA LASSI TU AKU BUNGKUS. ROTI  NAAN AKU TU PUN MR.A YANG MAKAN SEPARUH.

DAH SIAP PASANG!


NAK BELI NI SEBAB TAK KAN NAK GUNA DAN CABUT PLUG UNTUK MASAK AIR, KIPAS DAN AIR FRYER...BAIK GUNA PLUG MACAM NI KAN!

No comments: